JIKA LELAKI MENGATAKAN.....


Jika seorang lelaki mengatakan dia mencintai anda semata-mata kerana kecantikan anda, awas, anda mungkin akan ditinggalkan apabila sudah tidak cantik lagi. Jika seorang lelaki mengatakan dia sanggup berkorban apa saja demi cintanya kepada anda dan apabila anda bertanya mengapa, dia memberitahu kerana, "Aku terpesona dengan wajahmu," awas anda akan ditinggalkan apabila wajah anda tidak lagi mempesona.

Lelaki yang terlalu memuji anda sebagai 'bidadari' bukan calon terbaik untuk dijadikan suami. Kalau dia terpukau dengan kecantikan anda, tentu ramai lagi yang lebih cantik daripada anda di luar sana. Kalau hari ini dia boleh terpukau hanya kerana kecantikan anda, tidak mustahil dia akan terpukau dengan kecantikan yang mengatasi anda suatu masa kelak.

Jatuh cinta disebabkan cantik itu penting, tapi jika terlalu dipentingkan anda bakal menjalani kehidupan yang tidak menentu pada usia-usia mendatang.

Ingat, lelaki sentiasa 'muda', jika dia menjadi ghairah oleh bibir yang merekah sampai bila-bila pun dia akan ghairah dengan bibir yang begitu.

Tiada istilah pencen meskipun dia sudah tidak berupaya untuk berdiri tegak.

Dia mungkin tidak berbuat lantaran 'tidak boleh lagi' tapi hati di dalam tetap muda dan berbunga-bunga.

Percayakah anda? Anda 'patut' percaya, sebab lelaki yang hanya mementingkan kecantikan sebenarnya 'buaya' yang tidak mahu menilai keseluruhan anda. Dia menyempitkan penilaiannya hanya pada muka dan apabila muka itu sudah tidak menepati cita rasanya, perasaannya turut berubah.

Jika anda memiliki wajah yang cantik, usah terlalu gembira sebab mungkin anda akan bertemu dengan lelaki yang salah; jika anda hodoh jangan pula bersusah hati sebab lelaki sejati adalah mereka yang menilai wanita secara tersendiri.

Cinta yang dibibitkan oleh kecantikan dan ketampanan semata biasanya tidak kekal hingga ke hujung. Buktinya banyak. Jika kita hendak mengambil artis atau model sebagai contoh (maaf para artis dan model, sekadar contoh), kita akan dapati mereka adalah golongan cantik dan hansem tapi kerap mengalami kebobrokan hati. Jika kita mendengar artis itu bercerai, model itu ada skandal, itu bukanlah memeranjatkan sangat.

Namun, kita tentulah tidak menafikan ada yang amat loving dan kekal ke akhir hayat, tapi jumlah yang bermasalah sentiasa mengatasi.

Kecantikan dan ketampanan adalah tiket kebahagiaan tetapi tiket itu tidak valid sepanjang zaman. Ada ketikanya tiket itu akan sampai ke tempoh tamat, hanya mereka yang tidak terlalu meletakkan kecantikan sebagai tiket percintaan akan kekal, selain dan selebihnya akan mengorak langkah. Pergi.

ALLAH menjanjikan setiap lelaki beriman dengan bidadari yang amat cantik hingga tidak tergambar oleh akal. Mengapa ALLAH janjikan bidadari yang amat cantik? Sebab di situlah makna kecantikan yang sebenar. Kecantikan di dunia adalah kenderaan untuk menuju ke situ.

Maka itulah, kecantikan dan ketampanan di dunia ini tidak boleh dijadikan teras untuk mencintai. Bagaimana cantik pun akan pudar, bagaimana tampan pun akan hilang. Kecantikan atau ketampanan bukan teras keintiman. Ia alat untuk menikmati sebahagian kehidupan yang terbaik, namun ia bukan yang terbaik. Wajah yang indah dipandang akan menjadi cuka yang memasamkan kehidupan jika yang lain-lain tidak cantik. Kopi pahit jika berdiri sendiri, tapi kopi menjadi enak apabila digandingkan dengan gula dan susu.

Anda cantik, maka anda boleh berdiri sendiri tapi tanpa keperibadian dan iman yang padu anda ibarat kopi tanpa gandingan gula dan susu. Selama mana boleh bertahan? Sebaik-baik kopi pahit dinilai dari sudut kepahitannya, tapi apabila ada kopi bersusu dan bergula, ia sentiasa lebih disukai dan akan terus disukai.

Awas jika anda teramat cantik dan digilai ramai sebab kemungkinan untuk anda bertemu lelaki yang salah jauh lebih besar. Bukan untuk menakutkan tapi cubalah fikirkan

Jika seorang lelaki mengatakan dia mencintai anda semata-mata kerana kecantikan anda, awas, anda mungkin akan ditinggalkan apabila sudah tidak cantik lagi. Jika seorang lelaki mengatakan dia sanggup berkorban apa saja demi cintanya kepada anda dan apabila anda bertanya mengapa, dia memberitahu kerana, "Aku terpesona dengan wajahmu," awas anda akan ditinggalkan apabila wajah anda tidak lagi mempesona.

Lelaki yang terlalu memuji anda sebagai 'bidadari' bukan calon terbaik untuk dijadikan suami. Kalau dia terpukau dengan kecantikan anda, tentu ramai lagi yang lebih cantik daripada anda di luar sana. Kalau hari ini dia boleh terpukau hanya kerana kecantikan anda, tidak mustahil dia akan terpukau dengan kecantikan yang mengatasi anda suatu masa kelak.

Jatuh cinta disebabkan cantik itu penting, tapi jika terlalu dipentingkan anda bakal menjalani kehidupan yang tidak menentu pada usia-usia mendatang.

Ingat, lelaki sentiasa 'muda', jika dia menjadi ghairah oleh bibir yang merekah sampai bila-bila pun dia akan ghairah dengan bibir yang begitu.

Tiada istilah pencen meskipun dia sudah tidak berupaya untuk berdiri tegak.

Dia mungkin tidak berbuat lantaran 'tidak boleh lagi' tapi hati di dalam tetap muda dan berbunga-bunga.

Percayakah anda? Anda 'patut' percaya, sebab lelaki yang hanya mementingkan kecantikan sebenarnya 'buaya' yang tidak mahu menilai keseluruhan anda. Dia menyempitkan penilaiannya hanya pada muka dan apabila muka itu sudah tidak menepati cita rasanya, perasaannya turut berubah.

Jika anda memiliki wajah yang cantik, usah terlalu gembira sebab mungkin anda akan bertemu dengan lelaki yang salah; jika anda hodoh jangan pula bersusah hati sebab lelaki sejati adalah mereka yang menilai wanita secara tersendiri.

Cinta yang dibibitkan oleh kecantikan dan ketampanan semata biasanya tidak kekal hingga ke hujung. Buktinya banyak. Jika kita hendak mengambil artis atau model sebagai contoh (maaf para artis dan model, sekadar contoh), kita akan dapati mereka adalah golongan cantik dan hansem tapi kerap mengalami kebobrokan hati. Jika kita mendengar artis itu bercerai, model itu ada skandal, itu bukanlah memeranjatkan sangat.

Namun, kita tentulah tidak menafikan ada yang amat loving dan kekal ke akhir hayat, tapi jumlah yang bermasalah sentiasa mengatasi.

Kecantikan dan ketampanan adalah tiket kebahagiaan tetapi tiket itu tidak valid sepanjang zaman. Ada ketikanya tiket itu akan sampai ke tempoh tamat, hanya mereka yang tidak terlalu meletakkan kecantikan sebagai tiket percintaan akan kekal, selain dan selebihnya akan mengorak langkah. Pergi.

ALLAH menjanjikan setiap lelaki beriman dengan bidadari yang amat cantik hingga tidak tergambar oleh akal. Mengapa ALLAH janjikan bidadari yang amat cantik? Sebab di situlah makna kecantikan yang sebenar. Kecantikan di dunia adalah kenderaan untuk menuju ke situ.

Maka itulah, kecantikan dan ketampanan di dunia ini tidak boleh dijadikan teras untuk mencintai. Bagaimana cantik pun akan pudar, bagaimana tampan pun akan hilang. Kecantikan atau ketampanan bukan teras keintiman. Ia alat untuk menikmati sebahagian kehidupan yang terbaik, namun ia bukan yang terbaik. Wajah yang indah dipandang akan menjadi cuka yang memasamkan kehidupan jika yang lain-lain tidak cantik. Kopi pahit jika berdiri sendiri, tapi kopi menjadi enak apabila digandingkan dengan gula dan susu.

Anda cantik, maka anda boleh berdiri sendiri tapi tanpa keperibadian dan iman yang padu anda ibarat kopi tanpa gandingan gula dan susu. Selama mana boleh bertahan? Sebaik-baik kopi pahit dinilai dari sudut kepahitannya, tapi apabila ada kopi bersusu dan bergula, ia sentiasa lebih disukai dan akan terus disukai.

Awas jika anda teramat cantik dan digilai ramai sebab kemungkinan untuk anda bertemu lelaki yang salah jauh lebih besar. Bukan untuk menakutkan tapi cubalah fikirkan....

########

semalam ada seorang saudara saya bertanyakan tentang  batasan aurat antara ipar-duai. saya memohon waktu untuk menjawabnya. setelah melakukan sedikit renungan dan kajian ini lah resolusinya. Semoga benarlah pandangan ini sejajar dengan hukum-hakam Allah. Amin!

Alhamdulillah , Segala Puja - Puji hanyalah milik Allah Ta'ala  semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga  baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang  amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala  dan seluruh muslimin. Amin.
   Bagaimanakah aurat seseorang wanita muslimah itu di hadapan ipar-duainya yang  berlainan jantina . 
 Maka jawapannya ialah : Wanita itu TIDAK DIBENARKAN MEMBUKA AURATNYA di hadapan  ipar-duainya ( yang berlainan jantina ) . Wanita itu mestilah bertudung dan  memakai pakaian menutup aurat . 
 Walaupun begitu dibenarkan wanita itu TIDAK MEMAKAI STOKIN dan juga MENYINSING  LENGAN BAJUNYA agar mudah dia melaksanakan tugas-tugasnya di rumah ( seperti di  dapur ) . Ini disebabkan kalau si wanita itu mesti sentiasa berstokin dan  berlengan labuh , sudah tentu ini agak menyukarkan dia melakukan tugasnya di  dalam rumah . 
 Walaupun begitu , ini bukanlah alasan untuk si abang ataupun adik ipar untuk "  MEMANDANG SECARA LAIN MACAM " ( pandangan penuh berahi ) kepada kakak ataupun  adik iparnya . Bagaimanakah dibolehkan jika pandangan itu sendiri mempunyai "  makna jahat " !? .
   Tudung kepala ( yang juga menutup lehernya dan dadanya ) TIDAK BOLEH  ditanggalkan di hadapan ipar-duainya ( yang berlainan jantina ini ) . 
 Inilah dia hukumnya berdasarkan mudahnya Islam . Di samping kemudahan diberikan  , Islam tidak lupa juga memberi amaran akan bahayanya apabila kemudahan itu  disalah gunakan . 
 Tidak dapat dinafikan , di dalam dunia moden ini kadang-kadang seseorang wanita  itu terpaksa tinggal serumah juga dengan ipar-duainya lantaran perkerjaan  ataupun pengajian . Hubungan ipar-duai itu hendaklah dijaga dengan  batas-batasnya . 
 Ya kita boleh mempunyai hubungan mesra dengan ipar-duai kita tetapi hubungan  sebagai ipar-duai sahaja . Tidak lebih daripada itu .   Tapi BAHAYA ipar-duai ini juga perlu diawasi . Tidak sedikit manusia yang "  TERLAJAK " dengan ipar-duai sendiri disebabkan hubungan dengan ipar-duai ini  LEBIH HALUS , LEBIH SUKAR DIKESAN DAN LEBIH MESRA . 
 Kerana itulah Baginda Rasulullah s.a.w telah pun memberikan amarannya dengan  mengatakan bahawa " Ipar-duai itu adalah MAUT " iaitu , " hubungan sumbang "  dengan ipar-duai sendiri lebih merbahaya berbanding dengan orang yang tiada  kaitan kekeluargaan dan persemendaan . Sabda Baginda Rasulullah s.a.w :   Ertinya : Drp Saidina 'Uqbah Bin 'Amir r.a , Baginda Rasulullah s.a.w pernah  bersabda : (( " Jaga-jaga ! , Janganlah kamu bersunyi-sunyian ~ khalwat ~  dengan mana-mana wanita " )) , maka bangunlah seorang lelaki drp Kaum Ansor  bertanya : " Bagaimana pula dengan ipar-duai ? " . Jawab Baginda s.a.w : "  Ipar-duai itu sendiri adalah MAUT " )) . ~
 Hadis sahih diriwayatkan oleh  al-Imam al-Bukhari rh ( 9 / 5232 ) dan al-Imam Muslim rh ( 4 / 2172 ) . Juga  diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad ( 4 / 149 ) dan al-Imam at-Tirmidzie rh ( 3 /  1171 ) serta al-Imam as-Suyuthi rh ( Al- Jamie? as-Soghir : 2905 ) 
   Sebaik-baiknya kita tidak duduk serumah dengan adik-beradik ipar kita .
   Namun jika AMAN DRP SEBARANG BAHAYA ( apatah lagi dengan keganjilan perilaku  dan kecenderungan seks zaman sekarang ) , maka TIDAKLAH MENGAPA tinggal serumah  dengan mereka .
   Mudah-mudahan Allah Ta'ala menyelamatkan kita sentiasa drp revolusi seks moden  yang penuh dengan kegilaan dan kebobrokan . Amin Ya Rabbal Alamin . 

LUPAKAN JASA DAN KEBAIKAN DIRI


Semakin kita sering menganggap diri penuh jasa dan penuh kebaikan pada orang lain, apalagi menginginkan orang lain tahu akan jasa dan kebaikan diri kita, lalu berharap agar orang lain menghargai, memuji, dan membalasnya maka semua ini bererti kita sedang membangun penjara untuk diri sendiri dan sedang mempersiapkan diri mengarungi samudera kekecewaan dan sakit hati.

Ketahuilah bahwa semakin banyak kita berharap sesuatu dari selain Allah SWT, maka semakin banyak kita akan mengalami kekecewaan. Kerana, tiada sesuatu apapun yang dapat terjadi tanpa izin Allah. Sesudah mati-matian berharap dihargai makhluk dan Allah tidak menggerakkan orang untuk menghargai, maka hati ini akan terluka dan terkecewakan karena kita terlalu banyak berharap kepada makhluk. Belum lagi kerugian di akhirat karena amal yang dilakukan bererti tidak tulus dan tidak ikhlas, iaitu beramal bukan karena Allah.

Selayaknya kita menyadari bahwa yang namanya jasa atau kebaikan kita terhadap orang lain, sesungguhnya bukanlah kita berjasa melainkan Allah-lah yang berbuat, dan kita dipilih menjadi jalan kebaikan Allah itu berwujud. Sesungguhnya terpilih menjadi jalan saja sudah lebih dari cukup kerana andaikata Allah menghendaki kebaikan itu terwujud melalui orang lain maka kita tidak akan mendapat ganjarannya.

Jadi, ketika ada seseorang yang sakit, lalu sembuh berkat usaha seseorang atau dokter. Maka, sebetulnya bukan dokter yang menyembuhkan pesakit tersebut, melainkan Allah-lah yang menyembuhkan, dan sang dokter dipilih menjadi jalan. Seharusnya dokter sangat berterima kasih kepada sang pesakit kerana selain telah menjadi ladang pahala untuk mengamalkan ilmunya, juga telah menjadi jalan rezeki dari Allah baginya. Namun, andaikata sang dokter menjadi merasa hebat karena jasanya, serta sangat menuntut penghormatan dan balas jasa yang berlebihan maka selain memperlihatkan kebodohan dan kekurangan imannya juga semakin tampak rendah mutu kepribadiannya (seperti yang kita maklumi orang yang tulus dan rendah hati selalu bernilai tinggi dan penuh pesona). Selain itu, di akhirat nanti nescaya akan termasuk orang yang merugi karena tidak beroleh pahala ganjaran.

Juga, tidak selayaknya seorang ibu menceritakan jasanya mulai dari mengandung, melahirkan, mendidik, membiayai, dan lain-lain semata-mata untuk membuat si anak merasa berhutang budi. Apalagi jika dilakukan secara emosional kepada anak-anaknya, kerana hal tersebut tidak menolong mengangkat wibawa si ibu bahkan bisa terjadi sebaliknya. Kerana sesungguhnya si anak sama sekali tidak memesan untuk dilahirkan oleh ibu, juga semua yang ibunya lakukan itu adalah sudah menjadi kewajiban seorang ibu.

Percayalah bahwa kemuliaan dan kehormatan serta kewibawaanseorang ibu/bapa justeru akan bersinar-sinar seiring dengan ketulusan ibu menjalani tugas ini dengan baik, Insya Allah. Allah-lah yang akan menghujamkan rasa cinta di hati anak-anak dan menuntunnya untuk sanggup berbalas budi.

Seorang guru juga harus bisa menahan diri dari ujub dan merasa berjasa kepada murid-muridnya. Karena memang kewajiban guru untuk mengajar dengan baik dan tulus. Dan memang itulah rezeki bagi seseorang yang ditakdirkan menjadi guru. Karena setiap kebaikan yang dilakukan muridnya berkah dari tuntunan sang guru akan menjadi ganjaran tiada terputus dan dapat menjadi bekal penting untuk akhirat. Kita boleh bercerita tentang suka duka dan keutamaan mengajar dengan niat bersyukur bukan ujub dan takabur.

Perlu lebih hati-hati menjaga lintasan hati dan lebih menahan diri andaikata ada salah seorang murid kita yang sukses, jadi orang besar. Biasanya akan sangat gatal untuk mengumumkan kepada siapapun tentang jasanya sebagai gurunya malah ditambah pula penyedap cerita yang kalau tidak pada tempatnya akan menggelincirkan diri dalam riya dan dosa.

Andaikata ada sebuah kereta yang mogok lalu kita membantu menolaknya sehingga mesinnya hidup dan bisa jalan dengan baik. Namun ternyata sang pemandu tadi sama sekali tidak berterima kasih. Jangankan membalas jasa, bahkan menengok ke arah kita pun tidak sama sekali.. andaikata kita merasa kecewa dan dirugikan lalu dilanjutkan dengan acara menggerutu, menyumpahi, lalu menyesali diri lalu memaki pemandu tersebut. Maka lengkaplah kerugiannya lahir maupun batin. Dan tentu saja amal pun jadi tidak berpahala dalam pandangan Allah kerana tidak ikhlas,iaitu hanya berharap balasan dari makhluk.

Mari kita bersungguh-sungguh untuk terus berbuat amal kebajikan sebanyak mungkin dan sesegera mungkin. Setelah itu mari kita lupakan seakan kita tidak pernah melakukannya, cukuplah Allah yang Maha Melihat saja yang mengetahuinya. Allah SWT pasti menyaksikannya dengan sempurna dan membalasnya dengan balasan yang sangat tepat baik waktu, bentuk, ataupun momentumnya. Salah satu ciri orang yang ikhlas menurut Imam Ali adalah senang menyembunyikan amalannya bagai menyembunyikan aib-aibnya.

Selamat berbahagia bagi siapapun yang paling gemar beramal dan paling cepat melupakan jasa dan kebaikan dirinya, percayalah hidup ini akan jauh lebih nikmat, lebih ringan, dan lebih indah. Insya Allah.

PAKSALAH DIRI BERBUAT TAAT...



Mahasuci Allah, Zat yang memiliki segalanya. Mahacermat dan Mahasempurna Allah sehingga sama sekali Ia tidak memerlukan apapun dari hamba-hamba-Nya. Tidak ada kepentingan dan mamfaat yang dapat kita berikan, kerana Allah secara total dan Mahasempurna telah mencukupi dirinya sendiri. Ribuan malaikat yang gemuruh bertasbih, bertahmid, dan bertakbir tiap detik, tiap waktu, tiap kesempatan memuji Allah, itupun hanya menunjukkan keagungan dan kebesaran-Nya.


Jika Allah menciptakan makhluk jin dan manusia kemudian diperintahkan untuk taat, bukan karena Allah memerlukan ketaatan makhluk-Nya. Sungguh, semua perintah dari Allah adalah kurnia agar kita menjadi terhormat, mulia, dan bisa kembali ke tempat asal mula kita iaitu syurga.

Allah SWT Mahatahu bahawa kita memiliki kecenderungan lebih ringan kepada hawa nafsu dan lebih berat kepada taat. Oleh itu, jika kita mendapat perintah dari Allah, dalam bentuk apapun, si nafsu ada kecenderungan berat melakukannya, bahkan tak segan-segan untuk menolaknya. Misalnya ibadah solat cenderung inginnya dilambatkan. Urusan shaf saja, tidak banyak orang berebutan menempati shaf pertama. Amati saja justeru shaf belakang cenderung lebih banyak diminati. Perintah solat memang banyak yang melakukan, tetapi belum tentu semua melakukannya tepat waktu. Begitu juga dengan tepat waktu, belum tentu juga bersungguh-sungguh khusyu. Bahkan ada – mungkin salah satunya kita – yang justru menikmati solat dengan fikiran yang melantur, melayang-layang tak karuan, sehingga tak jarang banyak program atau urusan duniawi lainnya yang kita selesaikan dalam solat. Dan yang lebih parah lagi, kita tidak merasa bersalah kerananya.

Saat menafkahkan rezeki untuk sedekah, maka si nafsu akan membuat seakan-akan sedekah itu akan mengurangi rezeki kita, bahkan pada lintasan berikutnya sedekah ini akan dianggap membuat kita tidak punya apa-apa. Padahal, sungguh sedekah tidak akan mengurangi rezeki, bahkan akan menambah rezeki kita.

Sungguh, kita telah diperdaya dengan rasa malas ini. Bahkan saat malas beribadah, otak kita pun dengan kreatif akan segera berputar untuk mencari dalih ataupun alasan yang dipandang logik dan rasional. Sehingga apa-apa yang kita lakukan kerana malas, seolah-olah mendapat keringanan atas alasan kita yang logis dan rasional itu, bukan semata-mata kerana malas. Ah, betapa hawa nafsu begitu pintar mengelabui kita. Lalu, bagaimana cara kita mengatasi semua kecenderungan negatif diri kita ini?

Cara yang paling baik yang harus kita lakukan adalah kegigihan kita melawan kemalasan diri. Kecenderungan malas itu kalau mau diikuti terus menerus akan tidak ada ujungnya, bahkan akan terus membelit kita menjadi seorang pemalas kelas berat, naudzubillaah. Berangkat ke masjid, maunya dilambat-lambat, maka harusnya lawan! Berangkat saja. Ketika terlintas, nanti saja wudhunya di masjid, lawan! Di masjid banyak orang, segera lakukan wudhu di rumah saja! Itu sunnah. Sungguh, orang yang wudhu di rumah lalu bergegas melangkahkan kakikya ke mesjid untuk solat, maka setiap langkahnya adalah penggugur dosa dan pengangkat derajat.

Sampai di masjid, paling nikmat duduk di tempat yang memudahkan dia keluar dari masjid, lebih-lebih lagi bila memakai sandal bagus, ia akan berusaha sedekat mungkin dengan sandalnya, dengan alasan takut dicuri orang. Begitulah nafsu. Bagi orang yang menginginkan kebaikan, dia akan berusaha agar duduknya tidak menjadi penghalang bagi orang lain. Maka akan dicarinyalah shaf yang paling depan, shaf yang paling utama.

Sesudah solat, ketika mau zikir, kadang terlintas urusan pekerjaan yang harus diselesaikan. Maka bagi yang tekadnya kurang kuat ia akan segera pergi, padahal zikir tidak lebih dari sepuluh minit, bercakap saja lima belas minit masih dianggap ringan. Atau ada juga yang sampai pada tahap zikir, diucapnya berulang-ulang, subhanallaah – subhanallah, tapifikiran melayang ke mana saja. Anehnya lagi kalau memikirkan dia si jantung hati konsentrasinya sungguh luar biasa. Kenapa, misalnya, mengucap subhanallaah tiga puluh tiga kali, yang sedar mengucapkannya cuma satu kali? Atau ingatlah saat kita akan berdo’a. Walaupun dilakukan, akan dengan seringkas mungkin. Padahal demi Allah, zikir-zikir yang kita ucapkan akan kembali pada diri kita juga.

Oleh itu, bila muncul rasa malas untuk beribadah, itu bererti hawa nafsu berupa malas sedang merasuk menguasai hati. Segeralah lawan dengan mengerahkan segenap kemampuan yang ada, dengan cara segera melakukan ibadah yang dimalaskan tersebut. Sekali lagi, bangun dan lawan! Insya Allah itu akan lebih dekat kepada ketaatan. Janganlah karena kemalasan beribadah yang kita lakukan, menjadikan kita tergolong orang-orang munafik, naudzubillaah.

Firman Allah, "Sesungguhnya orang-orang munafik itu hendak menipu Allah dan Allah akan membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk shalat mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya (dengan shalat) dihadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut Allah, kecuali sedikit sekali." (QS. An Nisa [4] : 142)

Ingatlah bahawa kalau kita tergoda oleh bisikan hawa nafsu berupa kemalasan dalam beribadah, maka kita ini sebenarnya sedang menyusahkan diri sendiri, karena semua perintah itu adalah kurnia Allah buat kemaslahatan diri kita juga. Coba, Allah menyuruh kita berzikir, siapa yang dapat pahala? Kita. Allah menyuruh kita berdo’a, lalu do’a itu diijabah. Buat siapa? Buat kita. Allah sedikit pun tidak ada kepentingan mamfaat atau madharat terhadap apa-apa yang kita lakukan.

Tepatlah ungkapan Ibnu Atho’illah dalam kitabnya, Hikam, "Allah mewajibkan kepadamu berbuat taat, padahal yang sebenarnya hanya mewajibkan kepadamu masuk ke dalam surga-Nya (dan tidak mewajibkan apa-apa kepadamu hanya semata-mata supaya masuk ke dalam surga-Nya)".

Maka Abul Hasan Ashadilly menasihatkan bahawa, "Hendaknya engkau mempunyai satu wirid, yang tidak engkau lupakan selamanya, yaitu mengalahkan hawa nafsu dengan lebih mencintai Allah SWT".

Maka kalau kita sengsara, kita susah, kita menderita, itu bukan kerana siapa-siapa, itu semua kita yang buat. Padahal sungguh, setiap desah nafas yang kita hembuskan adalah amanah dari Allah SWT, dan sebagai titipan wadah yang harus kita isi dengan amal-amal kebaikan. Sedangkan hak ketuhanan tetap berlaku pada tiap detik yang dilalui oleh seorang hamba. Abul Hasan lebih lanjut mengatakan, "Pada tiap waktu ada bagian yang mewajibkan kepadamu terhadap Allah SWT iaitu beribadah)".

Jadi, sungguh sangat aneh jika kita bercita-cita ingin bahagia, ingin dimudahkan urusan, ingin dimuliakan, tapi justeru amal-amal yang kita lakukan ternyata menyiapkan diri kita untuk hidup susah. Seperti orang yang bercita-cita masuk surga tapi amalan-amalan yang dipilih amalan-amalan ahli maksiat. Maka, sahabat-sahabat sekalian sederhanakanlah hidup kita, paksakan diri untuk taat kepada perintah Allah kalau belum bisa ikhlas dan ringan dalam beribadah. Mudah-mudahan Allah yang melihat kegigihan diri kita memaksa diri ini, nanti dibuat jadi tidak terpaksa karena Dia-lah yang Maha Menguasai diri ini. Insya Allah.

NILAI IKHLAS


Semoga Allah mengurniakan kepada kita hati yang ikhlas. kerana betapapun kita melakukan sesuatu hingga bersimbah peluh berkuah keringat, habis tenaga dan terkuras pikiran, kalau tidak ikhlas melakukannya, tidak akan ada nilainya di hadapan Allah. Bertempur melawan musuh, tapi kalau hanya ingin disebut sebagai pahlawan, ia tidak memiliki nilai apapun. Menafkahkan seluruh harta kalau hanya ingin disebut sebagai dermawan, ia pun tidak akan memiliki nilai apapun. Mengumandangkan adzan setiap waktu shalat, tapi selama adzan bukan Allah yang dituju, hanya sekadar ingin mempamerkan keindahan suara supaya menjadi juara adzan atau menggetarkan hati seseorang, maka itu hanya teriakan-teriakan yang tidak bernilai di hadapan Allah, tidak bernilai!

Ikhlas, terletak pada niat hati. Luar biasa sekali pentingnya niat ini, kerana niat adalah pengikat amal. Orang-orang yang tidak pernah memperhatikan niat yang ada di dalam hatinya, siap-siaplah untuk membuang waktu, tenaga, dan harta dengan tiada erti. Keikhlasan seseorang benar-benar menjadi amat penting dan akan membuat hidup ini sangat mudah, indah, dan lebih bermakna.

Apakah ikhlas itu? Orang yang ikhlas adalah orang yang tidak menyertakan kepentingan peribadi atau imbalan duniawi dari apa yang dapat ia lakukan. Tujuan orang yang ikhlas cuma satu, iaitu bagaimana agar apa yang dilakukannya diterima oleh Allah SWT. Jadi ketika sedang memasukan wang ke dalam kotak infaq, maka fokus pikiran kita tidak ke kiri dan ke kanan, tapi pikiran kita terfokus bagaimana agar wang yang dinafkahkan itu diterima di sisi Allah.

Apapun yang dilakukan kalau matlamat kita hanya kepada Allah, itulah ikhlas. Seperti yang dikatakan Imam Ali bahwa orang yang ikhlas adalah orang yang memusatkan pikirannya agar setiap amalnya diterima oleh Allah. Seorang pembicara yang tulus tidak perlu merekacipta kata-kata agar penuh pesona, tapi ia akan mengupayakan setiap kata yang diucapkan benar-benar menjadi kata yang disukai oleh Allah. Bisa dipertanggungjawabkan kebenarannya. Bisa dipertanggungjawabkan ertinya. Selebihnya terserah kepada Allah. Kalau ikhlas walaupun sederhana kata-kata kita, Allah-lah yang kuasa menghujamkannya kepada setiap qalbu.

Allah Mahatahu segala lintasan hati, Mahatahu segalanya! Makin bening, makin bersih, semuanya semata-mata karena Allah, maka kekuatan Allah yang akan menolong segalanya.

Buah apa yang didapat dari seorang hamba yang ikhlas itu? Seorang hamba yang ikhlas akan merasakan ketenteraman jiwa, ketenangan batin. Betapa tidak? Kerana ia tidak diperbudak oleh penantian untuk mendapatkan pujian, penghargaan, dan imbalan. Kita tahu bahwa penantian adalah suatu hal yang tidak menyenangkan. Begitu pula menunggu diberi pujian, juga menjadi sesuatu yang tidak nyaman. Lebih getir lagi kalau yang kita lakukan ternyata tidak dipuji, pasti kita akan kecewa.

Tapi bagi seorang hamba yang ikhlas, ia tidak akan pernah mengharapkan apapun dari siapapun, karena kenikmatan baginya bukan dari mendapatkan, tapi dari apa yang mampu dipersembahkan.

Tidak usah hairan pula kalau kita tidak ikhlas akan banyak kecewa dalam hidup ini. Orang yang tidak ikhlas akan banyak tersinggung dan terkecewakan karena ia memang terlalu banyak berharap. Justeru, biasakanlah kalau sudah berbuat sesuatu, kita lupakan perbuatan itu. Kita titipkan saja di sisi Allah. Biar saja Allah yang menghitungnya Jangan pula disebut-sebut, diingat-ingat, nanti malah berkurang pahalanya.

Lalu, dimanakah letak kekuatan hamba-hamba Allah yang ikhlas? Seorang hamba yang ikhlas akan memiliki kekuatan rohani yang besar. Ia seakan-akan menjadi pancaran energi yang melimpah. Keikhlasan seorang hamba Allah dapat dilihat pula dari raut muka, tutur kata, serta gerak-gerik perilakunya. Kita akan merasa aman bergaul dengan orang yang ikhlas. Kita tidak curiga akan ditipu, kita tidak curiga akan diperdaya olehnya. Dia benar-benar bening dari berbuat meslihat yang memperdayakan. Setiap tumpahan kata-kata dan perilakunya tidak ada yang tersembunyi. Semua itu ia lakukan tanpa mengharap apapun dari orang yang dihadapinya, yang ia harapakan hanyalah memberikan yang terbaik untuk siapapun.

Dikisahkan dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Tirmidzi dan Ahmad, sebagai berikut : Tatkala Allah SWT menciptakan bumi, maka bumi pun bergetar. Lalu Allah pun menciptkan gunung dengan kekuatan yang telah diberikan kepadanya, ternyata bumi pun terdiam. Para malaikat terhairan-hairan akan penciptaan gunung tersebut.

Kemudian mereka bertanya "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat dari pada gunung?"

Allah menjawab, "Ada, iaitu besi"

Para malaikat pun kembali bertanya, "Ya Rabbi adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat dari pada besi?"

Allah yang Mahasuci menjawab, "Ada, iaitu api"

Bertanya kembali para malaikat, "Ya Rabbi adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat dari pada api?"

Allah yang Mahaagung menjawab, "Ada, iaitu air"

"Ya Rabbi adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat dari air?" Kembali bertanya para malaikat.

Allah yang Mahatinggi dan Mahasempurna menjawab, "Ada,iaitu angin"

Akhirnya para malaikat pun bertanya lagi, "Ya Allah adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih dari semua itu?"

Allah yang Mahagagah dan Mahadahsyat kehebatan-Nya menjawab, "Ada, iaitu amal anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahuinya."

Ertinya, orang yang paling hebat, paling kuat, dan paling dahsyat adalah orang yang bersedekah tetapi tetap mampu menguasai dirinya, sehingga sedekah yang dilakukannya bersih, tulus, dan ikhlas tanpa ada unsur riak ataupun keinginan untuk diketahui orang lain.

Inilah gambaran yang Allah berikan kepada kita bagaimana seorang hamba yang ternyata mempunyai kekuatan dahsyat adalah hamba yang bersedekah, tetapi tetap dalam kondisi ikhlas. Kerana naluri dasar kita sebenarnya selalu rindu akan pujian, penghormatan, penghargaan, ucapan terima kasih, dan sebagainya. Kita pun selalu tergelitik untuk memperlihatkan segala apa yang ada pada diri kita ataupun segala apa yang bisa kita lakukan. Apalagi kalau yang ada pada diri kita atau yang tengah kita lakukan itu berupa kebaikan. Nah, sahabat; Orang yang ikhlas adalah orang yang punya kekuatan, ia tidak akan kalah oleh aneka macam selera rendah, iaitu rindu pujian dan penghargaan

MISTERINYA CINTA ITU.....



Sungguh suatu misteri, mengapa kita jatuh cinta. Juga suatu misteri, bagaimana itu terjadi. Bagaimana awal mulanya. Mengapa ada cinta yang terus tumbuh dan ada yang patah. Kita bisa menganalisis misteri ini, mencari alasan-alasan dan penyebabnya tapi dengan begitu kita justru jadi menyisihkan keindahan yang tersimpan dalam pengalaman tersebut.

Seperti halnya hidup ini bukan sekedar susunan tulang dan otot serta impuls-impuls elektris dalam tubuh manusia, cinta pun bukan sekedar hasil dari minat, daya tarik, dan persamaan-persamaan yang dimiliki oleh dua insan. Dan seperti halnya hidup ini merupakan pemberian yang datang dan pergi pada waktunya sendiri, kedatangan cinta pun mesti dianggap sebagai pemberian misterius yang tak bisa dipertanyakan selok-beloknya.


Setidaknya satu kali dalam hidup ini, anugerah cinta mendatangi kita dalam bentuk seutuhnya. Kita akan mengenggam dan menikmatinya dalam seluruh keindahan yang tak terkatakan. Inilah yang kita semua impikan. Tetapi lebih sering terjadi cinta itu datang mengenggam kita, menikmati kita sesaat, lalu pergi lagi.

Terlalu sering kita mencoba meraih cinta itu dan memenjarakannya, menolak untuk melihat bahwa cinta adalah anugerah yang diberikan dengan sukarela dan juga bisa pergi begitu saja.


Kalau cinta tidak lagi bersemayam di dalam hati, atau orang yang kita cintai merasa roh cinta itu sudah berlalu, terkadang kita berusaha keras merebut kembali cinta yang sudah lepas itu, bukannya menerima anugerah tersebut apa adanya, dan melanjutkan kehidupan. Pada saat itu kita menginginkan jawaban . Why? Kita ingin tahu apa yang salah dengan diri kita sehingga orang yang kita cintai tidak mencintai kita lagi. Kita berusaha keras memberikan arti atas apa yang terjadi, tapi tidak ada arti apapun di luar cinta itu sendiri.

Seandainya kita jatuh cinta pada seseorang dan orang tersebut tidak mencintai kita, bersikaplah baik pada diri kita sendiri. Tidak ada yang salah pada diri kita, hanya saja cinta tidak memilih untuk hinggap di hati orang yang kita cintai. Itu saja.

Kalau seseorang jatuh cinta pada kita dan kita tidak mencintainya, tersanjunglah bahwa cinta datang mengetuk di pintu, tapi tolaklah dengan lembut anugerah yang tidak dapat kita balas tersebut.

Kita semua bisa merasakan kepedihan dan kebahagian yang sama. Kalau kita jatuh cinta pada seseorang dan orang itu jatuh cinta juga pada kita, lalu cinta memilih untuk berlalu, jangan coba untuk meraihnya kembali, ataupun menilai siapa yang salah.

Biarkanlah berlalu. Pasti ada alasannya. Kita akan tahu pada waktunya, tapi biarlah waktu sendiri yang memilih saatnya.

Kita hanya bisa menerima saat cinta memasuki kehidupan kita dengan segala misterinya. Rasakan bagaimana cinta memenuhi diri hingga berkelimpahan, lalu ulurkan tangan dan lepaskan dia.

Kembalikan dia kepada orang yang telah menumbuhkannya di dalam diri kita. Cinta mempunyai waktunya sendiri, musimnya sendiri, dan alasan-alasannya sendiri untuk datang dan pergi. Kita tidak bisa menyuapnya, memaksanya atau membujuknya untuk tetap tinggal. Kita hanya bisa merangkulnya saat ia datang dan membaginya.


Tapi kalau ia memilih untuk pergi dari hati, tidak ada yang bisa kita lakukan. Berbahagialah ia datang dan tinggal sesaat dalam kehidupan kita. Kalau pintu hati kita biarkan terbuka, ia akan datang lagi.


Sudah terasakah getarannya???

SURAT CINTA DARI TUHAN.....



Wahai hamba-hambaKU...
Aduhai Bani Adam...

Demi kemuliaan dan kebesaran-KU dan juga demi kemurahan dan ketinggian kedudukan-KU di atas Arsy. Aku akan mematahkan harapan orang yang berharap kepada selain AKU dengan kekecewaan. Akan AKU pakaikan kepadanya pakaian kehinaan di mata manusia. AKU singkirkan ia dari mendekati-KU, lalu AKU putuskan hubungan-KU dengannya.

Mengapa ia berharap kepada selain AKU ketika dirinya sedang berada dalam kesulitan, padahal sesungguhnya kesulitan itu berada di tangan-KU dan hanya AKU yang dapat menyingkirkannya. Mengapa ia berharap kepada selain AKU dengan mengetuk pintu-pintu lain,; padahal pintu-pintu itu tertutup? Walhal hanya pintu-KU yang terbuka bagi siapa pun yang berdoa memohon pertolongan dari-KU`.

Siapakah yang pernah mengharapkan AKU untuk menghalau kesulitannya lalu AKU kecewakan? Siapakah yang pernah mengharapkan keampuanan-KU kerana dosa-dosanya yang besar, lalu AKU putuskan harapannya? Siapakah pula yang pernah mengetuk pintu-KU lalu tidak AKU bukakan?

AKU telah mengadakan hubungan langsung antara AKU dengan angan-angan dan harapan seluruh makhluk-KU. Akan tetapi, mengapakah mereka bersandar kepada selain AKU? AKU telah menyediakan semua harapan hamba-hamba-KU, tetapi mengapa mereka tidak puas dengan perlindungan-KU?

Dan AKU pun telah memenuhi langit-KU dengan para Malaikat yang tidak pernah jemu bertasbih kepada-KU, lalu AKU perintahkan mereka supaya tidak menutup pintu antara AKU dengan hamba-hamba-KU. Akan tetapi mengapa mereka tidak pernah percaya kepada firman-firman-KU?

Tidakkah mereka mengetahui bahawa siapa pun yang ditimpa oleh bencana yang AKU tutunkan tiada yang dapat menyingkirkannya kecuali AKU? Akan tetapi, mengapa AKU melihat ia dengan segala angan dan harapannya itu selalu berpaling dari-KU? Mengapakah ia sampai tertipu oleh selain AKU?

AKU telah memberikan kepadanya segala kemurahan-KU tanpa ia harus meminta terlebih dahulu. Ketika semua itu AKU cabut kembali darinya, lalu mengapa ia tidak lagi memintanya kepada-KU untuk segera mengembalikannya, tetapi sebaliknya meminta pertolongan kepada selain AKU?

Apakah AKU yang memberi sebelum diminta, lalu ketika dimintai semula tidak AKU berikan? Apakah AKU ini bakhil sehingga dianggap bakhil oleh hamba-KU? Tidakkah dunia dan akhirat itu semuanya milik-KU? Tidakkah semua rahmat dan kurniaan itu berada di tangan-KU? Tidakkah dermawan dan kemurahan itu adalah sifat-KU?

Tidakkah hanya AKU tempat bermuaranya semua harapan? Dengan demikian, siapakah yang dapat memutuskannya dari-KU?

Dan semua yang AKU berikan tidak akan mengurangi kekayaan-KU meskipun sebesar debu. Bagaimana mungkin kekayaan yang begitu sempurna akan berkurang, sedangkan AKU mengawasinya?

Sungguh, alangkah celakanya orang yang terputus dari rahmat-KU. Alangkah kecewanya orang yang berlaku maksiat kepada-KU dan tidak merasa AKU memerhatikannya dan tetap juga melakukan perbuatan haram seraya tidak merasa malu kepada-KU....



{Diinterepetasikan berdasar HADITH-HADITH QUDSI yang diceritakan oleh Ibn Husain dan diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Imam Muslim & At-Tirmidzi serta Ibn Hibban}

HATI NAN LAPANG vs HATI YANG SEMPIT












Semoga ALLAH SWT sentiasa memberikan kepada kita hati yang lapang, yang jernih, kerana ternyata berat sekali menghadapi hidup dengan hati yang sempit.

Hati yang lapang dapat diibaratkan sebuah lapangan yang luas membentang, walaupun ada anjing, ada ular, ada kalajengking, dan ada aneka binatang buas lainnya, pastilah lapangan akan tetap luas. Aneka binatang buas yang ada malah makin nampak kecil dibandingkan dengan luasnya lapangan. Sebaliknya, hati yang sempit dapat diibaratkan ketika kita berada di sebuah kamar mandi yang sempit, baru berdua dengan tikus saja, pasti jadi masalah. Belum lagi jika dimasukkan anjing, singa, atau harimau yang sedang lapar, pastilah akan lebih bermasalah lagi.

Entah mengapa kita sering terjebak dalam fikiran yang membuat hari-hari kita menjadi hari-hari yang tidak nyaman, yang membuat fikiran kita menjadi keruh, penuh rencana-rencana buruk. Waktu demi waktu yang dilalui sering kali diwarnai kondisi hati yang mendidih, bergolak, penuh ketidaksukaan, terkadang kebencian, bahkan lagi dendam kesumat. Berat sungguh rasanya. Menjelang tidur, otak berfikir keras menyusun rencana bagaimana memuntahkan kebencian dan dendam yang ada di lubuk hatinya agar lebih merasa puas melihat sengsara orang lain. Hari-hari yang dilalui senantiasa makan tak enak, tidur tak nyenyak disebabkan seluruh perhatiannya dan tenaganya difokuskan untuk memuaskan rasa bencinya ini.

Ah, sahabat. Sungguh alangkah menderitanya orang-orang yang disiksa oleh kesempitan hati. Dia akan mudah sekali tersinggung, dan kalau sudah tersinggung seakan-akan tidak termaafkan, kecuali sudah melihat orang yang menyinggungnya menderita, sengsara, atau tidak berdaya.

Seringkali kita dengar orang-orang yang dililit derita akibat rasa bencinya. Padahal ternyata yang dicontohkan para rasul, para nabi, para ulama yang ikhlas, orang-orang yang berjiwa besar, bukanlah mencontohkan rasa dendam, membenci atau busuk hati. Yang dicontohkan mereka peribadi-peribadi yang berdiri kukuh bagai tembok, tegar, sama sekali tidak terpancing oleh caci maki, cemuhan, benci, dendam, dan perilaku-perilaku rendah lainnya. Sungguh, peribadinya bagai pohon yang akarnya menghunjam ke dalam tanah, begitu kukuh dan kuat, hingga diterpa badai dan diterjang taufan sekalipun, tetap mantap tak tergoncang.

Tapi orang-orang yang lemah, hanya dengan perkara-perkara remeh sekalipun, sudah panik, amarah membara, dan dendam kesumat. Walaupun non muslim, kita bisa mengambil pelajaran dari Abraham Lincoln (mantan Presiden Amerika) - bahkan berkata dengan arifnya, "Kita ini adalah anak-anak dari keadaan, walau kita berbuat kebaikan bagaimanapun juga, tetap saja akan ada orang yang mencela dan menghina. Karena pencelaan, penghinaan bukan selamanya karena kita ini tercela atau terhina. Pastilah dalam kehidupan ini ada saja manusia yang suka menghina dan mencela".

Jadi, ia tidak endahkan hinaan dan celaan orang lain. Nabi Muhammad, SAW, manusia yang sempurna, tetap saja pernah dihina, dicela, dan dilecehkan. Bagaimana mungkin kita ini tidak ada yang menghina ? Padahal kita ini memang dhaif sekali.

Ingatlah bahawa hidup kita di dunia ini hanya sekali, sebentar dan belum tentu panjang umur, amat rugi jikalau kita tidak bisa menjaga suasana hati ini. Yakinilah bahwa kekayaan yang paling mahal dalam mengharungi kehidupan ini adalah suasana hati kita ini. Walaupun rumah kita sempit, tapi kalau hati kita lapang akan terasa luas. Walaupun tubuh kita sakit, tapi kalau hati kita ceria, sehat, akan terasa enak. Walaupun badan kita lesu, tapi kalau hati kita tegar, akan terasa mantap. Walaupun kenderaan kita harga murahan, motor kita modelnya sederhana, tapi kalau hati kita indah, akan tetap terhormat. Walaupun kulit kita kehitam-hitaman, tapi kalau batinnya indah, akan tetap mulia. Sebaliknya, apa artinya rumah yang lapang kalau hatinya sempit?! Apa ertinya Fried Chicken, Burger, dan segala makanan enak lainnya, kalau hati sedang membara ?! Apa ertinya kita diruangan berhawa dingin kalau hati mendidih ?! Apa ertinya kereta Ferrari, kalau hatinya bangsat ?!

Lalu, bagaimana cara kita mengatasi perasaan-perasaan seperti ini ? Yang pertama harus kita kondisikan dalam hati ini adalah kita harus sangat siap untuk dikecewakan, karena hidup ini tidak akan selamanya sesuai dengan keinginan kita. Ertinya, kita harus siap oleh situasi dan kondisi apapun, tidak boleh kita hanya merasa senang saja. Kita harus sangat siap dengan situasi dan kondisi sesulit, sepahit dan setidak enak apapun. Seperti peribahasa mengatakan, 'sedia payung sebelum hujan'.

Perkara kedua yang harus kita lakukan kalau sudah ada orang yang mengecewakan kita, jangan terlalu ambil pusing apa yang dilakukankan, sebab kita akan jadi rugi oleh fikiran kita sendiri. Sudah lupakan saja. Yang membahagikan rezeki adalah ALLAH, yang mengangkat darjat adalah ALLAH, yang menghinakan juga ALLAH. Apa perlunya kita risau dengan omongan orang, sungguh tidak akan kurang permberian ALLAH kepada kita. Mati-matian ia menghina, yakinlah kita tidak akan hina dengan penghinaan orang. Kita hanya akan hina kerana kelakuan hina kita sendiri.

Nabi SAW, dihina, tapi dia tetap cemerlang bagai intan mutiara. Sedangkan yang menghinanya, Abu Jahal sengsara. Siapa yang menabur angin akan menuai badai. Dikisahkan ketika Nabi Isa as dihina, ia tetap senyum, tenang, dan mantap, tidak sedikitpun ia menjawab atau membalas dengan kata-kata kotor mengiris tajam seperti yang diucapkan si penghinanya. Ketika ditanya oleh sahabat-sahabatnya, "Ya Rabi (Guru), kenapa engkau tidak menjawab dengan kata-kata yang sama ketika engkau dihina, malah Rabi menjawab dengan kebaikan ?"

Nabi Isa as, menjawab : "Kerana setiap orang akan menafkahkan apa yang dimilikinya. Kalau kita memiliki keburukan, maka yang kita nafkahkan adalah keburukan, kalau yang kita miliki kemuliaan, maka yang kita nafkahkan juga kata-kata yang mulia."

Sungguh, seseorang itu akan menafkahkan apa-apa yang dimilikinya. Ketika Ahnaf bin Qais dimaki-maki seseorang menjelang masuk ke kampungnya, "Hai kamu bodoh, gila, kurang ajar!"

Ahnaf bin Qais malah menjawab,"Sudah? Masih ada yang lain yang akan disampaikan ? Sebentar lagi saya masuk ke kampung saya, saya bimbang sekali kalau nanti di dengar oleh orang-orang sekampung, mungkin nanti mereka akan menghina dan memukulimu. Kalau masih ada yang mahu disampaikan, katakanlah sekarang !".

Oleh itu, jangan dirunsingkan, jangan difikirkan kata-kata yang cuba melumpuhkan daya kita.. Dale Carnegie, dalam sebuah bukunya mengisahkan tentang seekor beruang kutub yang ganas sekali sedang mengamuk. tiba-tiba ada ada seekor binatang kecil yang melintas di depannya. Anehnya, tidak ia memburunya, sehingga mungkin terlintas dalam benak si beruang ini, "Ah, apa perlunya yang kecil-kecil, yang tidak sebanding, yang tidak merugikan kepentingan kita".

Percayalah, makin mudah kita tersinggung, apalagi hanya dengan hal-hal yang sepele, akan makin sengsara hidup ini.Untuk apa hidup dalam sengsara?, kita harus menjadikan orang-orang yang menyakiti kita sebagai ladang amal, karena kalau tidak ada yang menghina, menganiaya, atau menyakiti, bila kita boleh memaafkan dan meraih ganjaran kesabaran ?

Nah sahabat. Justeru kerana ada lawan, ada yang menghina, ada yang menyakiti, kita bisa memaafkan. Kalau dia masih muda, anggap saja mungkin dia belum tahu bagaimana bersikap kepada yang tua. Kalau dia masih kanak-kanak, fahami bahwa tata nilai kita dengan dia berbeza, mana mungkin kita tersinggung oleh anak kecil. Kalau ada orang tua yang memarahi kita, jangan tersinggung, mungkin dia khilaf, karena terlalu kedhaifannya tentang zaman ini.. Yang pasti makin kita pemaaf, makin kita berhati lapang, makin bisa memahami orang lain, maka akan makin aman dan tenteramlah hidup kita ini, SUBHANALLAH!###.

ADUH! USAHLAH BERUBAH...

Apa maksud semua ini

Kau terus diam menyepi

Walau aku berulang kali

Bertanya khabar tanpa henti


Sekali pun tak kau endahkan

Sukar sangatkah beri kepastian

Meski hanya sebaris jawapan

Dari hati jujurlah katakan


Aduh! Usahlah berubah

Kau buatku serba salah

Sampai nafas ini lelah

Tak ku tahu rajuk atau amarah


Mengertikah kau prahara cinta

Terbitnya bukan di pinta

Tak terkendali dalam jiwa

Hingga terkhilaf aku dibuatnya

Mengapa hanya kau bisa membukanya

Sesudah tertutup hatiku sekian lama

TERSENYUMLAH.....(2)

Pada suatu hari, ada 3 ekor kura-kura hendak pergi berkelah bersama-sama. Kura-kura I membawa makanan, Kura-kura II membawa minuman, sedangkan Kura-kura III tidak membawa apa-apa pun selamba saja lenggang perut. Di dalam perjalanan tiba-tiba hujan pun turun dengan lebat dan derasnya, sehingga mereka tak boleh meneruskan perjalanan. Kemudian timbul perbualan di antara mereka.

Kura-kura I : "Ermmm..... salah sekor dari kita mesti balik untuk amik payung. Siapa yang nak pegi ni?"

Kura-kura II dan I saling pandang memandang, dan sepakat menuding Kura-kura III.

Kura-kura III : "Tak nak ahhh. Aku jalan lambat dan nanti aku nak sampai sini lagilah terlambat. Sure nkorang akan bedal mengkanan ni semua."

Kura-kura I dan II : "Takk lah. Kita orang tunggu sampai nko datang."

Kura-kura III : "Betul??? Kalau aku lambat 1 jam?"

Kura-kura I dan II : "Kita orang akan tetap tunggu."

Kura-kura III : "Kalau 3 jam ??"

Kura-kura I dan II "Kita orang akan tetap tunggu."

Kura-kura III : "Kalau 1 hari ?? "


Kura-kura I dan II : "Kita orang akan tetap tunggu."


Kura-kura III : "3 hari ???"

Kura-kura I dan II :"Kita orang akan tetap tunggu."

Kura-kura III : "5 hari???? "

Kura-kura I dan II : "Kita orang akan tetap tunggu."

Kura-kura III : "1 minggu? "

Kura
I dan II : "Kita orang akan tetap tunggu."

Kura-kura III : "2 minggu?"

Kura-kura I dan II : "Kita orang akan tetap tunggu. Nko pegi jek lah"

Dengan berat hati, akhirnya Kura-kura III pun berangkat. Kura-kura I dan II menunggu dengan setia. Sehari, dua hari dan seminggu telah berlalu. Kura-kura III tak jugak balik balik. Setelah dua minggu berlalu, Kura-kura I dan II sudah tidak dapat menahan lapar.

Kura-kura I : "Aku dah tak tahan lapar ni . Kita makan jek lah "

Kura-kura II : "Aku pun dah nak pensan ni. Jom ahh kiter perabih mengkanan ni"

Tiba-tiba Kura-kura III muncul dari semak-semak dan berseru "Hoii!!!!!!!! Nasib baik aku belom pegi lagi... Kalau tak, sure nkorang abiskan mengkanan ni kan kan???"

MORAL: Kalau pun kita sukar untuk percaya pada orang lain, janganlah jadi bodoh seperti Kura-kura III.

UNTUK KAWAN YANG DIHORMATI


kawan...
bila rasa ingin menangis..
hubungilah aku..
bukan aku nak suruh kau berhenti menangis...
tapi mungkin aku boleh menangis bersamamu...

kawan...
jika terasa tiba-tiba nak melarikan diri...
jauh dari masalah...
hubungilah aku...

aku takkan suruh kau berhenti..
tapi..
mungkin aku akan berlari
bersama kau agar masalah kau boleh selesai...

kawan..
jika tiba-tiba kau ditinggalkan kekasih kau..
beritahulah aku..
aku tidak akan memaki hamun kekasih kau..
tapi..
aku akan cuba buat kau cintai diri kau sendiri...

kawan..
jika kau kecewa keluargamu tak bahagia..
beritahulah aku..
aku takkan buat kau benci kepada ibu bapa kau..
tapi..
terimalah segala ketentuan Allah...

kawan..
jika kau kecewa dengan perkahwinan kau suatu hari nanti...
ceritalah pada aku..
aku takkan sebut nama perempuan/lelaki itu...
tetapi..
cubalah jadi lelaki/wanita yang lebih soleh/solehah...


tetap
i kawan...
jika suatu hari aku berdiam diri..

aku tidak membalas messagemu..

aku tidak angkat panggilan darimu...
hubungilah aku segera...
sebab waktu itu aku.. {kredit h/p aku tak top-up lagi ~ ac
ah je)
aku perlukan kau...

untuk mendoakan kesejahteraan aku
kerana aku juga insan biasa...

kekadang alpa dengan dunia..

SAAT CINTAKU BERMADAH










J
ika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada di sisi kita.

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta...

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.

Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.

Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi.

Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar menyintainya setulus hati.

Rasa percintaan lebih pahit dari hempedu .Teman percintaan ialah sayu dan pilu, namun demikian, dara dan teruna tetap berpusu-pusu terjerumus ke dalamnya kerana dianggap seperti lautan madu - Raja Pedang Deir

Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu.

Berkemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya dan berkemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan di dalamnya.

Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam. Cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Tuhan ertinya Takwa.

Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta ke dalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan.

Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam , tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih, dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung atau sekadar canang yang gemerincing.

Cinta adalah keabadian...dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dialami

Siapapun pandai menghayati cinta tapi tiada siapa yg pandai menilai cinta kerana cinta bukan objek yg boleh di lihat oleh mata kasar. Sebaliknya cinta hanya dapat ditilik melalui hati dan perasaan.

Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dahsyatnya cinta !

Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.

Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya

Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.

Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh. Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.

Cinta sesuatu yg mengasyikkan,ia boleh membuat kita hilang kewarasan fikiran. Cinta juga sebenarnya indah jika pandai menghayatinya. Sebaliknya cinta boleh jadi racun jika tersalah tempat. Apa pun cinta itu buta.

Anyamlah buih-buih di laut demi membuktikan cinta yang suci tanpa menodai keaslian pantai itu. Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan.
Apa yang buta ialah bila cinta itu menguasai dirimu tanpa pertimbangan

IBU.... NYAWA CINTA YANG TAK PERNAH MATI

Masih basah diingatanku akan kisah seorang kawan di Universiti Malaya yang sungguh mengharukan. Diceritakan, seorang ibu yang baru melahirkan seorang anak begitu terkejut ketika melihat bayi lelakinya itu tidak memiliki cuping telinga. Meskipun begitu, bayi itu masih mempunyai fungsi pendengaran yang sempurna. Apalah yang dapat dilakukan oleh ibubapanya melainkan menerima taqdir itu sepasrahnya.

Hari berganti hari, waktu terus bergilir - si anak kecil tadi makin membesar sepertimana teman-teman sebayanya. Pelajaran di sekolah pun tidak menjadi masalah untuk diikutinya. Namun satu hal yang begitu menganggu dirinya adalah sindiran teman-temannya yang mengatakan dia manusia planet, bahkan ada yang mengejeknya yang dia adalah jelmaan dewa langit kerana tidak bertelinga; malah ada juga yang menyarankannnya supaya bekerja di Star Trek saja. Sindiran, cemuhan dan ejekan sebegitu amat menyakitkan hatinya. Seringkali bila dia pulang ke rumah dalam keadaan menangis dalam pelukan ibunya. Si ibu penuh ketabahan terus memujuk dan memotivasi si anak untuk mengembangkan potensinya dan meraih prestasi yang gemilang hingga mampu memasuki universiti.

Hingga suatu hari, seorang dokter yang dikenali oleh keluarga itu mengatakan bahawa si anak kecil yang sudah dewasa ketika itu, sudah boleh melakukan pembedahan pencatuman cuping telinganya; dan daun telinga tersebut sudah berada disimpan sekian lamanya hasil dari seorang penderma. Mendengar berita ini, giranglah hati si anak segembiranya hingga terlupa untuk menanyai siapakah penderma yang berhati mulia itu.

Operasi pembedahan pun berjalan lancar, dan suatu perubahan penampilan dalam diri anak itu terjadi, rasa percaya dirinya semakin meningkat seiring dengan prestasi yang ia raih hingga berjaya melangkah kaki ke universiti. Sampai hampir tamat pengajiannya di peringkat Ijazah, ternyata rasa ingin tahunya tentang siapa pemberi daun telinga kepadanya belum juga terjawab. Selalu dia bertanya kepada ayahnya dan setiap kali itu jua ayahnya sering menjawab, "Suatu saat kau akan tahu juga!"

Tuhan menentukan segalanya, hingga tibalah saat yang paling menyedihkan keluarga ini, ibu tercinta meninggal dunia. Rasa kehilangan yang tidak terhingga dirasakan oleh si anak tunggal ini, masih terbayang dalam dirinya ketika dia diejek oleh rakan-rakannya, ibunyalah yang menguatkannya. Ibunya pula yang selalu mendorong dirinyauntuk terus maju tanpa memikirkan kekurangan diri yang sedikit. Namun kenangan itu tinggal kenangan, ibu tercintanya telah pergu buat selama-lamanya. Saat akan memberikan ciuman terakhir pada jasad si ibu dengan didampingi ayahnya, si anak ini terperanjat yang amat sangat ketika menyibak rambut ibunya. Ternyata ibu yang terkujur kaku di hadapannya tidak mempunyai cuping telinga!. Teka-teki yang selama ini berkocak di dalam batinnya pun terjawab sudah. Hati kecil si anak berkata pilu, "patutlah ibu selalu mengatakan dia lebih suka memanjangkan rambutnya semenjak aku di tingkatan 2. Rupanya, ibu tak ingin aku tahu bahawa pemberi daun telinga ini adalah ibu!"

Begitulah kisahnya dan waktu itu si anak kecil yang lahir tanpa cuping telinga telah duduk berhadapan denganku menceritakan cebisan rentetan hidupnya ini.#

************
APA YANG ANDA PEROLEHI DARI KISAH INI???

RENUNGAN UNTUK MENGUBAH SIKAP.....















E-mail yang diterima dari seorang teman di Indonesia mengisahkan peristiwa yang memilukan hati; sepasang suami isteri yang bekerja meninggalkan anaknya yang bernama Ita berusia 3 tahun bersama pembantu rumahnya. Ita seperti kanak-kanak lain suka melakukan sesuatu yang dekat dengan dirinya, sambil bermain menconteng-conteng tanah dengan lidi di halaman rumah; sementara pembantu rumahnya sedang menjemur kain baju.


Tiba-tiba, Ita menemukan sebatang paku berkarat dan mulai mengores-gores kereta baru ayahnya yang berwarna hitam yang kebetulan pula jarang dibawa ayahnya ke pejabat. Maka penuhlah di kereta tersebut dengan goresan gambar Ita.

Sebaik sahaja ayahnya pulang, dengan bangga Ita memberitahu dan membawa ayahnya melihat goresan yang dibuatnya pada kereta tersebut. Melihat apa yang terpampang di hadapan mata, bukan pujian yang Ita terima sebaliknya kemarahan yang tak tertampung lagi.

Orang pertama yang pasti menerima hukuman ialah pembantu rumahnya kerana dianggap tidak mengawasi Ita di rumah. Selepas itu, baru giliran anaknya dihukum. Atas nama demi mendisiplinkan anak, maka si ayah mulai mengajar anaknya, tidak hanya dengan kata-kata tetapi dengan pukulan. Dipukullah kedua telapak tangan dan belakang tangan anaknya dengan apa saja yang ditemukan di situ.

"ampun, bah! sakit....sakit, ampun!", jerita Ita sambil menahan sakit di tangannya yang sudah mulai meluka darah. Si ibu hanya diam membisu sahaja, seolah-olah merestui tindakn disiplin yang ditegakkan oleh suaminya. Puas mengajar anaknya, sang ayah menyuruh pembantu untuk membawa Ita ke biliknya. Dengan hati yang terhiris, pembantu membawa Ita ke bilik tidurnya.

Pagi hari ketika Ita dimandikan, Ita menjerit-jerit menahan pedih.Esoknya tangan Ita mulai membengkak, sementara ayah ibunya tetap bekerja seperti biasa. Ketika dimaklumkan oleh pembanunya, Ibu Ita hanya menjawab, "sapukan ubat saja!".

Hari berganti hari, hingga suhu badan Ita mulai panas kerana luka tangannya sudah makin kebiruan. Ketika dimaklumkan sekali lagi oleh pembantu, orang tua Ita pun hanya menyuruh Ita diberi makan ubat demam. Hingga suatu malam, panas Ita semakin meningkat, bahkan Ita mulai mengigau. Baru ibu ayahnya terbutu-buru membawa Ita yang sudah terlihat terlalu lemah ke hospital pada malam itu juga.

Hasil pemeriksaan dokter menyimpulkan bahawa demam Ita berasal dari tangannya yang sudah kebiruan dan busuk akibat luka-lukanya. Setelah seminggu dimasukkan dalam wad jagaan rapi, dokter memanggil ibu ayah Ita dan menyatakan, "tidak ada pilihan lain...."

Doktor mengusulkan agar kedua tangan anak itu dipotong kerana jangkitan kuman yang terjadi sudah terlalu parah. "Ianya sudah bernanah dan membusuk, untuk menyelamatkan nyawa Ita, tangannya harus dipotong!".

Mendengar saranan ini, orangtua Ita bagai disambar petir. Dengan airmata berjurai dan tangan yang bergetar, mereka menandatangani surat persetujuan memotong tangan anak yang paling dikasihinya.

Setelah sedar dari pembiusan pembedahhannya, Ita terbangun sambil menahan rasa sakit dan bingung melihat tangannya yang dibaluti kain putih. Lebit mengejutkannya lagi, dia melihat kedua orang tuanya dan pembantu rumahnya menanggis di sampingnya. Sambil menahan rasa sakit, Ita berkata kepada ibuayahnya. "Abah...Mama, Ita tidak akan melakukannya lagi... Ita sayang abah, sayang mama, juga sayang bibi. Ita minta ampun kerana melukis pada kereta ayah!".Si ibu dan ayah semakin menangis mendengar kata-kata Ita tersebut.

"Bah, sekarang tolong bagikan tangan Ita balik. Ita janji tak kan buat lagi. Nanti macam mana Ita mau main dengan kawan-kawan Ita?. Abah....mama, tolonglah pinjamkan sekejap je; Ita mahu salam abah, mama dan bibi nak minta maaf!"

Saat itu, apalagi yang mampu dilakukan ibu ayahnya? melainkan penyesalan yang amat mendalam. kekesalan yang tiada ertinya...