HATI MEREKA GEMENTAR KHUATIR....

Al-'Arifbillah Hatim Al-Isham pernah ditanya
tentang solatnya. Dia menjawab, "Apabila waktu solat tiba, aku
berwudhu' dengan sempurna dan menghampiri tempat aku akan
mengerjakan solat. Aku pun duduk di sana hingga seluruh tubuhku
tertumpu. Kemudian aku pun bersolat dengan menjadikan Kaabah
seolah-olah di hadapanku, ash-shirath di bawah kakiku, syurga di
kananku, neraka di kiriku dan malaikat maut tepat di belakangku.

Aku menganggap solat ini sebagai solat terakhirku. Kemudian
aku mengerjakannya dalam nuansa antara raja' (harap) dan khauf
(cemas). Aku bertakbir sepenuh mungkin dan membaca lantunan
ayat Al-Quran dengan tartil (teratur dan tertib), kemudian aku
ruku' dengan tawadhu' dan bersujud dengan penuh khusyuk.

Selanjutnya aku duduk di atas kaki kiri dengan menjulurkan
telapaknya dan menegakkan telapak kaki kanan di atas ibu jari.
Aku pun mengakhiri solat tersebut dengan rasa ikhlas. Tetapi
aku tidak tahu apakah solat itu diterima atau tidak."

Mari kita baca setiap kalimat Imam Al-Hatim ini satu-persatu. Kemudian kita sama-sama berusaha segera mengerjakan solat seperti itu.

Setiap kali selepas berwudhuk, Sayyidina Ali bin Abi Thalib
k.r.w. akan gementar. Ketika ditanya mengenainya, beliau
menjawab,“Sekarang aku sedang memikul amanah yang pernah diberikan kepada langit dan bumi serta gunung tapi mereka semua menolaknya. Namun, aku kemudian maju dan bersedia menerima amanah tersebut.”

Begitu juga dengan Sayyidina Al-Hasan, putera Sayyidina Ali.
Selepas berwudhu’ biasanya beliau akan gementar, ketakutan,
menghiba dan air mukanya berubah. Ketika ditanya, beliau
menjawab, “Tahukah kalian, di hadapan siapa aku berdiri?”
Sungguh, tidak salah jika seorang anak menyerupai ayahnya!
Demikianlah peribadi agung persis datuknya, Rasulullah s.a.w.

INIKAH TAMSILAN DIRI KITA....?

ALLAH SWT dalam kitab-Nya Al Quran banyak
menggunakan perumpamaan atau perbandingan bagi
memudahkan kita memahami tentang sesuatu ilmu atau
suatu perkara yang hendak diajar-Nya pada kita. Sebab
dengan membandingkan atau mengumpamakan apa yang
baru atau asing bagi kita dengan sesuatu yang telah jadi
pengalamanharianitu,akanmemudahkanlagikitanampak
apa yang dimaksudkan. Contohnya bila Allah berkata:

Perumpamaan, orang-orang yang
mengambil perlindungan selain dari Allah adalah seperti
labah-labah yang membuat rumah. Dan sesungguhnya
rumah yang paling lemah ialah rumah labah-labah, kalau
mereka mengetahui.
(Al Ankabut : 41)

Maka segeralah tergambar oleh kita bahawa orang yang
tidak bergantung pada Allah, tapi menaruh harapan pada
selain-Nya, samalah seperti labah-labah yang berganhmg
pada rumahnya. Rumah itu bukan saja tidak boleh
menyelamatkan bahkan merbahaya baginya. Begitulah
manusia yang menyandar hidup pada selain Allah. Ertinya
meletak diri pada keadaan yang bahaya. Dengan perumpamaan
itu orang segera nampak apa yang Dia
maksudkan sebenarnya.

Banyak lagi tamsil ibarat yang Allah pilih untuk
dikekalkan dalam kitab-Nya yang mulia. Yang semuanya
sungguh tepat dan penuh makna, berguna untuk menyedar
dan mengingatkan manusia. Jadi nyatalah bahawa salah
satu kaedah pembelajaran dan pendidikan yang baik ialah
dengan membanyakkan perumpamaan-perumpamaan dan
perbandingan-perbandingan (tamsil) ketika menerangkan
sesuatu konsep ilmu pengetahuan. Lebih-lebih lagi ilmu
itu baru dan asing dari kehidupan, maka lebii utamalah
kalau didatangkan satu hal yang biasa berlaku untuk dijadikan
perbandingan yang tepat dan bennakna. Tapi ini
bukanmudah, iamemerlukan daya fikirdan daya imiginasi
yang pintar dan cepat. Kalau tidak, maka susah jugalah
seseorang untuk melakukannya.

Di sini saya cuba untuk memberi beberapa misalan
tentang apa yang saya maksudkan di samping cuba memahamkan
anda sesuatu yang mungkin asing bagi anda.


A. Bandingan orang yang mencampur-adukkan perintah Allah dengan larangan-Nya.

Bandingan seseorang yang mencampur-adukkan
perintah Allah dengan larangan-Nya ialah seperti seorang
pesakit yang makan ubat tapi makan juga pantang-larangnya.
Al hasil sakit tidak juga baik.

Ertinya orang yang melaksanakan perintah-perintah
Allah seperti sembahyang, puasa, zakat, haji, berkorban,
berjuang dan lain-lain. Kemudian dibuat juga larangan
Allah seperti makan riba atau membantu sistem riba, judi,
bergaul bebas tanpa batas lelaki perempuan, dedah aurat,
mengata, hasad dengki, riak, ujub, bakhil, tamak, pemarah,
ingin pangkat, mendirikan sistem pendidikan sekular dan
lain-lain lagi, maka dia sebenamya tidak akan mendapat
apa-apa di akhirat nanti. Samalah keadaarmya dengan
seorang yang sedang terlantar kerana sakit kencing manis
misalnya.

Bila doktor bagi ubat, diamakan tanpamenolak satupun.
Kemudian datang tukang bawa makanan, diarnbilnya
makanan-makanan yang dilarang makan oleh doktor.
Teringin, katanya. Apakahhasilnya? Kalaupatut diadirawat
cuma dua bulan di hospital, mungkin akan jadi lima bulan.
Mungkin juga dia akan menderita sakit selama-lamanya.
Tidak mungkin berlaku ubat yang disertai oleh pantanglarangnya
itu dapat membawa kebaikan atau kesihatan
pada orang itu. Janganlah dibandingkan perkara ini dengan
berkata, “Minyak dan air tidak mungkin bercampur.”

Itu bandingan yang tidak tepat. Sebab nilai kebaikan
dan kejahatan tidak boleh disamakan dengan minyak dan
air sebab kebaikan dan kejahatan adalah dua perkara yang
bertentangan sedangkan minyak dan air sama-sama membawa
kebaikan pada manusia. Seorang yang ada air dan
ada minyak adalah orang yang memiliki bahan-bahan
yang berguna tetapi seseorang yang baik, tapi buat juga
jahat boleh membuatkan orang tidak percaya padanya. 
Ya,satu segi dia banyak kawan, orang baik pun kawan dia.
orang jahat pun terima dia, tapi hakikatnya dia akan keseorangan.
Orang baik pun tidak ambil dia masuk group
mereka, sebab dia tidak baik betul. Dan orang jahat pun
tidak ajak ‘joint’ dengan mereka, sebab dia tidaklah jahat
betul. Jadi, akhimya keseoranganlah dia di atas pagar. Bila ,
orang jahat dan orang baik bertembung untuk mempertahankan
cita-cita perjuangan mereka, maka si dia di atas
pagar perhati saja, mana kuat dan nampak-nampak hendak
menang dia akan lompat ke sana.

Orang begini adalah golongan hipokrit atau munafik
yang tempatnya ialah di dasar neraka. Jadi janganlah lagi
kita bangga kerana dapat buat baikdan buat jahat sekali (all
rounder). Tetapi buatlah kebaikan kerana Allah, dan
tinggalkanlah kejahatan kerana Allah. Dan janganlah mencari
kepentingan-kepentingan lain di sebalik tindak-tanduk kita.

BERSAMBUNG....

MENCIUM HARUM BAU SYURGA DALAM PERNIKAHAN....


Aku cuba cermati tentang pernikahan. Apa maknanya? Apa pula pentingnya? Ketika ku buka dan ku baca Al-Quran, aku cuba memahaminya dari firman Allah,
“Dan nikahkanlah orang-orang yang bersendiri di antara kamu dan orang-orang yang layak bernikah dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki mahupun perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya…”
Lalu aku teringat akan sabda Rasululah s.a.w:
“Empat dari sunnah semua rasul adalah malu, wangi-wangian, siwak dan nikah.” - (Hadith riwayat At-Tirmidzi).
“Telah datang tiga orang ke rumah isteri Nabi dan bertanya tentang ibadah Nabi. Selepas mengetahuinya, mereka berkata, ‘Kalau begitu saya akan solat malam selamanya.’ Seorang lagi berkata, ‘Saya akan berpuasa selamanya dan tidak berbuka.’ Sementara yang lain berkata, ‘Saya akan menjauhi perempuan dan tidak akan bernikah.’ Lalu Rasulullah kepada mereka dan bersabda,  
‘Kalian berkata demikian? Wallahi, sesungguhnya aku orang yang paling takut dan paling bertaqwa kepada Allah tetapi aku solat dan juga tidur, aku berpuasa dan berbuka dan aku menikahi perempuan, maka sesiapa  yang membenci sunnahku, ia bukan dari golonganku.” - (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
            Sejenak ku ingin merenung dan menghayati makna hadis di atas. Adalah Sesungguhnya, salah satu rahmat Allah kepada manusia ialah apabila Dia tidak melarang kita bernikah. Malah menganjurkan kita melangsungkan pernikahan demi menjaga diri dari jerat-jerat syaitan dan melindungi dari terjatuh ke dalam lumpur kemaksiatan. Allahu Akhbar!
Pernikahan mengandungi hikmah dan makna yang dalam. Salah satunya ialah memenuhi tuntutan syahwat kerana syahwat dan keinginan bernikah adalah naluri dalam diri manusia. Hanya kadar kekuatannya saja yang berbeza antara seorang dengan seorang yang lain. Subhanallah!
            Oleh kerana itulah Rasulullah menekankan kembali sabdanya,
“Wahai para pemuda! Sesiapa yang telah mampu bernikah, hendaklah menikah kerana ia lebih mampu menahan pandangan dan membentengi kemaluan. Sesiapa yang tidak mampu, berpuasalah…” - (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

KESEMPATAN YANG TAKKAN TERGANTI.....

Terimalah sebuah hadiah yang tiada duanya ini. Ini adalah
kesempatan yang tiada pengganti kerana kita tidak tahu bilakah
Allah akan menyeru kita untuk menghadapnya.

Ketika Rasulullah s.a.w sedang duduk di masjid, seorang
lelaki masuk dan mengucapkan salam lalu melakukan solat. Setelah
selesai, dia pun menghampiri baginda namun baginda bersabda;
 
"Tunaikanlah solatmu semula kerana engkau masih belum
menunaikannya."

Lelaki itu pun solat sekali lagi dan kembali kepada setelah
solatnya selesai. Baginda bersabda lagi dengan kata-kata yang sama
dan lelaki itu mengulang semula solatnya. Selepas itu beliau kembali
kepada baginda. Namun baginda tetap bersabda;

"Tunaikanlahsolatmu semula kerana engkau masih belum menunaikannya."
 
Akhirnya lelaki itu berkata; "Demi Allah yang mengutusmu
dengan kebenaran, saya tidak dapat mengerjakan yang lebih baik
dari ini. Ajarlah saya, wahai Rasulullah!"

Baginda pun bersabda; 
"Mulakanlah solatmu dengan takbir, lalu bacalah beberapa potong ayat Al-Quran yang mudah. Kemudian ruku'lah dengan betul dan muthmainnah (tenang), lalu
i'tidal hingga engkau betul-betul berdiri. Selepas itu bersujudlah
dengan betul dan duduk hingga kamu betul-betul duduk dengan
tenang. Kemudian sujudlah semula hingga kamu betul-betul
sujud dengan tenang. Biasakan gerakan-gerakan ini dalam setiap
(rakaat) solatmu!"
(Hadis riwayat Al-Bukhari).
 
Apakah kita dapat merasakan nilai hadiah ini? Rasulullah s.a.w
mengajarkan bagaimana seharusnya kita mengerjakan solat!
Sama-sama kita mempraktikkannya sebelum terlewat. Selalu
menjaga thama’ninah (ketenangan) dalam solat!