Ini sekadar cebisan rindu tanpa berhujung pada sahabatku Asri Ibrahim. Sebuah ceritera dari himpunan kisah bersamanya, umpama sehelai benang kenangan dari sulaman nostalgia yang selalu mengetuk-ngetuk pintu ingatan padanya….
SEBULAN SEBELUM PEMERGIANNYA…
Jam : 2.30 pagi
Aku dan Asri yang baru sahaja selesai rakaman di rumah aku (*ini merupakan album khas yang paling panjang sesi rakamannya dan masih belum sempurna hingga kini) terus bergerak ke Bukit Beruntung – Bukit Sentosa. Kami berbual berkaitan album itu
ASRI IBRAHIM
…banyak lagi nak rakam tu.
AKU
Takper lah….pelan-pelan asal siap.
ASRI IBRAHIM
takut tak sempat jer….
AKU
masa rakaman tadi kan, meremang ana dengar…
ASRI hanya tergelak kecil.
AKU
Sayu jer....
ASRI IBRAHIM
Dah...dah….
Begitulah antara sikap ASRI yang enggan larut dalam kata sanjungan padanya walau sekecil apapun.
ASRI IBRAHIM
Anta jangan bagitau sape-sape
pasal album ni. biar siap dulu.
Kalau boleh selagi tak siap,
Sape pun tak boleh dengar….
AKU
Insya’Allah! No problem….
Selanjutnya kami berbual tentang album ‘Nostalgia Nada Murni’ – ada sesuatu yang mengusik hatinya…(aku akan kongsi kemudian cerita itu @ mungkin berdiam itu lebih baik). Bicara kami bertukar pada perbualan tentang perancangannya untuk keluarga. Kami sampai tempat yang ditujui – rumah ASRI yang sudah berubah wajah. Dua buah rumah diubah menjadi satu. Cantik. Indah. Aku bangga apa yag dihajatinya untuk membeli rumah sebelahnya termakbul. Sejujurnya itulah kali pertama aku datang ke rumahnya yang bernuansa baru itu.
ASRI IBRAHIM
Ni lah…yang dapat ana sediakan
untuk orang umah dan anak-anak.nak lebih lagi tak mampu.
Tu pun tak siap lagi, kat belakang tu…
AKU
Okey lah ni….
ASRI IBRAHIM
Ahah! Ana pun nak dorang selesa…
ana pun selalu tinggalkan dorang… jap
yer…
ASRI buat panggilan pada isterinya (KAK JANNAH) . Aku tengok jam sudah 3 pagi lebih. ASRI maklumkan yang dia sudah sampai.
AKU
Lain kali bawak lah kunci rumah….
ASRI IBRAHIM
Bukan tak nak bawak tapi kak Jannah tu tak bagi,
dia yang nak buka sendiri, nak sambut ana balik
tak kisah lah pukul berapa pun…..
AKU
Mak aiii…. Romantik gilerrrr…
ASRI IBRAHIM
Mestilah….jeles ker?
Kalo jeles, anta kena kahwin.
Suara tawa kami pecah sama dalam keheningan pagi itu. Kemudian ASRI masuk ke dalam rumah seketika dan keluar semula. Dikeluarkan Naza Ria terlebih dahulu dan diletakkan di hadapan rumah jirannya. Disusuli pula memasukkan kereta ke perkarangan rumahnya. Kami berbual lagi…
AKU
apa lagi yang anta nak tapi tak dapat lagi?
ASRI IBRAHIM
Apa maksud anta?
AKU
Yerlah…. Maksud ana yang anta rasa nak target
dapat dalam tahun ni….
ASRI IBRAHIM
Ada… Insya’Allah…ana nak…
Aku mendengar penuh berhati harapannya satu persatu, harapan seorang suami, ayah, ketua, sahabat, da’I dan yang paling mengharukan aku ialah apabila mendengar harapannya sebagai seorang hamba ALLAH. Katanya….
ASRI IBRAHIM
Bulan ramadhan ni, ana nak khatamkan Qur’an…
Ya ALLAH …
belum sempat Ramadhan menjelang, sahabatku ini dijemput bersimpuh keharibaan-Mu.
Ya RABBI….
Perkenankan cita-citanya untuk menjadi BIDUAN di Syurga-Mu.
Ya Hannan Ya Mannan….
rindunya aku pada senyum tawanya… aku hentikan dulu kenangan ini….kolam mataku sudah tak tertampung lagi….