Apa mungkin
Kau masih tidak mempercayai
Hanya kau dalam hati ini
Dari dulu tiada pernah berganti
Sedari aku mulai menyintai
Tiada rahsia antara kita lagi
Mana mungkin
Aku bisa berpaling dari kau
Yang nyala semula api cinta
Saat nyawa cintaku terpadam
Semuanya dek kerana mata
Di awal pertemuan….
Aduhai belahan jiwa
Percayalah aku setia
Biar seribu wajah bertandang
Tegar aku memilih kau
Kasih yang takkan berubah
Usahlah kau ragui
Cuma kau mengetahui
Tentang misteri cinta ini
Aku akui sejujurnya kata nurani
Aku curahkan segenap rahsia
Aku bukakan sisi hitam terpendam
Dari jiwa ke jiwa kekasih gelap
*jika kau bertanya padaku
mengapa aku sangat mengasihi
dan sentiasa inginkan
agar kau selalu di sini
bagaimana harus kuhulurkan
dengan kata misteri cinta kerana Tuhan saja yang tahu jawapannya.
~ AbShuhey Namus ~