IBUKU.... pembohong!!!....


Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian.

Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : ""Makanlah nak ibu tak lapar." – PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.

Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan watu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi.Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan." - PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.

Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak.Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih denagn beremankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." – PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.

Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang.
Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih saying ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : "Minumlah nak, ibu tak haus!!" – PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.

Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu.
Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : "Saya tidak perlukan cinta saya tidak perlukan lelaki." – PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.


Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : "Jangan susah-susah, ibu ada duit." – PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.

Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara.

Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula.

Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; "Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang." – PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.

Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta.

Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap ajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menhadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan jelas betapa penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus.

Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : "Jangan menangis nak, ibu tak sakit." – PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.


Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.

Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, 'Ibu,saya sayangkan ibu.' Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebiH dari segala-galanya, tapi tidak pernah seKalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir. Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu…


* kisah di atas ini merupakan secuplik kisah peribadi SYED HAFIZI yang digarap menurut interepetasi penulis. Terima kasih SYED HAFIZI.

HENTIKAN TUGAS MALAIKAT ITU....


Hanya ada dua malaikat yang setiap saat mengintai gerak-geri kita. Memata-matai tingkah laku serta tak pernah mengerdipkan mata meski sekejap. Mereka memiliki kapasiti dan kemampuan yang jauh di atas rata-rata pakar risik yang pernah dimiliki CIA, FBI, MOSSAD atau NSA saat menanti “korbannya”. Mereka adalah Malaikat Raqib ra dan Malaikat ‘Atid ra. Tugas utama mereka dari Allah cuma satu: mencatat kelakuan baik serta kelakuan jahat kita. Mereka sangat jujur dan tak pernah bermaksiat kepada Allah. Mencatat apa adanya. Baik ya baik, buruk tetap buruk. Mereka tidak ditugaskan untuk mengolah, menganalisis, menyimpulkan apalagi menjatuhkan hukum.

Mereka hanya menyimpan data. Soal keputusannya, semata di tangan Allah SWT. Nama keduanya amat mudah dikenal kerana sejak kanak-kanak sudah masuk dalam file memori kita. Malaikat Raqib bertugas hanya mencatat yang baik-baik saja dari kita, sedang Malaikat ‘Atid sebaliknya, cuma mencatat yang buruk-buruk. Keduanya dikenal sangat jujur, tulus dalam bertugas serta sungguh jauh dari penat. Singgasana mereka di syurga tetapi prajuritnya sungguh tak terhitung. Tak ada sepotong nyawa pun yang tidak memiliki buku induk pencatatan amal kita. Semuanya serba lengkap dengan superkomputer yang teramat canggih. Pada waktunya, kepada kita akan dipertunjukkan catatan-catatan serta jejak rakam kita selama menjadi penghuni di alam yang serba cepat ini.

Kini kalau kita berhitung secara jujur, manakah di antara dua malaikat itu yang paling sering menuangkan catatannya untuk kita. Tampaknya tanpa dikawal telunjuk ini akan mengarah kepada Malaikat Raqib. Kalau dihitung-hitung pula, maka secara logika Malaikat ‘Atid akan jauh lebih aktif membuat catatan dibanding Malaikat Raqib yang mungkin hanya tersenyum dan geleng-geleng kerana tak terlalu banyak amal yang bisa dimasukkan dalam Buku Induk. Tumpukan dosa-dosa akan terus menjadi daftar pertama Buku Induk Malaikat ‘Atid dalam setiap pergantian tahun kerana Allah sudah menyediakan buku baru bagi timbunan dosa yang tak terhitung ini. Kalau tidak kerana Allah Mahakuasa menjadikan Malaikat ‘Atid memiliki daya juang yang luar biasa, boleh jadi beliau akan merasa bosan dan protes kepada anak Adam. Tapi, begitulah tugas mulia kedua malaikat al-muqorrobin ini. Mereka tidak pernah protes apalagi menyatakan keberatannya sebagaimana pernah dilakukan Iblis.

Dalam sebuah munajat di hadapan tak lebih dari sepotong shaf dalam solat jemaah Maghrib; seorang murabbi jua imam berbisik kepada Tuhannya. “Ya Robbanaa. Di negeri kami rasa saling curiga bersemayam, bahkan mencengkeram dengan amat kuat di benak setiap orang hingga saudara sendiri pun harus kita mata-matai, apakah masih dapat dipercaya. Di desa kami mengumpat adalah hal yang biasa hingga jika sedetik saja kita tidak “memangsa daging saudara” kami yang sudah mati (istilah Alquran untuk orang-orang yang suka mengumpat), rasanya kami belumlah tenteram dan aman. Di kampung kami jika muncul persoalan, bukan kepada hati nurani kami bertanya, tetapi langsung menjatuhkan hukum dan menuding saudara sendiri sebagai penyebab pelakunya. Di dusun kami tak ada lagi orang tua yang bisa didengar nasihatnya kerana yang meluncur dari mulutnya tinggal sumpah serapah dan adu domba.

Meski negeri, desa, kampung, dan dusun kami terletak di atas bumui-Mu tetapi kami selalu lupa bahwa Engkau memiliki hak untuk mengusuir kami dari tanah-Mu ini. Kalau akhirnya Engkau usir kami, ke mana lagi kami akan pindah?”.

“Ya Robbanaa, hanya di negeri kami dapat disaksikan gelimpangan mayat tanpa kepala berserakan di sembarang tempat. Cuma di negeri kami, membantai maki jadi isyarat kepahlawanan dan kesucian. Hanya di negeri kami, keberanian memuncak ke ujung rambut hingga sering kami mencabut nyawa saudara kami atas nama-Mu. Hanya di negeri kami, kaum perempuan dijual sebagai alat untuk memenuhi nafsu syaitan. Cuma di negeri kami, anak-anak diperdagangkan, diperah tenaganya, dirampas hak-haknya, dan dicibir seperti sampah di setiap lampu merah, di bawah kolong jambatan dan bangunan pencakar langit yang dibangun di atas tanah-Mu. Kalau dikira, dosa-dosa kami, sudah barang pasti akan melampaui hutang luar negara. Di hadapan pengadilan-Mu, dosa satu orang di antara kami, terlalu besar jika cuma dibayar dengan hutang luar negara kami.

Ya Allah ya Maaliki! Apakah kerana dosa-dosa kami itu, Engkau berikan kepada kami pemimpin yang sungguh tidak takut kepada-Mu dan tidak sayang kepada kami?”


“Allahumaa ya Robb! Para pemimpin kami benar-benar tidak takut kepada-Mu. Selama ini kami anggap mereka sebagai orang tua kami yang selalu siap memberikan rasa kasih dan sayang kepada kami. Tetapi sejak kami angkat mereka sebagai pemimpin kami, mereka bukan membelai kami menjelang tidur, tetapi justeru membuat hati kami berdebar-debar kerana waswas. Mereka tidak pernah memenuhi hak kami agar diberi pendidikan yang layak, untuk diberi sandang yang layak dan kemudahan yang patut. Setiap hari mereka menebar rasa takut, seakan-akan mereka malaikat pencabut nyawa. Mereka tak pernah menenteramkan hati kami.”

Begitu mendengar untaian doa orang kecil ini, maka inilah saatnya kita melapor langsung kepada Allah SWT setelah serangkaian persoalan tak mampu lagi kita tanggungkan sendiri. Setelah prahara yang mendera bangsa tanpa henti, belum berakhirnya krisis jati diri setelah 50 tahun lebih tercabik-cabik, lahirnya era baru yang tak kunjung membuahkan harapan, kompleksnya persoalan hingga sulit mencari jalan keluar, kini saatnya kita mengadu hanya kepada Allah. Sesungguhnya hidup dan mati adalah ujian, siapa di antara kita yang paling baik perbuatannya.Tetapi rasanya teramat sulit bagi kita untuk dapat mencerna dengan kesedaran tinggi, kepasrahan total dan kebeningan jiwa yang luhur untuk memaklumi isyarat Tuhan tersebut. Bangsa ini tinggal berharap pada harapan itu sendiri setelah tiada lagi institusi, lembaga, pranata sosial, dan pemimpin yang dengan ketulusan hati berkenan mendengarkan jeritan yang dengan bersuara pun tak mampu lagi membantu kita meneriakkannya. Saatnya kita melapor langsung kepada Allah, betapa sulitnya menghitung dengan jari, siapa lagi yang mampu menjadi khalifah-Mu di Bumi Pertiwi ini. Tuhan! Saksikan dan dengarlah pengaduan hamba-hamba-Mu ini. Kami sadar benar bahwa Engkau Mahamendengar dan Saksi Abadi atas derita yang membelit segenap anggota tubuh kami. Tuhan! Kami hanya ingin mengadu kepada-Mu malalui Sifat dan Asma-Mu yang Agung !

TIKA BERCERMIN DIRI

Tatkala kudatangi sebuah cermin
Tampak sesosok tubuh yang sangat lama kukenal dan sangat sering kulihat
Namun aneh, sesungguhnya aku belum mengenal siapa yang kulihat


Tatkala kutatap wajah, hatiku bertanya,
Apakah wajah ini yang kelak akan bercahaya dan bersinar indah di surga sana ?
Ataukah wajah ini yang akan hangus legam di neraka jahannam

Tatkala kutatap mata, nanar hatiku bertanya,
Mata inikah yang akan menatap penuh kelezatan dan kerinduan ...
Menatap Allah, menatap Rasulullah, menatap penuh kelezatan dan kerinduan ...
Menatap Allah, menatap Rasulullah, menatap kekasih-kekasih Allah kelak ?
Ataukah mata ini yang terbeliak, melotot, menganga, terburai menatap neraka jahannam
Akankah mata penuh maksiat ini akan menyelamatkan ?
Wahai mata, apa gerangan yang kau tatap selama ini ?

Tatkala kutatap mulut, apakah mulut ini yang kelak akan mendesah penuh kerinduan ...
Mengucap laa ilaaha ilallah saat malaikat maut datang menjemput?
Ataukan menjadi mulut menganga dengan lidah menjulur,

dengan lengking jeritan pilu yang akan menggoroti sendi-sendi setiap pendengar.
Ataukah mulut ini menjadi pemakan buah-buah zaqun jahannam ...
yang getir penghangus, penghancur setiap usus.
Apakah gerangan yang engkau ucapkan wahai mulut yang malang?
Berapa banyak dusta yang engkau ucapkan?
Berapa banyak hati-hati yang remuk dengan pisau kata-katamu yang megiris tajam ?
Berapa banyak kata-kata manis semanis madu yang palsu engkau ucapkan untuk menipu?
Betapa jarang engkau jujur.
Betapa langkanya engkau syahdu memohon agar Tuhan mengampunimu

Tatkala kutatap tubuhku,
Apakah tubuh ini kelak yang akan penuh cahaya ...
Bersinar, bersukacita, bercengkerama di surga ?
Atau tubuh ini yang akan tercabik-cabik hancur,

mendidih di dalam lahar membara jahannam,

terpasung tanpa ampun, derita yang tak pernah berakhir.
Wahai tubuh, berapa banyak orang-orang yang engkau zalimi dengan tubuhmu?
Berapa banyak hamba-hamba Allah yang lemah yang engkau tindas dengan kekuatanmu?
Berapa banyak perindu pertolongan yang engkau acuhkan

tanpa peduli padahal engkau mampu?
Berapa banyak hak-hak yang engkau rampas?

Ketika tatkala kutatap hai tubuh,
Seperti apa gerangan isi hatimu ?
Apakah isi hatimu sebagus kata-katamu ?
Atau sekotor daki-daki yang melekat di tubuhmu ?
Apakah hatimu segagah ototmu ?
Atau selemah daun-daun yang mudah rontok ?
Apakah hatimu seindah penampilanmu ?
Ataukah sebusuk kotoran-kotoranmu ?

Betapa beda ...
Betapa beda ... apa yang tampak di cermin dengan apa yang tersembunyi ...
Aku telah tertipu, aku tertipu oleh topeng
Betapa yang kulihat selama ini hanyalah topeng, hanyalah topeng belaka
Betapa pujian yang terhambur hanyalah topeng ...
Sedangkan aku ...
Hanyalah selonggok sampah busuk yang terbungkus
Aku tertipu, aku malu ya Allah ...

Allah ...
Selamatkan aku ...
Amin ... ya Rabbal 'alamin ...

SESUDAH 10 BULAN.....


Sesudah 10 bulan berlalu.... aku dan dia dibukakan pintu hati oleh Tuhan untuk saling berjumpa. Syukur pada ALLAH HU RABBI, nafas yang sekian lama menyesakkan dada; akhirnya dapat kulepaskan sebahagiannya. Banyak juga persoalan kecil yangmenjadi selumbar di dalam hati selama ini dirungkaikan satu persatu. Namun keterbatasan waktu menoktahkan pertemuan hari ini dengan meninggalkan beberapa persoalan teras yang lain untuk masa pertemuan yang mendatang. Begitulah yang aku harapkan. Biarlah pertemuan hari ini, menjadi titik memulakan semula sebuah perkenalan dan persahabatan. Meskipun pertemuan hari ini seketika cuma tapi bagiku cukup bermakna.