PETANDA LELAKI BENAR-BENAR JATUH CINTA....
Bila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas,perubahan sikapnya amat mengejtkan. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya.
Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja untuk kekasihnya.Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. untuk melihat lelaki menangis amatlah payah.
Diantara tanda-tanda lelaki yang jatuh cinta dengan hebat ialah:
1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.
2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.
3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.
4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.
5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga. 7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.
8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain.
10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.
12. Dia akan mengelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.
13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.
14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.
16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.
17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar.
18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.
19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.
20. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.
22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.
23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan.
HARGAILAH MEREKA.
MASALAH YANG BUKANNYA MASALAH
Dalam hidup, setiap manusia pasti
akan berhadapan dengan ujian
atau masalah. Bezanya hanya banyak
atau sedikit, berat atau ringan. Itulah
sifat dunia. Ini jelas seperti yang disebut
dalam sebuah hadis:
akan berhadapan dengan ujian
atau masalah. Bezanya hanya banyak
atau sedikit, berat atau ringan. Itulah
sifat dunia. Ini jelas seperti yang disebut
dalam sebuah hadis:
“Dunia itu negara bala dan ujian.”
Ramai orang menganggap ujian itu
masalah dan masalah itu adalah masalah.
Mereka tidak suka dengan masalah.
Mereka rasa tertekan dengan
ujian dan masalah. Mereka hilang bahagia
dan hilang ketenangan. Mereka
rasa resah dan gelisah. Bila ditimpa
masalah, ia terasa besar, berat dan
sangat menyakitkan. Ia menghantui
fikiran dan perasaan mereka. Hilang
selera makan, tidak boleh tidur dan
kadang-kadang boleh jatuh sakit.
Manusia takut dengan ujian dan masalah. Manusia takut
dengan kemiskinan, sakit, kemunduran dan berbagai-bagai
lagi bentuk masalah yang menimpa mereka seperti rugi dalam
perniagaan, tidak naik pangkat, kematian orang yang disayangi
dan sebagainya. Bagi Tuhan, ini semua bukan masalah.
Miskin bukan masalah kerana miskin tidak berdosa. Jatuh sakit
bukan masalah kerana ia tidak berdosa. Mundur bukan masalah
kerana mundur tidak berdosa. Tidak naik pangkat,
hilang jawatan, rugi dalam perniagaan, kematian orang yang
disayangi dan sebagainya juga bukan masalah. Kerana semua
ini tidak berdosa. Orang tidak masuk ke neraka kerana perkara-
perkara seperti ini. Tetapi manusia menganggap perkaraperkara
seperti ini sebagai masalah.
Perkara yang sebenarnya masalah, manusia tidak pula anggap
sebagai masalah. Masalah manusia yang paling besar ialah
tidak kenal dan tidak takut Tuhan. Kalau tidak takut Tuhan,
perkara yang bukan masalah pun akan menjadi masalah.
Lebih-lebih lagilah kalau perkara itu memang masalah.
Manusia sudah tidak pandai menilai masalah. Perkara yang
remeh dan kecil dianggap masalah tetapi perkara besar yang
sebenarnya satu masalah langsung tidak dipedulikan.
Contohnya, miskin bukan satu masalah. Tetapi kalau
manusia tidak takut Tuhan, dia tidak akan sabar dengan kemiskinan.
Oleh itu, untuk mengatasinya, dia akan mencuri, merompak,
menyamun, pecah rumah dan mungkin juga akan
membunuh. Ini sudah menjadi masalah. Dia telah membuat
dosa dan kemungkaran. Dosa adalah satu masalah. Hukumannya neraka.
Kaya bukan satu masalah tetapi kalau manusia tidak takut
Tuhan, kekayaannya akan membuatkannya menjadi sombong,
hidup nafsu-nafsi, suka berpoya-poya, membazir, boros, bakhil
dan sebagainya. Ini sudah menjadi masalah. Semua itu adalah
berdosa dan hukumannya adalah neraka.
Pandai dan berilmu bukan satu masalah. Ia perkara yang baik.
Tetapi kalau manusia tidak takut Tuhan, ilmu dan kepandaiannya
akan membuatkannya menjadi sombong,
akan membuatkannya menjadi sombong,
tidak mahu bergaul dengan orang, hidup suka menyendiri dan akan
digunakan ilmunya itu untuk mengejar pangkat dan jawatan
dan untuk mengumpul harta kekayaan. Hatta, kalau ilmu
agama sekalipun akan dijualnya untuk mendapat dunia. Ini
adalah masalah.
digunakan ilmunya itu untuk mengejar pangkat dan jawatan
dan untuk mengumpul harta kekayaan. Hatta, kalau ilmu
agama sekalipun akan dijualnya untuk mendapat dunia. Ini
adalah masalah.
Jawatan dan menjadi pemimpin bukan satu masalah.
Memang pemimpin itu perlu. Tetapi kalau manusia tidak takut
Tuhan, jawatannya sebagai pemimpin akan membuatkannya
menjadi sombong, zalim, suka menindas dan mementingkan
diri sendiri. Ini adalah masalah.
Kalau manusia tidak takut Tuhan, yang positif akan
menjadi negatif dan yang negatif akan menjadi lebih negatif.
Yang baik akan menjadi buruk dan yang buruk akan menjadi
lebih buruk.
Hidup di dunia sampai bila pun tidak akan sunyi dari
masalah. Oleh itu, kalau masalah dianggap sebagai masalah
maka hidup di dunia tidak akan putus-putus dengan kesusahan
dan penderitaan. Dunia akan dirasakan seperti neraka.
Ini tidak benar. Dunia adalah dunia. Dunia bukan neraka.
Tujuan Tuhan mendatangkan ujian dan masalah kepada
manusia di dunia bukan untuk menjadikan hidup manusia
tersiksa, sengsara dan menderita. Bukan untuk menjadikan
dunia ini seperti neraka. Maha suci Tuhan dari perkara itu.
Oleh itu, kita kena belajar dan faham apa itu ujian dan masalah
dan kenapa Tuhan datangkan ujian dan masalah kepada kita.
Nanti, kalau kita sudah faham, kita akan terasa bahawa di
dalam ujian dan masalah yang menimpa kita itu terkandung
berbagai hikmah dan kasih sayang Tuhan. Kita akan sedar
bahawa tanpa ujian dan masalah, manusia akan tersangat rugi.
Apa yang harus kita faham, neraka itu dikelilingi oleh berbagai
perkara yang menyeronok dan mengasyikkan. Sebaliknya,
syurga itu pula dikelilingi oleh berbagai perkara yang
menyakitkan dan menyusahkan.
Oleh itu, kalau kita ditimpa
ujian dan masalah, kita sebenarnya sedang dalam perjalanan
menghala ke syurga. Itu hala tujuan yang benar dan baik.
Hanya kita perlu sabar dan redha dengan ujian tersebut. Kalau
kita mampu bersabar, maka ujian itu akan bertukar menjadi
satu rahmat. Kita akan dapat pahala dan pengampunan dari Tuhan.
Sebaliknya, kalau kita berada dalam keadaan bersuka-ria,
seronok, asyik-masyuk dan dibuai-buai oleh nikmat dan
kesenangan, kita sebenarnya sedang berada dalam perjalanan
menghala ke neraka. Semua perkara ini boleh melalaikan kita
dan membuatkan kita lupa kepada Tuhan. Maka, apalah
salahnya kita diuji dan ditimpakan masalah.
Masalah dan ujian, kalau kita dapat bersabar menghadapinya,
Tuhan akan ampunkan dosa kita atau akan mengangkat
darjat kita di syurga. Bukankah ini satu perkara yang
baik seolah-olah ianya satu hadiah dari Tuhan.
Di samping itu, masalah dan ujian yang datang dapat
mematangkan roh dan menguatkan jiwa kita. Kita terdidik
dengan masalah dan ujian. Sebenarnya masalah dan ujian
adalah cara Tuhan mendidik agar hati, roh dan jiwa kita terbina
dan terbangun.
Masalah dan ujian mendorong kita kembali kepada Tuhan.
Ia menyedarkan dan menginsafkan kita. Ia dapat membantu
kita kembali kepada rasa berTuhan, mengadu, bergantung
harap, merintih dan meminta tolong kepada Tuhan. Ujian dan
masalah boleh menyuburkan sifat-sifat hamba kita.
Masalah dan ujian meningkatkan iman. Malahan ia adalah
syarat untuk mendapatkan iman. Oleh itu, kalau kita benci
atau tidak suka diuji dan kita tidak senang dengan masalah,
takut-takut kita tidak termasuk golongan orang yang Tuhan
akan campakkan iman ke dalam hati-hati mereka. Ini kerana
Allah SWT ada berfirman:
“Apakah manusia itu menyangka bahawa
mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan ‘Kami telah
beriman,’ sedang mereka tidak diuji lagi. Dan sesungguhnya
Kami telah menguji orang yang sebelum mereka, maka
sesungguhnya Allah mengetahui orang yang benar dan
dia mengetahui orang yang dusta.” (Al-Ankabut: 2-3)
Yang sangat benci kepada ujian dan masalah itu ialah nafsu
kita. Di antara sebabnya Tuhan datangkan ujian dan masalah
dalam hidup kita ialah untuk menekan dan mengekang nafsu
agar ia tidak terlalu rakus dan buas. Nafsu terdidik dengan
ujian dan masalah. Kalaulah Tuhan tidak datangkan ujian dan
masalah, nafsu kita akan menjadi subur. Ia kemudian berbunga
dan akhirnya berbuah.
Buah nafsu ialah sifat-sifat mazmumah yang bersarang
di hati yang merosakkan kebahagiaan dan hidup manusia.
Buah nafsu ialah sombong, angkuh, tinggi diri, hasad dengki,
bakhil, pemarah, panas baran, gila dunia, gila puji dan berbagai-bagai lagi.
Maka jelaslah bahawa ujian dan masalah itu adalah satu
rahmat dan kasih sayang dari Tuhan. Ia membantu kita
mengawal, melemahkan dan mendidik nafsu yang sangat
memusuhi kita. Justeru itu, kalau kita terlalu benci, terlalu
tertekan dan terlalu sakit dengan ujian dan masalah, ketahuilah
bahawa nafsu kita sedang menguasai kita dan kita tergolong
dari orang yang sangat dipengaruhi oleh nafsu. Besar
kemungkinan nafsu kita masih di peringkat amarah iaitu nafsu
yang sangat mengajak kepada kejahatan. Allah SWT ada berfirman:
”Sesungguhnya nafsu amarah itu sangat
mengajak kepada kejahatan.” (Yusuf: 53)
Bagi orang yang nafsunya telah terdidik, fitrahnya bersih
dan sangat berperanan. Fitrahnya sangat ingin menyembah
dan mengabdikan diri kepada Tuhan. Fitrahnya sangat suka
bersusah-payah kerana Tuhan. Ujian dan masalah baginya
adalah perhatian dan kasih sayang Tuhan. Ia adalah makanan
bagi jiwanya.
Oleh itu, kita lihat para sahabat sangat sedih kalau Tuhan
tidak menguji mereka. Kalau satu hari mereka tidak diuji,
mereka bimbang. Kalau dua hari tidak diuji, mereka cemas.
Kalau tiga hari tidak diuji, mereka mula merasa takut. Mereka
rasa Tuhan sudah lupa dan tidak pedulikan mereka lagi.
Lantas mereka merayu dan merintih kepada Tuhan agar
mereka tidak disisih dan dilupakan. Agar Tuhan tidak meninggalkan
mereka. Ini berterusan hingga Tuhan uji mereka kembali.
Barulah mereka kembali tenang.
Para sahabat merasa tenang dalam ujian dan mereka resah
dan gelisah apabila tidak diuji. Mengapa kita tidak begitu?
Mengapa sikap kita sangat berbeza dan bertentangan dengan
sikap para sahabat?
Tuhan ada berfirman dalam sebuah hadis Qudsi:
Maksudnya: “Kalau kamu diuji, kamu tidak sabar. Dan
kalau kamu diberi nikmat, kamu tidak bersyukur. Maka
keluarlah kamu dari bumi dan langit Allah ini dan carilah
Tuhan yang lain selain Aku.”
PETANDA BILA AJAL TIBA......
Apabila tajuk ini dihuraikan maka ramai di kalangan kita sukar untuk membaca disebabkan ketakutkan bila membaca bab mati, namun kematian adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan dan pasti akan menemui kita semua.
Firman Allah s.w.t. bermaksud; "Bagaimana kamu kufur (ingkar) dengan Allah dan adalah kamu itu mati maka kamu dihidupkan, kemudian kamu dimatikan kemudian kamu dihidupkan kemudian kepada-Nya kamu dikembalikan".
(Surah Al-Baqarah : Ayat 28)
Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulama' adalah benar dan wujud. Cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini.
Rasulullah s.a.w. diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda.
Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian.Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah s.w.t. tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah s.w.t.. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah s.w.t..
Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :
Tanda 100 hari sebelum hari mati.
Ini adalah tanda pertama dari Allah s.w.t. kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya.
Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.
Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
Tanda 40 hari sebelum hari mati
Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.
Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
Tanda 7 hari
Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.
Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.
Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Tanda Akhir
PENUTUP
Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah s.w.t. semoga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah s.w.t. mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.
Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah s.w.t. yang Maha Berkuasa lagi Maha Pemurah lagi maha mengasihani maka diriwayatkan bahawa tarikh Mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain.
Namun ianya adalah ketentuan Allah s.w.t. semata-mata. Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah s.w.t.
PUNCA MANUSIA ROSAK
Manusia rosak banyak sebabnya.
Ada sebab luaran dan ada sebab
dalaman. Ada sebab lahir dan ada sebab
batin. Namun kalau semua sebabsebab
itu dianalisa, puncanya dapat
dirangkumkan ke dalam tiga perkara
yang pokok. Pertama adalah kerana
manusia sudah kehilangan Tuhan.
Kedua kerana ketandusan kepimpinan
dan ketiga kerana sistem hidup manusia
sudah punah ranah.
Ada sebab luaran dan ada sebab
dalaman. Ada sebab lahir dan ada sebab
batin. Namun kalau semua sebabsebab
itu dianalisa, puncanya dapat
dirangkumkan ke dalam tiga perkara
yang pokok. Pertama adalah kerana
manusia sudah kehilangan Tuhan.
Kedua kerana ketandusan kepimpinan
dan ketiga kerana sistem hidup manusia
sudah punah ranah.
MANUSIA SUDAH KEHILANGAN TUHAN
Manusia umumnya sudah kehilangan
Tuhan. Manusia sudah melupakan
Tuhan. Tuhan sudah tidak lagi menjadi
teras dan pegangan dalam hidup manusia.
Tuhan sudah tidak lagi menjadi matlamat hidup manusia.
Dalam banyak hal, Tuhan diketepikan
dan dikesampingkan. Tuhan tidak diletakkan di
hadapan. Manusia sudah tidak merujuk lagi kepada Tuhan.
Manusia sudah tidak patuh lagi kepada hukum-hakam dan
peraturan Tuhan. Malahan hidup manusia bukan lagi untuk
Tuhan.
Manusia sudah tidak cinta dan tidak takut dengan Tuhan.
Tempat Tuhan telah digantikan dengan ‘tuhan-tuhan palsu’
yang lain. Secara sedar atau tidak, Tuhan telah digantikan
dengan dunia, dengan pangkat dan kuasa, dengan hartabenda
dan kekayaan, dengan wang ringgit, dengan nama dan
glamour, dengan populariti, kemasyhuran dan sebagainya.
Untuk ini semualah tujuan manusia hidup, bukan lagi untuk
mendapat Tuhan.
Hatta, orang agama yang lahirnya nampak macam kuat
beragama juga kehilangan Tuhan. Dalam solat mereka, tidak
ada Tuhan. Dalam puasa mereka tidak ada Tuhan. Dalam zakat
dan haji mereka tidak ada Tuhan. Dalam wirid, zikir dan
bacaan Quran mereka juga sudah tidak ada Tuhan. Paling baik,
mereka mengejar pahala dan fadilat, bukan Tuhan. Pahala dan
fadhilat jadi matlamat, bukan Tuhan.Mereka hanya membesarkan
syariat, bukan membesarkan Tuhan. Di samping itu,
ramai juga orang agama yang mengejar nama dan jawatan di
atas ilmu dan amalan agama mereka.
Segala apa yang manusia fikirkan, segala apa yang manusia
mahukan dan segala apa yang manusia rasakan, kesemuanya
tertumpu kepada matlamat material dan keperluan hidup di
dunia semata-mata. Bukan untuk mengabdikan diri, berbakti
atau untuk mendapat redha, rahmat, kasih sayang dan
keampunan Tuhan.
Manusia sudah tidak yakin lagi dengan Tuhan. Sudah tidak
tawakkal, tidak berserah diri dan tidak bergantung harap
dengan Tuhan. Manusia menyangka seolah-olah Tuhan itu
tidak ada peranan dalam hidup mereka. Mereka menganggap
Tuhan tidak relevan dalam hidup mereka. Kalaupun lidah
mereka tidak menyebut tetapi tindak tanduk dan amalan
mereka membuktikannya. Mereka lupa dengan firman Allah
SWT:
“Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdi diri kepada-Ku.”
(Az-Zariat:56)
Ramai manusia percaya kepada Tuhan. Tetapi mereka
hanya setakat percaya sahaja. Orang Yahudi percaya Tuhan.
Orang Nasrani percaya Tuhan. Orang Hindu pun percaya
Tuhan. Malahan, kalau ditanya kepada setiap manusia di
muka bumi, siapakah yang menjadikan alam ini? Mereka
semua akan berkata bahawa Tuhan yang menjadikannya.
Tetapi percaya bukan satu keyakinan. Percaya bukan suatu
i‘tiqad. Percaya sahaja tidak cukup sebagai aqidah dan
pegangan. Yang sedihnya, ramai orang Islam sendiri baru
setakat percaya dengan Tuhan. Ia belum menjadi aqidah atau
pegangan. Mereka percaya Tuhan itu ada tetapi wujudnya
Tuhan itu tidak memberi apa-apa kesan kepada matlamat dan
cara hidup mereka. Mereka percaya Tuhan itu ada tetapi dalam
kehidupan seharian, mereka bertindak seolah-olah Tuhan itu
tidak wujud. Mereka ini termasuk golongan orang-orang yang
kehilangan Tuhan.
Bilamana manusia melupakan Tuhan, maka Tuhan pun
melupakan mereka. Bilamana manusia memutuskan hubungan
mereka dengan Tuhan, maka Tuhan pun berlepas diri dari
mereka. Tinggallah manusia terumbang-ambing dalam arus
kehidupan dunia. Tuhan tidak memimpin mereka lagi. Tuhan
tidak membela mereka lagi. Manusia hanyut dalam kesesatan
dan dibawa arus menuju kehancuran. Hidup manusia menjadi
kucar-kacir, kelam-kabut dan haru-biru. Manusia dilanda
berbagai gejala dan penyakit sosial. Hilang kasih sayang.
Hilang perpaduan. Manusia bergaduh dan berperang. Jenayah
berleluasa. Timbul kezaliman, penindasan dan tekan-menekan
sehingga manusia cemas dan ketakutan. Perangai manusia
tidak ubah seperti haiwan. Ini semua adalah akibat manusia
meninggalkan Tuhan.
Manusia hilang tempat mengadu. Hilang tempat merujuk.
Hilang tempat berserah dan bergantung harap. Hilang tempat
meminta pertolongan. Alangkah ruginya manusia kalau sudah
kehilangan Tuhan.
Ada sebuah kisah yang berlaku kepada Syeikh Abdul Qadir
Jailani. Dia didatangi oleh pemuka-pemuka kota Baghdad
untuk diajak bersama dalam satu majlis ibadah malam secara
beramai-ramai. Dia menolak tetapi pemuka-pemuka tersebut
berkeras juga mengajak beliau hadir. Untuk dapat berkat, kata
mereka. Akhirnya, dengan hati yang berat, Syeikh Abdul Qadir
bersetuju untuk hadir.
Pada malam berkenaan, di satu tempat yang terbuka,
beratus-ratus orang hadir dengan melakukan ibadah masingmasing.
Ada yang bersolat. Ada yang berwirid. Ada yang
membaca Quran. Ada yang bermuzakarah. Ada yang bertafakur
dan sebagainya. Syeikh Abdul Qadir duduk di satu sudut
dan hanya memerhatikan gelagat orang-orang yang beribadah
itu.
Di pertengahan malam, pihak penganjur menjemput Syeikh
Abdul Qadir untuk memberi tazkirah. Dia cuba mengelak
tetapi didesak berkali-kali oleh pihak penganjur. Untuk dapat
berkat, kata mereka lagi. Akhirnya dengan hati yang sungguh
berat, Syeikh Abdul Qadir bersetuju.
Tazkirah Syeikh Abdul Qadir ringkas dan pendek sahaja.
Dia berkata: “Tuan-tuan dan para hadirin sekelian. Tuhan tuantuan
semua berada di bawah tapak kaki saya.”
Dengan itu, majlis terkejut dan menjadi gempar dan riuhrendah.
Para hadirin terasa terhina dan tidak puas hati.
Bagaimanakah seorang Syeikh yang dihormati ramai dan
terkenal dengan ilmu dan kewarakannya boleh berkata begitu
terhadap Tuhan mereka. Ini sudah menghina Tuhan. Mereka
tidak sanggup Tuhan mereka dihina sampai begitu rupa.
Mereka sepakat hendak melaporkan perkara itu kepada pemerintah.
Apabila pemerintah dapat tahu, diarahnya kadhi untuk
menyiasat dan mengadili Syeikh Abdul Qadir dan jika dia
dapati bersalah, hendaklah dihukum pancung.
Pada hari pengadilan yang dibuat di khalayak ramai,
Syeikh Abdul Qadir dibawa untuk menjawab tuduhan.
Kadhi bertanya,
“Benarkah pada sekian tempat, tarikh dan masa
sekian, Tuan Syeikh ada berkata di khalayak ramai bahawa
tuhan mereka ada di bawah tapak kaki Tuan Syeikh?”
Dengan tenang Syeikh Abdul Qadir menjawab,
“Benar,saya ada kata begitu.”
Kadhi bertanya lagi, “Apakah sebab Tuan Syeikh berkata begitu?”
Jawab Syeikh Abdul Qadir, “Kalau tuan kadhi mahu
tahu, silalah lihat tapak kaki saya.”
Maka kadhi pun mengarahkan pegawainya mengangkat
kaki Syeikh Abdul Qadir untuk dilihat tapak kakinya. Ternyata
ada duit satu dinar yang melekat di tapak kakinya.
Kadhi tahu Syeikh Abdul Qadir seorang yang kasyaf.
Fahamlah kadhi bahawa Syeikh Abdul Qadir mahu mengajar
bahawa semua orang yang beribadah pada malam yang
berkenaan itu sebenarnya tidak beribadah kerana Tuhan.
Tuhan tidak ada dalam ibadah mereka. Hakikatnya, mereka
tetap bertuhankan dunia yang duit satu dinar itu menjadi
lambang dan simbolnya.
Kalau di zaman Syeikh Abdul Qadir Jailani pun manusia
sudah hilang Tuhan dalam ibadah mereka, apatah lagi di
zaman ini. Itu dalam ibadah. Kalau dalam hidup seharian,
sudah tentu Tuhan tidak langsung diambil kira.
MANUSIA KETANDUSAN KEPIMPINAN
Manusia sudah tidak terpimpin lagi kerana manusia sudah
ketandusan kepimpinan. Oleh itu, manusia hanyut dan sesat
dalam kehidupan ini tanpa menuju ke sesuatu arah yang
tertentu dan tidak dapat memenuhi tujuan dan maksud
mengapa manusia itu dijadikan. Manusia sudah tidak berfungsi
sebagai manusia lagi.
Pemimpin yang ada di dunia sekarang sebenarnya bukan
pemimpin. Bush bukan seorang pemimpin. Blair juga bukan
seorang pemimpin. Begitu juga dengan Putin, Musharaf dan
Hosni Mubarak. Mereka bukan pemimpin. Paling tinggi
mereka itu hanya pentadbir. Mereka mentadbir hal-hal negara,
kewangan, khazanah dan ekonomi negara. Mereka hanya
memenuhi keperluan lahir dan tidak langsung mengambil
berat tentang keperluan rohani rakyat.
Pemimpin dalam Islam bukan setakat menyelesaikan
keperluan lahir. Yang lebih penting ialah keperluan rohani.
Pemimpin dalam Islam bertanggungjawab mendidik dan
membina keinsanan rakyat. Membawa rakyat kepada Tuhan.
Mengajar mereka supaya cinta, takut, taat dan patuh kepada
Tuhan. Pemimpin dalam Islam berkewajipan menjaga kehidupan
beragama rakyat dan menjadikan rakyat baik, beriman
dan bertaqwa. Soal keperluan lahir juga penting tetapi
ia jatuh nombor dua.
Dalam Islam, memimpin itu seperti membuat kerja Rasul.
Rasul itu sebenarnya pemimpin. Siapa yang membuat kerjakerja
rasul juga dianggap sebagai pemimpin. Pemimpin seperti
inilah yang sudah tidak ada lagi. Selagi pemimpin seperti ini
tidak ada dan tidak dicari, maka selagi itulah hidup manusia
akan menjadi rosak dan kucar kacir.
Para pentadbir dan pemimpin dunia seperti yang ada
sekarang tidak mampu memimpin. Mereka tidak mampu
membina keinsanan rakyat, membawa rakyat kepada Tuhan
atau menjadikan rakyat orang-orang yang beriman dan
bertaqwa. Mana mungkin mereka mampu berbuat demikian
dalam keadaan mereka sendiri pun tidak terpimpin. Keluarga
mereka sendiri pun kucar-kacir.
Mereka ini hanya akan melalaikan dan merosakkan keinsanan
rakyat. Mereka ini hanya akan membawa manusia
kepada dunia dan menjauhkan mereka dari Tuhan dan dari
akhirat.
Paling baik, mereka hanya boleh membawa pembangunan
dan kemajuan lahiriah dan membina ekonomi negara dan
rakyat. Mungkin rakyat boleh hidup dengan selesa. Tetapi
kebahagiaan manusia bukan terletak kepada keselesaan hidup.
Ia terletak kepada jiwa yang terisi dan fitrah yang terlaksana.
Keperluan fitrah manusia yang utama ialah keinginan ber-
Tuhan, keinginan menyembah, taat, patuh dan mengabdi diri
kepada Tuhan.
Apabila hati-hati manusia terisi dengan dunia dan hidup
mereka bermatlamatkan dunia, maka nafsu mereka akan
bermaharajalela dan dunia akan menjadi rebutan. Memang
dunia itu bahan rebutan dan punca pecah belah dan pemusnah
kasih sayang. Manusia akan berebut-rebut dunia, menekan
dan menindas seperti anjing yang berebut bangkai. Akhirnya
manusia akan bergaduh, berkelahi dan bunuh-membunuh.
Tidak ada kasih sayang dan perpaduan.
SISTEM HIDUP MANUSIA SUDAH PUNAH
Sistem hidup manusia di muka bumi ini tidak lagi berteraskan
syariat Tuhan. Ia adalah hasil dari ciptaan akal manusia yang
begitu dhaif dan lemah. Sistem yang kononnya dirancang
untuk kebaikan dan kebahagiaan manusia itu telah makan
tuan dan telah merosakkan dan mengkucar-kacirkan kehidupan
manusia itu sendiri. Di antaranya:
1. Sistem pendidikan sekular yang hanya bermatlamatkan dunia
telah merosakkan akhlak manusia. Manusia hilang
akhlak kepada Tuhan dan hilang akhlak terhadap sesama
manusia. Manusia menjadi pencinta dan pemburu dunia.
Manusia menjadi jahat, sombong, bakhil, hidup nafsu-nafsi,
zalim dan pentingkan diri sendiri. Walhal sistem
pendidikan Islam membawa manusia kepada Tuhan dan
membina jiwa serta akhlak manusia. Hasilnya, manusia
menjadi baik, berguna, bertolong-bantu dan berkasih
sayang.
2. Sistem ekonomi ciptaan manusia terutama sistem kapitalis
hanya mementingkan untung tidak kira dengan cara apa.
Tidak kira sama ada hasil atau khidmat ekonomi itu perkara
yang sia-sia, maksiat dan merosakkan orang atau ia menindas
pekerja untuk mendapat untung berlipat ganda atau
membazir atau merosakkan moral manusia dalam iklan
untuk menjual barangan. Berlaku monopoli, oligopoli,
kartel, menetapkan harga yang menekan dan berlebihan
yang menyusahkan manusia serta berbagai-bagai lagi
hanya kerana hendakkan keuntungan yang banyak.
Walhal sistem ekonomi Islam menekankan khidmat
kepada masyarakat dan membekalkan keperluan masyarakat
sebagai suatu ibadah dan tanda kasih sayang. Segala
kegiatan ekonomi tidak terkeluar dari syariat dan hukumhakam
Tuhan dan tidak lari dari tujuan untuk mendapat
keredhaan Tuhan.
3. Sistem kebudayaan berteraskan nafsu telah melalai dan
merosakkan akhlak manusia terutama muda-mudi. Mudamudi
diajak menghayati rock, pop, metal, berpoya-poya,
bergaul bebas dan berjinak-jinak dengan arak dan dadah.
Hasilnya, moral muda-mudi runtuh. Timbul bohsia, bohjan,
anak luar nikah, buang anak, penagihan dadah dan macammacam
lagi. Walhal sistem kebudayaan Islam membawa
manusia kepada mengenal, mencintai dan takutkan Tuhan
dan merindui hari akhirat. Menginsaf dan menyedarkan manusia
tentang tanggungjawab mereka sebagai hamba
dan khalifah Tuhan. Menyegarkan dan menghidupkan jiwa mereka.
Kalau hidup manusia mahu dibetulkan, tidak dapat tidak,
ketiga-tiga perkara ini perlu ditangani. Pertama, manusia perlu
dibawa kepada Tuhan. Manusia mesti mula mengenal dan
takut pada Tuhan. Kedua, pemimpin yang sejati yang boleh
mendidik manusia perlu dicari. Ketiga, sistem hidup manusia
yang sudah punah ranah ini perlu dibaiki dan perlu mengikut
peraturan hukum-hakam dan mengikut cara yang Tuhan
mahu.
Namun, di antara ketiga-tiga perkara ini, pemimpin sejati
itulah yang perlu didapatkan dahulu. Kerana pemimpinlah
yang akan dapat membawa kita kepada Tuhan dan pemimpin
jugalah yang akan dapat membuat perubahan dan memperbaiki
sistem hidup kita. Kita tidak akan dapat mengenal Tuhan
tanpa ada pemimpin yang memperkenalkan Tuhan kepada
kita. Dan sistem hidup kita tidak akan berubah dengan sendiri
tanpa ada pemimpin yang berusaha mengubahkannya.
KU SAMBUT ENGKAU CINTA (2)
Cinta…adalah cermin bagi orang yang sedang jatuh cinta
Untuk mengetahui watak dan kelemahlembutan dirinya dalam citra kekasihnya.
Hakikatnya, ia tidak jatuh cinta kecuali pada dirinya sendiri.
Namun sayang sekali, ada rakan-rakan syaitan yang mencemarkan nama baik cinta para remaja sampai mewujudkan konsep ‘Pemerkosaan Atas Nama Cinta’ atau jauh sebelumnya digambarkan dalam ucapan seorang pemuda “Aku menyintaimu…” tapi sebenarnya ayat tersembunyi berbunyi, “Aku ingin berzina denganmu…”
Maka jujurlah padaku…. Ini cinta atau nafsu?
Maka apakah orang-orang yang dijadikan oleh syaitan menganggap baik
pekerjaannya yang buruk lalu dia menyakini pekerjaan itu baik (sama dengan orang yang tidak ditipu syaitan) ?
(Faathir 8)
Al-Qur’an mengajarkan kepada kita sebuah pengakuan yang tulus bahawa hawa nafsu yang diperturutkan dan tertipu dalam bujukan syaitan selalu menarik kita kea lam haiwan yang rfendah. Dalam pengakuan jujur inilah jiwa seorang mukmin dipisahkan dari kesombongan. Hanya dengan rahmat ALLAH Yang Maha Pengampun dan Maha Penyayang, kita mampu bebas dari tarikan rendah dan nista itu.
Kita memang bukan malaikat. Jangan pernah menyesali kewujudan nafsu dalam diri kita, dan pasti jangan pula membunuhnya. ALLAH menjadikannya sebagai amanah yang agar kita meletakkannya dalam ketaatan sebagaimana yang telah DIA gariskan.
Risalah Rasulullah datang untuk meluruskan kesalahan persepsi antara menuruti nafsu dan membunuh nafsu. Keduanya bukan kemuliaan. Kebejatan adalah nista dan kerahiban pula bukan kesucian sepertin yang selama ini dikatakan para biarawan.
Islam meletakkan timbangan kemuliaannya dalam semua hal termasuk dalam masalah hawa nafsu pada timbangan kebenaran atas penunaian terhadap perintah ALLAH dan menjauhi larangan-Nya dalam kehidupan. ALLAH melarang sesuatu pasti ada kemudharatan di dalamnya. Bukan sekadar melarang, bahkan DIA selalu memberikan alternative yang lebih suci, indah dan berpahala serta membingkainya dalam kerangka mentaati-Nya. Contoh dekatnya adalah, ALLAH melarang zina yang keji tetapi memerintahkan pernikahan yang suci.
Dan janganlah kalian mendekati zina.
Sesungguhnya zina adalah perbuatan keji. Dan jalan yang buruk.
(Al Isra’32)
Mari kita ulangi kalimat ini, …janganlah kalian mendekati zina. Larangan ini bukan hanya meliputi kejadian tetapi juga segala perkara yang boleh menghala ke arah zina. Tersebut dalam sebuah atsar; “…sesungguhnya kemaluan para penzina itu menyakiti penghuni neraka kerana bau busuknya…”
Betapa ramai para penipu menggunakan kata cinta untuk mewakili nafsu keji sebelum melakukan zina yang kononnya sebagai pembuktian cinta. Demi ALLAH! mereka berdusta! setiap lelaki hanya menginginkan rugukan kenikmatan dalam setiap interaksi yang mereka sebut kekasih meskipun mereka bersumpah bahawa cintanya suci dan sejati.
Jika ada yang mengatakan bahawa cintalah yang menyatukan dua insane berlainan jenis tanpa ikatan halal; semoga dia bersiap menggigit jari. Hubungan yang terlepas dari nilai-nilai syar’I, tak pernah ada cinta. Yang ada hanya nafsu dan zina dengan segal topeng yang mungkin sulit dikenali, kecuali mereka yang berhati jernih dan bersedia menerima kebenaran.
Benarlah engkau Ya Rasulullah! Jika berbicara tentang hukuman yang akan dijatuhkan, maka zina adalah ‘masuknya timba ke dalam sumur’ – ini bahasa hadis- yang dipersaksikan empat orang atau diakui sendiri tanpa ancaman dan paksaan. Inilah cermin syariat yang bukan menghukum tapi menjaga kepentingan kebersamaan.
Zina bukan hanya peristiwa yang membuat seorang gadis hamil lalu dikahwinkan dengan lelaki yang menghamilinya atau zina tidak sekadar membuat ibu ayah jadi kaget melihat anak gadisnya suka asam-asaman dan muntah-muntah. Catatan zina tak hanya menggores apa yang ada di antara pusat dan lutut. Semua indera dan anggota tubuh bisa sahaja didakwa. Di tubuh manapun, sumber terjadinya zina wujud sebagai potensi yang akan mencelakakan dan harus diwaspadai walau hanya dalam angan.
Telah tertulis atas anak Adam nasibnya tentang zina yang akan bertemu dalam hidupnya; tidak boleh tidak. Zina kedua mata adalah memandang. Zina telinga adalah pendengaran. Kata-kata adalah zina lisan. Tangan zinanya menyentuh. Kaki zinanya berjalan. Dan zina hati adalh ingin dan dan angan-angan. Maka akan dibenarkan hal ini oleh kemaluan atau didustakannya.
(Riwayat Muslim, dari Abu Hurairah)
Wahai umat Muhammad. Demi ALLAH! saat hamba lelaki berzina dan saat hamba perempuabn berzina, tidak ada yang lebih cemburu daripada ALLAH.
Demi ALLAH, wahai umat Muhammad; seandainya kalian mengetahui apa yang aku ketahu – nescaya kalian akan lebih banyak menangis daripada tertawa.
Kemudian Rasulullah mengangkat tangannya dan berkata:
Ya ALLAH! bukankah aku sudah menyampaikan?!
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
~ BERSAMBUNG ~
Dalam tajuk: Gejolak Cinta Anak Alim
KU SAMBUT ENGKAU CINTA (1)
Cinta…membuat pengecut menjadi berani, yang bakhil jadi dermawan. Si bodoh jadi pintar, memfasihkan lidah, mempertajamkan pena para penulis, menguatkan si lemah, mencerdaskan yang buntu, serta mendatangkan kegembiraan dalam jiwa dan perasaan.
Bagaimana semua ini boleh terjadi???
Tentu saja, ini adalah dua kutub atau perbedaan dalam menerjemahkan makna cinta. PERTAMA; bisa menjadi kemuliaan dunia akhirat ketika mengendalikan cinta, menempatkan kepada siapa dan atas apa berputiknya cinta dengan didasari kesucian untuk menggapai redha ALLAH.
KEDUA; adalah cermin konsep diri serta konsep hidup yang tidak jelas, childish dan zalim dalam memaknai cinta.
Kini, bersedialah menyambut tamu yang bernama cinta itu dengan penuh bekal pengertian. Bekal yang membuat cinta menjadi nikmat yang wajib disyukuri. Bekal yang menjadikan cinta sebagai energy kesolehan dalam perjalanan menuju keredhaan ALLAH. Bekal yang insya’ALLAH, akan menempatkan kita di barisan depan manusia pecinta sejati, pecinta ALLAH, Rasul-Nya dan para pecinta kebenaran.
Kita harus tahu bagaimana pandangan Islam tentang cinta sesama insan, apa definisinya dan segala rambu-rambanya. Adapun yang paling utama bagaimana agar cinta ini tidak keluar dari kerangka cinta suci Ilahi, bahkan menjadi pemangkin kebersamaan dalam kesolehan. Insya’ALLAH saya akan menyentuhnya dalam karya selanjutnya. Setakat ini, cukuplah kita dibekalkan dengan pemahaman terhadap firman ALLAH ini:
Dijadikan indah bagi manusia kecintaan terhadap apa-apa yang diingini (syahwat) Dari wanita-wanita, anak-anak dan harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, ternakan dan swah lading……
(Al’Imran 14)
Ketertarikan pada pasangan hidup menempati posisi pertama dari syahwat kemanusiaan yang ditegaskan ALLAH sebagai hiasan kehidupan. Ketahuilah, ALLAH tidak pernah menciptakan satu noktah pun dengan sia-sia. Betapa Islam memahami kecenderungan fitrah, menerimanya apa adanya, lalu menjadikannya sumber kemuliaan dalam hidup yang akan dijalani seorang insan.
Islam memposisikan segala sesuatu dalam kondisinya yang tepat dan mententeramkan. Kita tidak sekali pun akan ketemu perintah, bahkan amat terlarang untuk membunuh cinta dan hawa nafsu dengan merahibkan diri. Islam meletakkan cinta dan hawa nafsu dalam kemuliaan. Kemuliaan bererti kendali terhadapnya yang dipenuhi rasional, kemanfaatan, pembangunan jiwa dan kematangan.
Maka Islam menghadirkan, malah sangat menganjurkan sebuah penyelesaian bagi cinta dan syahwat iaitu PERNIKAHAN!. Inilah satu ikatan yang menghalalkan apa yang sebelumnya haram. Sebuah ikatan yang membuat apa yang sebelumnya adalah dosa mennjadi pahala. Sulaman ikatan yang mencerdaskan, mendewasakan, mematangkan dan membuat hidup begitu bermakna.
Jika memang kemampuan belum hadir , keinginan dan niat suci tetap harus ada. Agar kita tidak termasuk salah satu golongan yang disebut al-Imam Ahmad ibn Hanbal :
Jika ada pemuda yang tidak berkeinginan menikah,
hanya dua kemungkinannya iaitu banyak bermaksiat atau diragui kelelakianya!
Insya’ALLAH!, saya akan membahaskan kata-kata itu pada siri berikutnya. Sabar yek!?.......
Rabbi….bila ku jatuh hati
Ku ingin terbang ke sana secepatnya
Hingga syaitan tak bisa hinggap.
Ku ingin terbang ke sana secepatnya
Hingga syaitan tak bisa hinggap.
~ BERSAMBUNG ~
SIAPAKAH MAKHLUK YANG HEBAT?
Siapakah makhluk yang paling hebat? Adakah bukit itu hebat? Tidak, kerana sehebat-hebat bukit, dia boleh ditarah dan dikalahkan oleh besi.
Adakah besi itu hebat? Tidak juga. Kerana sekeras mana pun besi, dia boleh dilebur dan dicairkan oleh api.
Bagaimana pula dengan api. Adakah dia yang hebat? Tidak. Sepanas mana dan sebesar mana pun dia membakar, dia boleh dipadamkan oleh air.
Sehebat mana pula air? Tidak sehebat mana juga. Bila ditiup angin, dia akan berombak, bertukar menjadi wap, akhirnya menjadi awan dan dibawa ke mana-mana oleh angin.
Sehebat mana pula angin? Angin juga tidak hebat. Sekencang mana pun dia bertiup, kencang lagi seorang hamba yang menderma dan mengorbankan wang dan harta bendanya ke jalan Allah. Hamba yang banyak menderma dan mengorbankan wang dan hart bendanya ke jalan fisabilillah, itulah makhluk yang paling hebat di sisi Allah.
Kenapa di situ Allah letakkan kehebatan hamba-Nya? Kenapa pada derma dan pengorbanan hartanya? Kenapa tidak pada sembahyangnya? Kenapa tidak pada puasanya? Kenapa tidak kepada amalan hajinya?
Kerana untuk ibadah sembahyang, hanya perlu pada pergerakan tubuh badan dan bacaan. Kalaupun ada ujian dalam sembahyang, ia hanya ujian pergerakan tubuh dan ujian lisan. Ini dikira mudah. Ia tidak sakit. Ia tidak perit.
Adapun dalam ibadah puasa, ia ujian kepada perut dan kemaluan kerana perlu “imsak” (menahan) kehendak dan kemahuannya. Ini juga dikira mudah. Hanya perlu menanggung
lapar dan dahaga dan menahan syahwat.
Dalam ibadah haji pula, terdapat ujian kepada seluruh anggota badan dengan segala kesulitan yang perlu dilalui sewaktu mengerjakan ibadah haji. Bersejuk berpanas. Berlapar dan dahaga. Hilang keselesaan dan kerehatan. Segala-galanya sukar dan susah. Namun ini masih dianggap mudah. Keperitan hanya kepada anggota lahir.
Ini semua sangat berbeza dengan ibadah zakat dan berkorban harta benda untuk agama dan fisabilillah. Berpisah dengan harta dan wang ringgit yang disayangi tanpa nampak apa-apa untung atau balasan, ini bukan mudah. Melepaskan harta benda dan wang ringgit yang susah payah dicari dan dikumpul hanya untuk dibelanjakan kepada orang lain yang tidak pun dikenali, ini sangat payah. Sebab kali ini, bukan setakat ujian pada pergerakan tubuh badan dan lisan seperti dalam sembahyang. Bukan lagi setakat ujian pada perut dan kemaluan seperti dalam berpuasa. Bukan juga ujian kepada seluruh anggota tubuh badan yang terpaksa menghadapi berbagai kesulitan seperti dalam ibadah haji.
Mengorbankan harta benda dan wang ringgit ke jalan fisabilillah ini bukan lagi ujian terhadap jasad lahiriah. Ia adalah perasaan inilah ibu segala pengorbanan. Ia langkah pertama untuk menuju kepada Tuhan. ujian yang menjurus terus kepada hati dan perasaan. Sebelum harta benda mampu dikorbankan, perasaan perlu dikorbankan terlebih dahulu. Iaitu perasaan cinta kepada mata benda dunia melebihi cinta kepada Tuhan. Korban perasaan ini bukannya
mudah. Selagi perasaan cinta dunia dan cinta harta tidak mampu dikorbankan, tidak akan berlaku pengorbanan harta, wang ringgit dan kekayaan. Pengorbanan perasaan cinta dunia inilah pengorbanan yang pertama, utama dan yang paling besar. Korban perasaan inilah ibu segala pengorbanan.
Tidak hairanlah mengapa hamba yang banyak menderma dan banyak mengorbankan harta bendanya kepada jalan Allah itu makhluk yang paling hebat di sisi Allah. Hatinya telah diserah sepenuhnya kepada Allah. Inikan pula harta dan nyawanya. Mudah sahaja ianya dikorbankan kepada jalan Allah. Orang seperti ini, hatinya telah berhijrah ke akhirat. Dunia sudah menjadi kecil baginya.
Sebab itu tidak bermakna sembahyang seseorang hamba, tidak bermakna puasa seseorang hamba dan tidak bermakna haji seseorang hamba kalau sekiranya sebahagian dari hartanya tidak diagihkan kepada agama, kepada fakir miskin dan kepada anak-anak yatim. Kalau berlaku begitu maka sembahyangnya dusta, puasanya dusta dan hajinya juga dusta. Bahkan dia termasuk orang yang mendustakan agama.
TENANG & GEMENTAR DALAM MENGINGATI-NYA
Hati adalah tempat untuk merasa bertuhan. Untuk merasakan bahawa Allah itu Maha Berkuasa, Maha Agung, Maha Hebat dan Maha Kaya. Untuk merasakan Allah itu Maha Pemurah, Maha Pengasih, Maha Pengampun dan Maha Penyayang. Untuk merasakan Allah itu Maha Melihat, Maha Mengetahui, Maha Bijaksana dan sebagainya.
Hati yang berzikir kepada Tuhan ialah hati yang merasa bertuhan iaitu yang merasakan segala sifat-sifat Tuhan yang Maha Sempurna. Hati yang rasa hebat, gerun dan takut kepada Allah. Hati yang rasa dilihat, diawasi dan dikawal oleh Allah. Hati yang merasakan Tuhan ada peranan dalam hidupnya dan dalam pentadbiran alam ini. Hati yang merasakan bahawa tidak ada sesuatu jua pun yang terlepas dari pengetahuan dan penguasaan Tuhan. Hati yang merasa bersyukur di atas segala nikmat Tuhan. Yang merasa perlu kepada Tuhan dan yang merasakan bahawa akhirnya nanti kesemua ciptaan ini akan kembali kepada Tuhan. Rasa-rasa seperti ini pasti ada kesan pada hati. Apakah kesannya?
Ada yang berkata berzikir dan merasa bertuhan ini akan menenangkan jiwa. Mereka merujuk kepada ayat Al Quran:
“Ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah itu hati akan tenang.”
(Ar Raad: 28)
Kalau dilihat sekali imbas, mungkin dapat kita berpegang kepada maksud ini. Tetapi ada pula ayat lain yang membawa maksud yang berlainan atau yang berlawanan seperti ayat yang di bawah:
“Orang mukmin itu, apabila disebut nama Allah, gementar hati-hati mereka.”
(Al Anfaal: 2)
Nampak macam kedua-dua ayat ini bertentangan dan berlawanan maksudnya. Bagaimana pula hati orang berzikir yang gementar boleh rasa tenang atau hatinya yang tenang boleh rasa gementar pada waktu yang sama. “Gementar” dan “tenang” adalah dua perasaan yang berlawanan dan berbeza. Kalau begitu apakah yang sebenarnya yang patut dirasakan oleh hati apabila kita berzikir atau mengingat Allah? Patut tenang atau patut gementar? Disebabkan ada ayat yang mengatakan hati patut tenang dan ada pula ayat yang mengatakan hati patut gementar (bergelora), maka kita sepatutnya merasakan kedua-dua perasaan ini sekali gus. Kalau tidak kita tidak selaras dengan kehendak Al Quran. Kalau rasa hati kita tidak selaras dengan kehendak Al Quran, nyata bahawa kita yang salah. Al Quran tidak salah kerana Al Quran itu adalah kalamullah. Mari kita kupas perkara ini, moga-moga kita dapat memahami.
Yang dikatakan tenang itu adalah berkaitan hubungan hati kita dengan dunia dan hal-hal yang bersifat keduniaan. Kalau kita berzikir dan mengingati Tuhan, pasti hati kita akan tenang dengan hal urusan dunia. Tidak ada apa di dunia ini yang sebegitu besar atau penting sehingga boleh menjejaskan ketenangan hati kita. Dunia ini kecil dan remeh. Bak kata orang putih... “of little significance”. Nikmatnya kecil. Siksaannya juga kecil. Segala-gala di dunia ini remeh dan kecil.
Tetapi dengan Tuhan, kita tidak boleh ambil ringan. Dengan Tuhan hati mesti sentiasa gementar dan bergelora. Orang yang beriman dan bertaqwa itu, hati-hati mereka sentiasa bergelora dengan Tuhan. Mereka kenal Tuhan. Justeru, mereka rasa cinta dan takut dengan Tuhan. Mereka rasa hebat dan gerun dengan Tuhan. Mereka rasa sentiasa di awasi oleh Tuhan. Rasa-rasa ini mengisi dan mencengkam hati-hati mereka. Mereka sentiasa rasa Tuhan melihat mereka. Mereka rasa Tuhan mengetahui segala apa yang ada pada diri lahir mereka dan segala apa yang ada di dalam hati-hati mereka. Mereka merasakan kekuasaan Tuhan. Bila Tuhan kata “Jadi”...maka jadilah. Mereka rasa Allah boleh matikan mereka bila-bila masa sahaja. Azab dan siksa Tuhan sangat pedih.
Begitulah sepatutnya rasa-rasa hati kita apabila berzikrullah. Ada tenang dan ada gementar. Tenang dengan dunia dan halhal dunia tetapi gementar dengan Tuhan. Lagi kuat gementar dan bergeloranya hati seseorang itu dengan Tuhan maka lagi tenang hatinya dengan dunia. Tenang dengan dunia itu rahmat. Gementar dengan Tuhan itu juga rahmat. Kedua-dua itu ada kemanisannya.
Sebaliknya gementar dengan dunia itu azab. Itu tanda kita diperhamba oleh dunia. Tenang dengan Tuhan juga azab. Itu tanda kita sudah hilang sifat kehambaan kita. Kedua-duanya akan membawa kecelakaan kepada kita di dunia, lebih-lebih lagi di akhirat.
JANGANLAH PERNAH MENGECEWAKAN....
Subscribe to:
Posts (Atom)