CATATAN BUDAK SETAN...1 (aku yang dulu)

13 Mac 1992

Petang itu, aku dipanggil pengetua ke sidang mahkamah sekolah. Aku macam boleh agak apa hukuman yang bakal diterima.... aku ditemani kawan-kawan waktu menuju ke sana. Sesampai saja di pintu kamar mahkamah, kami berpisah dan sebaik sahaja aku melangkah ke dalam, aku terlihat wajah ibu dan ayah dalam kesayuan. Namun betapalah keras hati aku saat itu, sedikit pun tak tercuit naluri seorang anak.

Kata putus dari 3/4 ahli lembaga disiplin dan mahkamah sekolah bersetuju atas cadangan yang aku harus dikeluarkan dari sekolah itu atau dalam bahasa halusnya aku ditukarkan ke sekolah yang lain. Aku akur. Ayah dan ibu hampa sekali.... Namun mujurlah pengetua sudah menguruskan proses pertukaran sekolah tu berdasarkan minat aku pada bidang sukan.

Aku pulang ke asrama, bersalaman – berpelukan buat kali terakhir dengan kawan-kawan satu dorm. Mereka membantu aku mengemaskan barang-barang dan menghantarkannya ke kereta ayah yang sedang menanti di dataran pengunjung. Aku harus berangkat pergi... meninggalkan Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP Labu) menuju Sekolah Menengah Tunku Ampuan Durah (STAD). Hanya hampir empat bulan sahaja dapat aku hirup udara ilmu di situ.

Apa kesalahan aku???

Hmmm... aku simbah muka ustazah Kamariah dengan dakwat tulisan khat!! Bukan apa mulut dia bising sangat time tu....

So apa pandangan korang yea??? Tak ke zalim namanya tu....? nyusahkan mak bapak aku pulak tu....ntahlah nasib badan...

*****************

bersambung....

TERSENYUMLAHLAH (6).....


Akui Diri

Seorang profesor melangkah penuh bergaya menuju ke bilik kuliahnya. Dia hendak menguji pelajarnya mengenai kelemahan diri.

Dia bertanya, "Siapa yang merasakan dirinya bodoh, sila berdiri".

Semua pelajar diam. Ada yang senyum. Tidak lama kemudian, seorang pelajar bangun.

Profesor berkata: "Oooh....Jadi awak mengakulah diri awak ini bodoh?"

Pelajar: Bukan....sebenarnya saya tidak sanggup lihat profesor seorang saja yang berdiri!"


Betul Atau Salah

Dalam satu peperiksaan yang memerlukan pelajar menjawab BETUL atau SALAH, seorang pelajar kelihatan menggunakan buah dadu sebagai panduannya menjawab.Selepas menjawab semua soalan,pelajar itu mengulangi perbuatan melambung dadu untuk mendapatkan jawapan bagi semua soalannya untuk kali kedua.

Seorang pengawas yang kebetulan lalu disebelah meja pelajar itu bertanya, "Apa yang kamu buat tu?"

Pelajar : "Saya sedang semak jawapan saya."



Kambing Hitam & Kambing Putih
Seorang gembala sedang menggembalakan biri-birinya yang berbulu hitam dan berbulu putih. Dia kemudian didatangi seorang pemuda lalu bertanya,

Pemuda : "Baguskah ternakan biri-biri engkau. Boleh tak saya tanya beberapa soalan?"

Gembala : "Oh, boleh saja"

Pemuda : "Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?"

Gembala : "Yang mana, yang putih atau yang hitam?"

Pemuda : "Yang putih"

Gembala :"Ah, yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari"

Pemuda : "Dan yang hitam?"

Gembala : "Yang hitam pun sama."

Pemuda : "Dan berapa banyak rumput mereka makan setiap hari?"

Gembala : "Yang mana, yang putih atau yang hitam?"

Pemuda : "Yang putih."

Gembala : "Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari."

Pemuda : "Dan yang hitam?"

Gembala : "Yang hitam pun sama."

Pemuda : "Dan berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?"

Gembala : "Yang mana, yang putih atau yang hitam?"

Pemuda : "Yang putih."

Gembala : "Aaa...menurut perkiraan saya, yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun kalau mereka dicukur."

Pemuda : "Dan yang hitam?" Gembala : "Yang hitam pun sama."

Pemuda : (Dengan perasaan geram ) "Kenapa engkau membezakan biri-biri engkau yang putih dengan yang hitam setiap kali nak jawab soalan saya, padahal jawapan semuanya sama saja"

Gembala :"Mestilah saya beza-bezakan sebab biri-biri yang putih itu adalah milik saya."

Pemuda : "Ooo, begitu, fahamlah saya, kalau yang hitam tu pulak siapa punya?"

Gembala : "Yang hitam pun sama, saya punya juga"

Pemuda : (benggang, geleng kepala dan berlalu) GILERRR PUNYA BUDAK!!!

AYAH! cuma ini yang ANAKMU mahukan....


Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih dan disambut baik oleh anaknya yang berusia 7 tahun. Sambil mengangkat briefcase ayahnya, si anak itu bertanya kepada ayah.....

Anak: Ayah...ayah.. boleh Amin tanya satu soalan?

Ayah: Hmmm....nak tanya apa?

Anak: Ayah...berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?

Ayah: Itu bukan urusan kamu, buat apa sebuk- sebuk nak tanya?

Si ayah mula menengking.

Anak: Amin saja nak tahu ayah... Tolonglah beritahu berapa pendapatan ayah sejam di pejabat? Si anak mula merayu pada ayahnya.

Ayah: 20 ringgit sejam.. Kenapa nak tahu? Jerkah ayahnya lagi.

Anak: Oh..20 ringgit.. Amin menundukkan mukanya. Ayah.. boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit dari ayah?

Si ayah mula menjadi berang dan berkata, "Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa dengan duit tu? Mintak sampai 10 ringgit? Nak beli mainan lagi??

Ayah penat-penat kerja cari duit, kamu senang-senang nak membazir ya..

Sudah, pergi masuk bilik.. tidur! Dah pukul berapa nih...!!"

Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia kembali ke biliknya. Si ayah duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya yang sekecil itu meminta duit sampai 10 ringgit. Kira-kira 2 jam kemudian, ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan besar anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolah kerana anaknya tak pernah meminta wang sebegitu banyak sebelum ini.

Dengan perasaan bersalah, si ayah melangkah menuju ke bilik anaknya.

Didapati anaknya masih belum tidur.

"Kamu benar-benar perlukan 10 ringgit? Nah.. ambil ni"

Si ayah mengeluarkan sekeping duit kaler merah.

Kanak-kanak itu segera bangun dan tersenyum girang.

"Terima kasih banyaklah ayah!"

Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan sekeping note 10 ringgit yang sudah renyuk terhimpit oleh bantal. Bila ternampak duit itu, siayah kembali berang.

"Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu?? Dari mana kamu dapat duit tu??"

Amin tunduk... tak berani dia merenung ayahnya. Sambil menggenggam kemas duit itu, dia menerangkan.....

"Duit ni Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah bagi hari-hari tu.

Amin minta lagi 10 ringgit kat ayah sebab Amin tak cukup duit..."

"Tak cukup duit nak beli apa??"

Jerkah ayahnya lagi.

"Ayah.... sekarang Amin dah ada 20 ringgit.. Nah..ayah ambil duit ni.

Amin nak beli sejam dari masa ayah di pejabat tu. Amin nak ayah balik kerja awal esok. Amin rindu nak makan malam dengan ayah.."

Jelas Amin tanpa memandang wajah ayahnya...

DUA PERILAKU KETAKBURAN...


Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu apapun. Dan berbuat baiklah pada kedua ibu bapa, karib kerabat, anak yatim, orang miskin, tetangga dekat dan tetangga jauh, teman sejawat, dan hamba sahayamu. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang sombong lagi membanggakan diri.

(QS An-Nisa': 36)


Takbur (sombong) adalah penyakit hati yang sangat dibenci Allah. Orang takbur, hakikatnya tidak tahu diri dan tidak tahu malu. Ia mengaku-ngaku sesuatu yang bukan miliknya. Yang Mahabesar dan berhak takabur hanyalah Allah SWT.

Takbur bagaikan bau busuk yang sulit sekali disembunyikan. Orang yang mengidap penyakit ini sangat mudah dilihat oleh orang awam sekali pun, serta mudah dirasakan hati siapa pun.

Apa ciri orang takbur itu? Rasulullah SAW bersabda, "Kesombongan adalah mendustakan kebenaran dan merendahkan orang lain." (HR Muslim)

Mendustakan kebenaran

Meremehkan agama. Orang sombong hidupnya jauh dari agama. Ia memiliki kebenaran versinya sendiri, sehingga tidak menyukai orang-orang soleh. Tidak mau dan tidak menyempatkan belajar agama. Waktunya tersita untuk mencari dunia dan memuaskan hawa nafsu.

Malas beribadah. Ada saja alasan untuk tidak beribadah. Tidak menyukai nasihat berkaitan dengan kebenaran. Tidak mau ingat dan taat pada Allah. Meremehkan dan tidak mahu meneladani para nabi. Dia lebih suka meniru idolanya sendiri.

Tidak percaya pada hal-hal ghaib. Tidak mau dekat dengan orang soleh kecuali kalau ada maunya. Bila kesombongannya sudah memuncak, ia akan memusuhi agama dan akan melakukan pelbagai cara agar sinar agama meredup. Bila ia punya kekuasaan, maka kekuasaan itu akan dipakai menumpas kebenaran.

Merendahkan Orang Lain

Ingin selalu kelihatan lebih tinggi. Ingin selalu diistimewakan. Ia akan tersinggung bila disamakan dengan orang yang levelnya dianggap lebih rendah. Suka mendominasi pembicaraan, senang memotong perkataan orang lain, nadanya pun cenderung lebih keras dan merendahkan yang mendengar. Ia pun selalu ingin menang sendiri saat bicara.

Kurang suka mendengarkan orang lain. Bila orang lain berbicara dan pembicaranya dianggap lebih rendah levelnya, dia tak akan mahu memperhatikan. Ada saja yang dilakukannya: berkata dengan teman lain, menelefon, atau lainya. Akibatnya, orang yang bicara merasa direndahkan.

Kalau ia menyuruh, maka yang disuruh akan sakit hati. Cara duduk, berdiri, dan menunjuk pun cenderung tidak menghormati orang lain

Mudah marah dan kasar. Sering menghina, mencaci maki. Jarang sekali mau memuji dan mengakui kelebihan orang lain. Jarang berterima kasih. Tidak mau meminta maaf. Pantang menerima kritik dan saran. Tidak suka bermusyawarah. Tidak mau mengakui kesalahan atau kekurangan. Sering dengki pada yang lain.

Semoga Allah memberikan kekuatan pada kita untuk menghindari ketakburan sekecil apa pun. Amin.

~ ERTI CINTA ~


(kesinambungan dari tajuk PERIHAL CINTA & CERMIN CINTA)

Kalau dikatakan manusia terlalu cerewet untuk menyatakan erti cinta tidak juga. Manusia tidaklah hingga begitu cerewet. Manusia Cuma tidak dapat menzahirkan cinta yang dirasanya itu ke dalam bentuk kata-kata. Cinta yang sifatnya ghaib itu terasa membuai hati tapi kewujudannya itu terlalu syahdu hinggakan tidak dapat untuk dihuraikan dengan jelas. Ramai manusia hanya membisu dan membiarkan dirinya hanyut dibawa arus cinta tanpa peduli untuk mencari makna seindah cinta yang sedang melandanya itu.

Pun begitu indah dan syahdunya dia merasakan cinta, dia dapat merasa bahawa dirinya sedang merana. Justeru, sesekali hatinya akan berkata biar dia mati kerana cinta dri mati tanpa cinta.

Dalam sengsara cinta itu pula, dia merasa amat gembira. Dari apa yang telah dialaminya, serasa tidak ada lagi siksaan yang menikmatkan selain dari siksaan cinta. Hendak keluar dari api cinta, dia tidak boleh. Tubuhnya kaku, lidahnya kelu, matanya hanya memandang satu – CINTA. Itulah yang dia tahu. Cinta yang terlalu mahal ini dibiarkan sahaja meratahi jiwanya, tidak pun dia mahu lari, serasa-rasa dia mahu semakin hampir menguliti cinta, walau dirinya hangus rentung di bawah panasnya cinta yang membakar.

Maka apakah cinta itu cinta???

Dalam mendefinisikan cinta, kita tidak pernah sepakat dengan satu pengertiannya. Masing-masing percaya bahawa apa yang dirasainya itulah cinta dan ingin pula menyatakan apa yang dirasainya itu dalam bentuk kata-kata paling syahdu yang mampu diluahkannnya. Hinggakan, ada yang berpendapat bahawa erti cinta itu ada sebanyak jumlah manusi yang pernah bercinta. Jikalau begitu banyak, tentulah cinta itu sudah tidak begitu bermakna, hingga tidak lagi boleh dikatakan cinta.

Tentang cinta, tentulah ada satu persetujuan makna, yang mana dengan persetujuan makna itulah sesiapa yang baru mahu mengenal cinta akan dapat memahami dasar cinta serta apa yang diperlukan oleh cinta.

Secara umumnya, apa yang dikatakan cinta itu terbahagi pula kepada dua jenis iaitu Cinta Berahi & Cinta Kasih.

Perkataan Cinta Berahi bermaksud terlalu sangat cinta (asyik maksyuk). Manakala Cinta Kasih bererti sangat cinta dan kasih (kasih sayang).

Selalunya apabila cinta itu berlaku sesama manusia yang berkasih, maka kedua-dua jenis cinta yang dikatakan itu terlibat sama. Bila cinta, kasih pun datang lalu berahi pun menjelma sama.

Bercinta pula bermakna menaruh cinta atau kasih, atau berahi kepada seseorang. Ia juga dimaknakan sebagai berperasaan rindu atau ingin akan sesuatu. Bercinta juga membawa erti berdukacita atau berasa sedih(pilu) hati akan sesuatu

Bercinta-cintaan pula bererti cinta menyintai, berkasih-kasihan. Ia juga bermakna bercengkerama atau bercumbu-cumbuan bersama pasangan. Mencintai bererti menaruh cinta atau kasih kepada seseorang, merindukan atau mengharapkan untuk memperolehi sesuatu.

Tercinta pula bermaksud yang dicintai, dikasihi dan disayangi. Kecinta bererti perasaan cinta, kasih, kesayangan atau dikasihi, kekasih. Kecintaan juga bererti kerinduan, kesedihan, kebimbangan. Ia juga bererti menanggung cinta (sedih dan lainnya). Percintaan ertinya perihal bercinta-cintaan atau berkasih sayang, perasaan duka cita (sedih,pilu, menyesal, rindu dan lainnya), atau kesusahan.

Jelas pada kita bahawa cinta itu adalah perasaan. Perasaan ingin atau mendambakan. Perasaan ini bukan dipaksa tetapi ia dengan sendirinya meniup lembut hati kita. Banyak erti cinta, tapi cinta yang kita bincangkan di sini ialah cinta antara lelaki dan perempuan.

Cinta inilah yang lebih memberi nikmat dan yang lebih membawa kesengsaraan. Tanpa insan yang mahu ducinta, cinta itu ibarang gunung berapi yang tidur lena. Bila bertemu yang saling mencnta. Ia seolah-olah laut yang bergelora atau api yang bernyala-nyala.

Namun api cinta bisa malap atau terpadam. Bila ia padam, ramai insan merasa tiada daya untuk menyalakannya semula.

Cinta itu mempunyai tujuh ratus sayap,

dan setiap sayapnya merentang

dari langit paling atas

hingga ke perut bumi...

(RUMI)

Bersambung lagi....

Dalam tajuk : TANDA-TANDA JATUH CINTA

BERLAPANG DADA DENGAN KRITIKAN


Persepsi kita terhadap kritik akan lebih baik bila kita menanamkan di dalam hati bahwa kritik itu penting. Sahabat, apa yang terlintas dalam benak kita ketika mendengar orang berkata, "Saya ingin mengkritik Anda!". Biasanya, jika seseorang mendapat ungkapan seperti itu, ia akan bereaksi negatif. Seakan-akan kehormatan dan harga dirinya sedang terancam. Ia menganggap kritik sebagai penghinaan yang akan menurunkan harga diri dan mencemarkan nama baiknya.

Maka, wajar jika reaksi yang muncul -- entah itu berupa fikiran, perasaan, maupun sikap tubuh -- adalah pembelaan diri. Sulit baginya untuk menerima semua kritikan, apalagi menikmatinya. Akan tetapi, responsnya akan berbeda jika kita mendengar perkataan, "Saya mahu memberi kamu cenderahati". Spontan, kita akan senang menerimanya. Wajah menjadi cerah. Riang rasanya perasaan kerana membayangkan akan diberi hadiah yamg menarik.

Tetapi, yang terpenting bukan itu. Hal terpenting adalah mengapa kita sampai memunculkan sikap berbeda ketika mendengar dua kata itu? Untuk yang pertama, kita cenderung tidak menerimanya. Sementara untuk yang kedua, kita malah sering mencarinya. Sebenarnya, masalah kritik dan hadiah bisa sama kalau persepsi kita tentang kritik itu kita hadapi; bila kata-kata kritik menjadi bahagian keseharian yang kita nikmati. Lebih dari itu, kita juga perlu ilmunya sehingga kritik ini menjadi sesuatu yang bererti dan layak kita akrabi.

Dalam menerima kritik, kita memerlukan beberapa trik, sehingga kita boleh menerima kritik tersebut sebagai sarana membangun kemuliaan. Bagaimana caranya?

Pertama, rindukanlah kritik dan nasihat tersebut. Selayaknya, kita bisa memposisikan diri menjadi orang yang rindu dikoreksi, dan rindu dinasihati. Seperti rindunya kita melihat cermin agar penampilan kita selalu bagus. Persepsi kita terhadap kritik akan lebih baik bila kita menanamkan di dalam hati bahwa kritik itu penting. Kritik adalah kunci kesuksesan dan kemajuan, kritik akan membuka prestasi, derajat, dan kedudukan yang lebih baik.

Kedua, cari dan bertanyalah. Belajarlah bertanya kepada orang lain dan nikmati saran-saran yang mereka lontarkan. Milikilah teman yang mau dengan jujur untuk saling mengoreksi. Tanyalah kekurangan diri pada orang-orang yang dekat dengan kita. Percayalah, semua itu tidak akan mengurangi kemuliaan.

Ketiga, nikmati kritik. Persiapkan diri untuk menerima kenyataan bahwa koreksi itu tidak selalu harus sesuai dengan keinginan kita. Ada kalanya isinya benar, namun caranya salah. Tidak ada yang rugi dengan dikoreksi. Jadi, kalau ada yang mengkritik, usahakan untuk tidak berkomentar. Jangan memotong pembicaraan. Apalagi membantahnya. Belajarlah untuk diam dan menjadi pendengar yang baik.

Keempat, syukurilah. Jangan melempar komentar apapun kecuali ucapan terima kasih yang tulus kepada si pemberi kritik. Tampakkanlah raut muka yang sungguh-sungguh dan penuh perhatian. Sertakan namanya dalam doa-doa kita, terutama bila kita ingat akan kebaikan-kebaikan yang pernah ia berikan.

Kelima, muhasabah diri. Jujurlah kepada diri sendiri ketika menerima kritik. Jangan sibuk menyalahkan pengkritik, atau mencari kambing hitam dengan menyalahkan orang lain.

Keenam, perbaiki diri. Buatlah program perbaikan dengan sungguh-sungguh. Jadikan program tersebut sebagai ungkapan rasa syukur terhadap kritik yang datang. Mintalah kepada Allah, sebab perubahan hanya terjadi dengan izin dan kekuasaan Dia.

Ketujuh, balas budi. Jangan lupa untuk mengirimkan tanda terima kasih. Bisa berupa barang berharga, makanan, sepucuk surat, atau-minimal-informasi kepada yang mengkritik bahwa kita berterima kasih atas kebaikannya.

Selamat menikmati kritik.

PESAN ABANG.....

NUKILAN RASA : mashuhey (al_mukminun88)