TERBARU 2007 : SEMESTA BERTASBIH di pasaran mulai 25 April ini!



















Satu lagi terbitan bermutu daripada ABBAN CIPTA ENTERTAINMENT PRODUCTION; berkonsepkan terapi kerohanian dengan gugusan tasbih, zikir dan doa muktabar yang dialunkan segemersiknya oleh ASRI IBRAHIM (vokalis Rabbani) dan USTAZ AMALUDDIN serta disulam indah bersama talqin muhasabah yang menyentuh nuansa hati para pendengar daripada AZHAR YUNUS.

Untuk para peniaga & pemborong yang berminat sila hubungi:-
Edaran Eksklusif : EMAG (15 A,Tingkat 1, Wisma Yakin, Jalan Masjid India, 50100 Kuala Lumpur) TEL : 03- 269 88 495


Bagi individu @ orang perseorangan boleh juga memilikinya dengan menghubungi
:-
016-3164040 (Arman) / abbancipta@gmail.com

Harga Runcit : CD: Rm 19.90 KASET: Rm 12.90

LINTASAN HATI


Sesiapa pun punya cita-cita, impian dan ingin sekali dicintai serta menyintai. Namun seringkali dalam menggapai salah satunya, kita guris perasaan seseorang tanpa sedar. Lantaran kita tidak mampu meraih semuanya dalam satu masa, kita terpaksa mendahului apa yang di depan mata tetapi dengan mengorbankan yang lain pula meskipun nilainya lebih bererti. Alangkah malangnya, kerana kenaifan diri untuk meletakkan yang mana satu paling utama menyebabkan kita sering kecewa dan dikecewakan. Sewajarnya, kita menjadi arif seawal mungkin untuk membina matlamat hidup yang jelas, jitu dan boleh dicapai. Usah hidup persis bayang-bayang diri di air. Kita akan tertipu selamanya....

Begitu jualah, dalam pertalian hati sesama manusia yang punya pelbagai kerenahnya. Apatah lagi hati ini sering berkongsi rasa dan memutus kata bersama akal dan nafsu serta mudah pula terpesona dengan neraca pemberian syaitan tercela. Sebaik-baiknya jangan terlalu mudah menabur janji-janji manis, usah semudahnya memberi harapan dan janganlah melampaui batas; seandainya tahu batasan kemampuan, kesanggupan dan kedhaifan diri. Berilah kepastian tanpa syarat tetapi sedar untuk bersandar kepada penentunya supaya harapan tidak tergantung, kasih sayang tak bergantung dan cinta kita cinta gantung. Aduhai! seribu kali sayang......