Puaka Tebing Biru Trailer

APA YANG KAU LIHAT - itulah aku!
APA YANG KAU DENGAR - itulah aku!
Nafas Cintaku Tak Pernah Mati!

aku tak mahu MENGEJUTKANMU,,,,

Aku tak mahu mengejutkanmu dari tidur

Tidurlah sedamai-damainya di sana

Aku takkan membangunkanmu

Kerna tangis esakku di sini


Tidurlah dewi sanubariku

Biarpun tidurmu tiada lagi mimpi indah

Tapi bertandanglah dalam mimpiku

Jangan dilupai aku di sini kerinduan


Rindu menatap cinta kasih

Rindu bergurau denganmu

Rindu menangis bersama

Rindu saling bermaafan


Yang kupohon cuma satu

Jangan sesekali ada pintamu

Mengharap aku melupaimu

Kerna dirimu keindahan hidupku



bila aku JATUH CINTA nanti....


Ya Allah, jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang
melabuhkan cintanya pada-Mu,
agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu.

Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta,
jagalah cintaku padanya agar tidak
melebihi cintaku pada-Mu

Ya Allah, jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
yang hatinya tertaut pada-Mu,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta dunia.

Ya Rabbana, jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar tidak
berpaling pada hati-Mu.

Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang
merindui syahid di jalan-Mu.

Ya Allah, jika aku rindu,
jagalah rinduku padanya
agar tidak lalai aku merindukan syurga-Mu.

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat
di sepertiga malam terakhir-Mu.

Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh
dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu.

Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu,
jangan biarkan aku melampaui batas
sehingga melupakan aku pada cinta hakiki
dan rindu abadi hanya kepada-Mu.

Ya Allah EngkAu mengetahui bahawa hati ini
telah berhimpun dalam cinta pada-Mu,
telah berjumpa pada taat pada-Mu,
telah bersatu dalam dakwah pada-MU,
telah berpadu dalam membela syariat-Mu.
Kukuhkanlah Ya Allah ikatannya.
Kekalkanlah cintanya.
Tunjukilah jalan-jalannya.
Penuhilah hati-hati ini dengan Nur-Mu
yang tiada pernah pudar.
Lapangkanlah dadaku dengan limpahan keimanan kepada-Mu
dan keindahan bertawakal di jalan-Mu.

PESAN IBU....


Wahai anakku,
janganlah kalian menyembah Tuhan selain Allah
janganlah kalian berbaiat selain kepada Muhammad Rasulullah
janganlah kalian berkitab selain Al Qur'an janganlah kalian bersunnah selain sunnahnya Rasulullah SAW

wahai anakku,

hidup yang akan kalian jalani
akan lebih keras dari kehidupan orang tuamu
maka bekalkanlah keimanan dan ketaqwaan, agar kalian selamat sampai tujuan hidupmu

duhai anakku,
dengarlah ucapan Lukman kepada anaknya,
"Ya bunnayya, Laa tusyrik billah. innasy syirka lazhulmun azhiim"

duhai buah hatiku,

hiduplah demi akhiratmu
karena itu yang akan abadi kekal selamanya janganlah kalian hidup demi duniamu
kerana itu hanya semu dan lekang oleh waktu

duhai kekasih hatiku,

doaku selalu menyertaimu

semoga Allah selalu mendampingimu

milik siapakah SENYUMAN MANIS itu?....


















Siapakah orang yang MANIS senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata, "Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.


Siapakah orang yang
KAYA?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.


Siapakah orang yang
MISKIN?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk - numpukkan harta.

Siapakah orang yang RUGI?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.


Siapakah orang yang paling CANTIK?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling
LUAS?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang SEMPIT lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai AKAL?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

RAHSIA utama kecantikan GADIS




















Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkan kata-kata kebaikan.

Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai.

Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, bahagikanlah makanan bersama mereka yang kelaparan.

Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari.

Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dengan itu anda tidak akan pernah berjalan sendirian.

Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain, perlu senantiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali, dan diampuni. Jadi, hati anda janganlah sesekali memperkecilkan oranglain. Apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah senantiasa kepadaNya. Jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan senantiasa ada tangan terhulur. Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan, satu untuk menolong diri anda sendiri dan satu lagi untuk menolong orang lain.

Kecantikan gadis bukan terletak pada pakaian yang dikenakannya, bukan pada bentuk tubuhnya, atau cara dia menyisir rambutnya.

Kecantikan gadis terdapat pada matanya, cara dia memandang dunia. Kerana di matanya itulah terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang.

Kecantikan gadis bukan pada kehalusan wajahnya. Tetapi kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta yang dia berikan. Dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu.


JAGALAH DIRI DAN HIASI PERIBADI DENGAN CERMIN TAKWA DAN KEIMANAN

SESAYUP KENANGAN....



Bagai melayang jiwaku

Seakan tercabut nyawaku

Untuk menerima kini kau tiada

Pergi seabadinya pulang kepada-Nya


Puas ku mengatakan pada diri

Cuba memujuk hati ini

Aku sedang bermimpi

Mimpi yang belum pulang lagi


Engkau tahu bagaimana sayunya hatiku

Kita benar-benar terpisah di dua benua

Sebagaimana yang sering kau ucapkan

Lihatlah aku sedalamnya esok belum pasti


Kau tinggalkan aku sesayup sayup kenangan

Sesayup mana ku memandang engkau berterbangan

Sesayup mataku memandang wajahmu kali terakhir

Sesayu hatiku melepaskan kau pergi...


Pergi bersama mimpi dan kegembiraanku

Pergi selamanya membawa semangatku

Pergi yang takkan pernah kembali

Pergilah… aku pasti menyusuli


Dlm mngenangmu Nurul Azwin Atiqah Abdullah.

Pulang ke rahmatullahu ta’ala pada 3 NOVEMBER 2006

MENYINTAI TIDAK BERMAKNA MEMILIKI

Janganlah kau angkuh melaungkan...
Si dia kepunyaan mu ...
Atau kau kepunyaan si dia ...

Kerana hakikatnya...
Kita tidak pernah memiliki sesiapa...
Walau sekeping hati seorang insan...

Tidakkah kau sedar...
Hukum alam menyatakan...
Mencintai tidak semestinya memiliki?...

Manusia pandai berpura ...
Berlakon di pentas dunia...
Dan bertopeng menutup rahsia..

Tetapi hati...
Tidak pernah berdusta pada empunya...
Tentang perasaan yang bergolak di dalamnya...

Tidakkah kau sedar...
Mungkin si dia melafazkan...
Ungkapan cinta pada mu ...
Tetapi hati dan perasaannya...
Tidak pernah berniat begitu...

Dia hanya berselindung...
Di sebalik sejuta alasan...
Dan kau...
Begitu jujur dan setia mencintainya..
Sehingga terlupa..
Hukum alam menyatakan..
Mencintai tidak bermakna memiliki..

Sesungguhnya...
"Aku tidak pernah memiliki diri mu..."
"Dan kau jua tidak memiliki diri ku."

Mengertilah...
Kita sebenarnya kepunyaan..
Yang Maha Esa...
Tiada sesiapa berhak memiliki diri kita...
Kecuali Dia...
Dia mengasihi hamba-Nya...
Dia memiliki hamba-Nya...
Dan ke pangkuan Dia kita akan di kembali......