SEKADAR RENUNGAN...فسونا ميندا

Betapa sulitnya untuk mencari kata-kata ketika berdoa yang datangnya dari ketulusan hati,namun betapa mudahnya kalau berbicara atau bergosip dengan teman tanpa harus berpikir panjang-panjang.


Betapa asyiknya apabila pertandingan bola sepak diperpanjang waktunya ,namun kita mengeluh ketika khutbah di masjid lebih lama sedikit daripada biasa.

Betapa sulitnya untuk membaca satu lembar Al-qur'an,
betapa mudahnya membaca 100 halaman dari novel yang laris.

Betapa bangganya
orang untuk duduk di depan dalam pertandingan atau konsert,
namun lebih senang duduk paling belakang di masjid

Betapa mudahnya membuat 40 tahun dosa demi memuaskan nafsu berahi semata,
namun alangkah sulitnya ketika menahan nafsu selama 30 hari ketika berpuasa.

Betapa sulitnya untuk menyediakan waktu untuk sholat 5 waktu;
namun betapa mudahnya menyesuaikan waktu dalam sekejap pada saat terakhir untuk majlis yang menyenangkan.

Betapa sulitnya untuk
mempelajari arti yang terkandung di dalam al qur'an;
namun betapa mudahnya untuk mengulang-ulangi gosip yang sama kepada orang lain.

Betapa mudahnya kita mempercayai apa yang dikatakan oleh akhbar dan majalah picisan
namun betapa kita meragukan apa yang dikatakan oleh Kitab Suci AlQuran.

Betapa setiap orang ingin masuk syurga seandainya tidak perlu untuk percaya berbuat apa-apa.

Betapa kita dapat menyebarkan seribu lawak jenaka melalui e-mail, dan menyebarluaskannya dengan FORWARD seperti api; namun tidak sebegitu kalau ada e-mail yang isinya tentang Kemuliaan Allah;
dan betapa seringnya kita ragu-ragu, enggan membukanya dan menyaringkannya, serta langsung klik pada icon DELETE.


ANDA TERTAWA ...? atau ANDA BERPIKIR-PIKIR...?



***********
Pada suatu petang seorang tua bersama anak mudanya yang baru menamatkan pendidikan tinggi duduk berbual-bual di halaman sambil memerhatikan suasana di sekitar mereka. Tiba-tiba seekor burung gagak hinggap di ranting pokok berhampiran.Si ayah lalu menuding jaring ke arah gagak sambil bertanya, "Nak, apakah bendanya itu?""Burung gagak", jawab si anak.Si ayah mengangguk-angguk, namun sejurus kemudian sekali lagi mengulangi soalan yang sama.Si anak menyangkakan ayahnya kurang mendengar jawapannya tadi lalu menjawab dengan sedikit kuat:"Itu burung gagak ayah!"Tetapi sejurus kemudian si ayah bertanya lagi soalan yang sama. Si anak merasa agak keliru dan sedikit runsing dengan soalan yang sama diulang-ulang, lalu menjawab dengan lebih kuat:"BURUNG GAGAK!!"Si ayah terdiam seketika. Namun tidak lama kemudian sekali lagi mengajukan soalan yang serupa hingga membuatkan si anak hilang sabar dan menjawab dengan nada yang hendak tak hendak melayan si ayah:"Gagak la ayah.......".Tetapi agak mengejutkan si anak, apabila si ayah sekali lagi membuka mulut hanya untuk bertanyakan soalan yang sama. Dan kali ini si anak benar-benar hilang sabar dan menjadi marah:"Ayah!!! saya tak tahu samada ayah faham atau tidak. Tapi sudah lima kali ayah bertanya soalan tersebut dan saya sudah pun memberikan jawapannya. Apa lagi yang ayah mahu saya katakan???? Itu burung gagak, burung gagak la.....", kata si anak dengan nada yang begitu marah.Si ayah terus bangun menuju ke dalam rumah meninggalkan si anak yang terpinga-pinga. Sebentar kemudian si ayah keluar semula dengan sesuatu di tangannya.Dia menghulurkan benda itu kepada anaknya yang masih geram dan tertanya-tanya. Ianya sebuah diari lama."Cuba kau baca apa yang pernah ayah tulis di dalam diari itu", pinta si ayah.Si anak akur dan membaca perenggan yang berikut:"Hari ini aku di halaman melayan karenah anakku yang genap berumur lima tahun. Tiba-tiba seekor gagak hinggap di pohon berhampiran. Anakku terus menunjuk ke arah gagak dan bertanya:"Ayah, apa tu?".Dan aku menjawab,"Burung gagak".Walau bagaimana pun, anak ku terus bertanya soalan yang serupa dan setiap kali aku menjawab dengan jawaban yang sama. Sehingga 25 kali anakku bertanya demikian, dan demi cinta dan sayangkannya aku terus menjawab untuk memenuhi perasaan ingin tahunya. Aku berharap ia menjadi suatu pendidikan yang berharga buat dirinya."Setelah selesai membaca perenggan tersebut si anak mengangkat muka memandang wajah si ayah yang kelihatan sayu dan matanya kelihatan berkaca.Si ayah dengan perlahan bersuara, "Hari ini ayah baru bertanya kau soalan yang sama sebanyak lima kali, dan kau telah hilang sabar serta marah..."
_____________________________________________________________
*kisah ini pernah aku nukilkan dan pasti ada yang pewrnah membacanya dalam friendster aku AHLULBAIT77 pada 13 februari 2003. Atas nama dan bersifat kemanusiaan aku terlupa pulak password-nya. hari ini aku pindahkan ke blog ini kerana karya ini terlalu sentimental buat aku.

HIJRAH...angkatan baru فسونا سنى


malam dingin disepuh hembusan pasir mendesir
tiupan angin menjadi gembala sepi yang ngeri

di luar... pedang dan tombak terhunus

darah merah menjadi tinta pemutus

di dalam... hati merintih zikir

strategi digaris bijaksana difikir


setia ABU BAKAR teman sepanjang jalan

berani ALI menggamit maut di huung selimut

tabah ASMA sayap kiri merancang bekal pejuang


setia,berani dan tabh bergaul

jiwa,akal, fizikal ~ gerak serentak mengatur safar

hijrah RASULULLAH menegak agama ALLAH


di gua thur... jejaring lelabah jadi kubu keliru

merpati pun bersarang rendah; tidak diganggu gundah

bisa yang mematuk ABU BAKAR bertukar jadi penawar

kuda saraqah pun jadi binal tak keruan

kala jengking, angin kencang, ribut pasir jadi reda

terpaku seluruh energy alam dengan pahatan Firman:-

"Jadi Maka Jadilah.."


di madinah suara rindu syahdu mendayu ketibaannya

hari syukur, tafakr atas nikmat dan rahmat

dipersaudarakannya muhajirin dan ansar; aus dan kharaj

disusunnya masyarakat dengan iman dan ukhwah

dibentuknya ummah dengan taqwa dan quwwah

tegaklah ~ Negara Makmur dan Mendapat Keampunan ALLAH


kini langkah hijrah diatur lagi, dicatur kembali

sejarah silam dicanang lantang akan berulang

setia ABU BAKAR, berani ALI , tabah ASMA dicanai semula

lelabah, kuda, merpati kiasan kecanggihan alat dan tenaga

energy alam bergerak misteri mencapai maksud rahsia

terpasak kemas bergerak pantas memeberi laluan

Hijrah Angkatan Baru...

sejarah hijrah pasti berulang

ISLAM akan kembali gemilang.

...................................................................................................................

SALAM MUHARRAM ~ SALAM MA'AL HIJRAH BUAT UMAT ISLAM...

Tersenyumlah....

KITA PASTI AKAN BERSUA…
كيتا فستي اكن برسوأ
Bacalah...

kalau tidak kau akan menyesal Seperti yang kau tau nama aku Isnin bin Selasa. Adapun aku dilahirkan pada hari Khamis, sampai ke hari nie aku tak tau apesal bapak aku bagi aku nama tue... maybe hari Isnin nie hari dier berkenal dgn bakal bini dier merangkap mak aku kot... mana lah aku tau kisah cintan-cintun diorang nie... takde kuasa aku nak tau... baik aku cerita pasal aku..tak gitu... Dan untuk pengetahuan kau... seperti yg kau lihat...dan sememangnya tidak dinafikan lagi... aku dilahirkan sehensem-hensem umat... kerana itulah jugak... berebut awek merayu-rayu nak aku jadik pakwe diorang... .siap ada listing lagik... tapi ada satu bende yang sedih.. Setiap kali awek yg kuar dgn aku mesti break selepas aku ajak diorang naik keta aku... aku pun tak tau apasal..

Intan, awek cun-melecun yang aku jumpe masa aku nak beli ikan todak kat pasar borong Old Town,P.J. Dier nie lain sket sebab aku dah janji dgn diri aku... dier le awek aku yg paling last... Muktamad dah nie... surat menyurat takkan dilayan... ..kalo intan tinggalkan aku... .cam awek awek aku yg dulu... sumpah aku tak nak kahwin... Bende yang aku nyampah tue jadik jugak..setiap kali keluar dating kat Taman Tasik Jaya... Intan akan bersungut dan bersesungut kalau aku bawak motor Kriss aku yang dah tak rupa macam Kriss dan jugak tak bershape macam keris... macam macam dier komplen..dier tau aku keje sebagai driver... Takkan takde kete... bawaklah kereta awak tue..takkan nak terperap kat rumah je... tak syok la naik moto... rambut berserabut lar... muka cair lar... kain terselak lar... malu nanti orang tengok lar... tak buleh nak seksi lar...
Tapi aku tak sanggup kerana aku tau kalau aku bawak dier naik kete aku... sure itulah kali last aku akan jumpa Intan... Intan sure akan mintak break or maybe menghaibkan diri terus... berdesing telinga aku ... aku cakap kat dier... .baiklah... .esok aku akan datang naik kete besar... jauh lagi besar dari kete mesedis... .

Seperti yang ku jangka..itulah kali terakhir aku berdating dgn Intan... Intan terus menghaibkan diri... ..aku dah agak dah mesti terjadi punyer... ... . cuma satu je yang aku nak bagi nasihat kat korang-korang semua ..especially depa yang pernah jadi awek aku... or bakal awek aku... Jgn korang pandang hina kat orang yang keje cam aku nie... .satu hari nanti... Ndak tak ndak korang kena naik jugak kereta aku nie...


Yang Benar


Pemandu Kereta JenazahPersatuan Khairat Kematian Masjid Jumhuriyah, Taman Datuk Harun.



SYAITAN PENING!!!

DIRECTOR
Bade Hj Azmi

CAST
Rosyam Nor, Lis Dawati, Que Haidar, Zulhuzaimi, Norkhiriah, Liyana Jasmay, Azri Iskandar, Kushayry, Ellie Suriati.

SYNOPSIS
Forced into a marriage by her parents, Dalila, is restless and despondent. When her husband, Muslim, slips into a coma after a bad accident he awakes to his wife’s gentle care, but is haunted by the visions of the future that have plagued him during his comatose state…. What do the visions foretell? What dark secret lies behind his new wife’s smile? Witness this terrifying film that will scare the fearless and chill the spine of your bravest soul.
--------------------------------------------------------------------------------------
SEKILAS MEMANDANG:

Petang tadi aku ke tayangan premier filem ni di Mid Valley. Ramai juga para karyawan yang turut serta memberi sokongan; wartawan lagilah takyah cakap tentu penuhnya panggung dibuatnya. Ramai yang hadir tadi seperti aku yang amat tertarik dengan permainan Bade Hj. Azmi kali ini. Lain dari keterbiasaanya.

O.K ...tayangan filem ini bermula....
Tak sampai 15 minit aku jadi gelisah, aku pandang sekeliling dah ada di antara kawan-kawan yang dah tak sedap punggung. Malah ada juga mula menguap (mungkin penat kot?!). Tak pe...aku cuba selesakan diri mengharapkan sesuatu sentuhan kejutan daripada Bade. Tapi aku dan ramai lagi hampa, bila durasi sudah 30 minit sungguh kelam, membosankan dan terasa amat lama.

Bade terlalu mengambil masa untuk membangunkan watak dan perwatakan. Bade amat membuang masa atau buang filem untuk menyampaikan ceritanya. Permainan teka-teki dalam filem ini tidak disusun dengan baik. Jalan ceritanya serabut dan banyak simpang siurnya. Dan aku paling benci jenis filem suspen-thriller yang mudah diduga kesudahannya. Aku rasa Bade lebih baik tumpu aje genre filem yang sudah sebati dengan dirinya. Jalur filem SYAITAN tidak cocok buatnya.
Satu perkara lagi, aku rasa Bade ni ada masalah lah dengan orang yang berkopiah. Bukan apa, boleh dikatakan dalam mana-mana filem beliau watak orang yang yang berkopiah selalunya diberi gambaran hitam dan penuh prejudis. Mengapa ye Bade??? Memang tak dinafikan ada yang bertopeng sebegitu tapi masih ramai juga yang baik-baik akhlaknya. Janganlah sampai gambaran itu boleh memberi imej yang negetif pada Islam pulak.
Firasat aku lah , filem ini akan menerima nasib yang sama sebagaimana filem BERLARI KE LANGIT @ BILUT. Apa yang boleh dibanggakan bagi filem ini ialah lakonan Norkhiriah dan Liyana Jasmay yang menjadi. Lakonan Rosyam dan Que Haidar memang tidak boleh disangkal, cuma skrip yang membuatnya agak blur. Manakala Lis Dawati seperti dulu juga dan beliau akan dilupakan jika terus di tahap begitu sesudah filem ini.


Filem yang gagal 30 minit pertama untuk terus membuat penonton terus terpaku di kerusinya atau penonton mula hilang fokus adalah filem malang lagi gagal; dan filem SYAITAN dalam kategori ini.

Cukuplah sampai sini aje... di kesempatan lain aku akan mengulas filem ini secara ilmiah dan mendalam. Sebenarnya keletihan aku menonton filem ini masih terasa waktu menulis di sini!

Dialog Bayi Dengan Tuhan Sebelum Ke Dunia...

Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia...


Dia bertanya kepada Tuhan:

"Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana; saya begitu kecil dan lemah?"


Dan Tuhan menjawab:

"Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu ."


Bayi bertanya lagi:

"Tetapi disini; di dalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa... Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia?"


"Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia"


"Dan bagaimana boleh saya mengerti di saat orang-orang berbicara kepada saya jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?"


"Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara berbicara."


"Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara denganMu?"


"Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa"


"Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya?"


"Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal tersebut mungkin akan mengancam jiwanya."


"Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi"


"Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu boleh kembali kepadaKu; walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa di sisimu"


Di saat itu, Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar, dan sang bayi bertanya perlahan:


"Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bolehkah Engkau memberitahuku nama malaikat tersebut?"


"Kamu akan memanggil malaikatmu itu: "IBU"


Ingatlah sentiasa kasih sayang dan pengorbanan ibu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta yang tiada galang-gantinya dunia akhirat.Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini di kala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak yang sedang membesar, sesungguhnya Syurga itu dibawah telapak kakimu.


Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :


1. Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,

2. Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,

3. Hatimu takut dan gementar kepada kehebatanNya mengenangkan dosa-dosamu yang silam

4. Disulami dengan taubat kepada Zat Yang Memilikimu.****

(disadur dari kitab BERTANYALAH PADAKU SEBELUM ENGKAU KEHILANGAN AKU karangan As Syeikh Abdul Qadir Jailani)

bagaimana mengetahui GURU ROHANI SEJATI?



SALAH satu tanda bahawa seseorang adalah Guru/Mursyid Spiritual yang sejati adalah bahwa kalian dapat mempercayainya. Kalbu kalian memberikan isyarat akan hal itu, dan kalbu tak pernah salah. Ketika seseorang duduk bersama seorang Mursyid sejati, ia akan merasakan kedamaian, ketenangan dan kepuasan, serta amat bahagia. Inilah tandanya. Orang itu akan melupakan seluruh masalah-masalahnya dalam hadirat Sang Mursyid, dan merasa bagaikan seekor ikan di dalam samudera.


Mengapa orang-orang pergi ke pantai tepi lautan? Karena ketika mereka memasuki air, mereka menemukan ketenangan dan kenikmatan. Ruh punmenginginkan suatu samudera baginya. Dalam kehidupan kita ini, kita memerlukan seseorang yang bagai sebuah samudera, sehingga kalbu-kalbu kita dapat merasakan kenikmatan dan puas dengan orang tersebut.


Kita memiliki begitu banyak sifat-sifat tercela. Kita perlukan seseorang untuk memberikan pada kita sifat-sifat mulia; dan sifat-sifat mulia ini tak dapat muncul hanya melalui membaca buku-buku, melainkan akan muncul menerusi sahabat atau teman seseorang.Dengan melihat siapa teman seseorang tertentu, kita akan tahu karakter orang tersebut. Sifat yang buruk adalah menular, seperti suatu penyakit. Karena itulah, Allah Ta'ala mengutus para Nabi-Nya sebagai ubat. ParaNabi -semoga kedamaian atas mereka- bukanlah Malaikat; mereka manusia juga, dan mengetahui segala sesuatu akan sifat dasar manusia. Siapa saja yang duduk bersama mereka akan menyerap sifat-sifat dan akhlaq yang mulia.

NABI PUN TERPESONA....نبي فون ترفسونا

Dinihari di Madinah al Munawwarah
Ku saksikan para sahabat berkumpul di masjidmu
Angin sahara membekukan kulitku – gigiku gemertak
Kakiku bergoncang – hatiku tak keruan
Tiba-tiba pintu hujrahmu terbuka
Engkau datang, Ya Rasul ALLAH
Ku pandang dikau – ku dengar salam bersahut-sahutan
Kau tersenyum, ya Rasulullah – wajahmu bersinar
Angin sahara berubah menjadi hangat
Cahayamu menyelusup seluruh sendi dan darahku

“Assalamualaikum ayyuhan Nabi Warahmatullah
Asslamualaikum ayyuhan Habibullah”

Dinihari Madinah berubah menjadi siang yang cerah
Ku dengar engkau berkata:
Adakah air pada kalian?
Ku lihat pantas gharibahku
Para sahabat sihat memperlihatkan kantong kosong
Tidak ada setitis pun air, ya Rasulullah
Ku sesali diriku
Mengapa tak ku kucari air sebelum tiba di masjidmu
Alangkah bahagianya, jika ku basahi wajah dan tanganmu
Dengan percikan air dari gharibahku
Ku dengar suaramu lirih
Bawakan wadah yang basah
Inginku meloncat memepersembahkan gharibahku
Tapi… ratusan sahabat berdesakan mendekatimu
Kau ambil gharibah kosong - Kau celupkan jari-jarimu
Subhanallah!!! Kulihat air mengalir dari sela-sela jemarimu
Kami merapati, berebut berwudhu dari pancuran sucimu
Kulihat Ibnu Mas’ud mereguk sepuas-puasnya
Betapa sejuk air itu ya Rasulullah
Betapa harum air itu ya Nabiyullah
Betapa lazat air itu ya Habibullah….

Alangkah bahagianya solat di belakangmu
Ayat-ayat suci mengalir dari suara baidurimu
Melimpah syahdu mendamaikan sanubari
Adakalanya menyusup sendu ke jiwa, oh terasanya…..
Sesudah solat, kau padangi kami dengan redupan kasih
Masih dengan senyuman sejuk menawan kalbu
Cahaya di wajahmu ya Rasulullah, tak mungkin ku lupakan
Ingin kubenamkan setitis diriku dalam samudera dirimu
mahu kujatuhkan sebutir debuku dalam saharamu yang tak terjangkau

Ya Rasulullah… ya Habibullah…
Ku dengar kau berkata lirih penuh persoalan:-
Siapakah makhluk yang imannya paling mempesona?
Malaikat, Ya Rasul ALLAH!
Bagaimana Malaikat tidak beriman,
Bukankah mereka berada di samping ALLAH?!
Para nabi, ya Nabiyullah!
Bagaimana pula para nabi tidak akan beriman,
Bukankah kepada mereka ternuzulnya wahyu Tuhan?!
Kami , para sahabatmu…?
Bagaimanalah kalian tidak mungkin beriman,
Bukankah aku di tengah-tengah kalian?!
Telah kalian saksikan kehadiranku bersama pedoman nan nyata
Kalau begitu, siapakah mereka wahai kekasih ALLAH???

Langit Madinah bening – bumi Madinah hening – kami termanggu
Siapakah gerangan yang imannya sungguh mempesona?
Ku tahan nafasku, ku hentikan detak jantungku, ku dengar sabdamu:-
Yang paling menakjubkan imannya
Mereka yang datang sesudahku
Beriman kepadaku
Padahal tidak pernah melihat dan bertemu denganku
Yang paling mempesona imannya
Mereka yang tiba setelah aku tiada – itulah ikhwanku!
Yang membenarkanku – mempercayaiku tanpa pernah berjumpa
Bukankah kami ini saudaramu juga, ya Rasulullah?
Kalian sahabat-sahabatku…
Saudaraku adalah mereka yang tidak pernah sekali berhadapan denganku
Mereka beriman pada yang ghaib, mendirikan solat
Menginfaqkan sebahagian rezeki yang dikurniakan Tuhan!

Kami terpaku…
Langit Madinah bening – bumi Madinah hening
Ku dengar lagi engkau berkata:
Alangkah bahagianya aku mampu menemui mereka…
Suaramu parau, butir-butir air matamu bergenang
Engkau menangis, ya Rasulullah
Engkau rindukan ummatmu, ya Nabiyullah
Ummati…ummati…ummati

Ya ALLAH…
Airmata ini tak mampu untuk ku tampung lagi
Di sini terhenti kata sabda Kekasih-Mu
Berdosanya aku pada insan pilihan-Mu bernama MUHAMMAD itu
Akulah ummatnya yang tidak tahu mengenang budi
Membalasi jasanya; apatah lagi berkorban demi Dia
Dia - mendambakan pertemuan dengan kami ,ummatnya!
Tapi kami….. oh! Malunya padamu ya Sofiyullah…..


Aspirasi Daripada Hadis Mutafaqun’alaih;
Olahan Semula:
Saruman Namus & Abban Malena
12 November 2006
08:07 pg

SEMAKIN MENDEKATI سماكين مندكاتي


Mujur ALLAH membantuku
Bersabar menelusuri ujian ini
Jika tidak pasti gelita sunyi jiwaku
Melangkah bagai terawang di awan

Ya Rabbi… maafkan hamba
Saat begini baru terasa kasih-MU
Bila kesepian mencengkam rasa
Aku ditemani nyanyian hikmah-MU

Bila kenangan membawa keharuan
Aku dipujuk puitis tarbiah-MU
Bila hati di robek kekesalan
Aku didendang syahdu mehnah-MU

Meski teramat berat apa yang kulalui
Tak terjangkau dek akal pencaturan-MU
Aku yakin semuanya terbaik buat diri ini
Menuntun aku semakin mendekati-MU#


08 November 2006
Selepas Subuh

PILIHAN ALBUM SANTAPAN ROHANI TERBAIK!!!







terbitan: ABBAN CIPTA ENTERTAINMENT PRODUCTION
BERMINAT UNTUK MEMILIKINYA???

sila hubungi : 016 3164040



e-mail kepada: abbancipta@gmail.com





TalQin Buat Diri

Wahai diri, engkau tahu sebenarnya
Engkau hanyalah hamba paling dhaif
Engkau hamba pada tuan segala tuan
Sewajarnya sifat hamba itu mentaati
Menurut titah tanpa betah tiada bantah
Tapi… bagaimanalah engkau ini oh diri
Acapkali engkau berperan bagai tuan
Lalu layakkah engkau dipanggil hamba???

Oh diri! tidakkah engkau tahu rasa malu
Saat engkau tak berdaya
Pada-Nya engkau merayu simpati
Kala engkau dililiti kesempitan
Engkau mohon suatu kesempatan dari-Nya
Waktu engkau dalam kegundahan
Engkau minta pada-Nya sekelumit ketenangan
Semasa engkau terasa kekosongan melanda jiwa
Engkau berdoa persis tanpa penghujungnya
Namun bila semua itu berakhir dan diakhiri
Engkau pula berpaling dari-Nya
Di manakah nilai malu engkau pada-Nya?
Sedangkan pandangan-Nya
tak pernah terlepas daripada engkau
Sedarkah engkau wahai diri….

Hai diri yang selalu alpa!
Buatlah sesuka hati semahunya
Tapi ingatlah! esok engkau pasti mati jua
Bersediakah engkau untuk dijemput pulang?
Tahukah engkau apa rasanya
saat nyawa keluar dari jasad?
Walhal nabi yang mulia itu pun mengerih
dalam kesakitan bercucuran keringatnya
Dipinta pada puterinya Fatimah Az-Zahrah sekendi air,
Buat membasah kegeringan tekak yang menahan suatu keperitan,
Ini pula engkau yang setiap detik bergelumang dengan najis noda,
Setiap hari catatan amalan engkau diakhiri dengan lumuran dosa
Lalu patutkah engkau merasa tidak akan melewati kesakitan maut itu,
Bayang-bayangkanlah selalu saat menghadapi kematian itu…
Mungkin masa itu engkau keseorangan….

Aduhai diri! Mahu atau tidak engkau pasti kembali pada-Nya
Setiap diri tetap jua menempuh satu hari bernama kematian
Tiada siapa yang pernah hidup
menongkat dunia selamanya
Sampai waktunya…
engkau akan ke perut bumi jua~ hai diri
Di sana gelap gelita
Di sana amat sempit
Di sana sunyi sepi
Gelap gelita jika engkau datang tanpa amalan
Amat sempit andai engkau bertamu tiada bekalan
Sunyi sepi kalau engkau sampai rohani tak berisi
Mungkinkah…
engkau akan merasai taman-taman Syurga?
Atau akan tersepit di kancah-kancah Neraka?

Duhai diri…. Bersedialah selalu….
Engkau pasti meninggalkan dunia yang fana ini
Percayalah… saat itu;
Batin dan naluri ayah ibumu pasti mejerit….
andai engakau suami,isterimu menjadi balu
anak-anakmu menjadi yatim piatu…
apa yang bertahta di hati terpaksa ditinggalkan
engkau akan terpisah dari segalanya….
Bersediakah engkau wahai diri menanti detik itu?
Apa yang engkau tinggalkan untuk mereka???

Aduhai diri… di sana nanti
Di kampung akhirat; negara abadi
Engkau kelak akan dipertontonkan
autobiografi hidupmu sepanjang usia di dunia
oh! Malunya saat itu nanti…
Apa yang tersembunyi akan terbongkar
yang tersembunyi di dalam dada digambarkan
Engkau tidak mampu lagi berpura-pura…
Segala sandiwaramu jelas kelihatan
Siapa lagi yang bisa engkau tipu tika itu?

Wahai diri yang sering alpa….
Alangkah malangnya nasib engkau
Bila engkau derhaka pada-Nya
Nanti engkau dipanggang dalam perut Jahannam
Tak siapa mengendahkan lolongan engkau itu
Api Jahannam itu wahai diri
Bukankah engkau amat tahu
Sengatannya saja pun tak tertanggung seisi alam
Ingat-ingatlah selalu….
engkau datang sendiri-sendiri
engkau kembali pada-Nya sendirian jua…
menangislah selalu nasib engkau belum tahu….

prolog:~

Hamba Memohon Perlindungan Kepada-Mu Ya ALLAH Daripada Bisikan Dan Hasutan Syaitan Yang Direjam.
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih


Ku persembahkan kepadamu “CAMBUK HATI”
Bagi yang rela dan redha untuk memukul hati yang degil dan keras
Bagi yang sudi susah sedikit sebelum menanggung sejuta sesalan tak bererti
Bagi yang sanggup menelan pahitnya penawar buat hati yang culas dan gering
Bagi yang inginkan penunjuk arah untuk keluar daripada kegelapan kejahilan
Bagi yang mahukan nasihat agama dan wasiat iman saat-saat diri kealpaan

Inilah “CAMBUK HATI”
Yang akan mengangkat darjat seorang hamba dengan sulaman qalam ILLAHI
Yang akan memuliakan insan dengan hiasan sunnah dan sabda Junjugan Mulia
Yang akan memanusiakan manusia dengan hikmat dan hikmah manusia pilihan
Yang akan menyelamatkan setiap diri dari penderitaan dunia dan azab akhirat

Inilah “CAMBUK HATI”
Sebagai tanda cinta kasih pada mereka yang redha bertuhankan ALLAH
Sebagai wasilah rindu pada mereka yang berbangga sebagai umat Muhammad
Sebagai bukti saling sayang menyayangi sesama manusia tanpa sempadan
Sebagai samudera penawar bagi hati yang terluka, kesepian dan kekosongan
Sebagai rimbunan teduhan kekecewan penenang jiwa dan kegalauan fikiran
Sebagai titisan embun suci yang memurnikan sentuhan sanubari kehambaan