HATI MEREKA GEMENTAR KHUATIR....

Al-'Arifbillah Hatim Al-Isham pernah ditanya
tentang solatnya. Dia menjawab, "Apabila waktu solat tiba, aku
berwudhu' dengan sempurna dan menghampiri tempat aku akan
mengerjakan solat. Aku pun duduk di sana hingga seluruh tubuhku
tertumpu. Kemudian aku pun bersolat dengan menjadikan Kaabah
seolah-olah di hadapanku, ash-shirath di bawah kakiku, syurga di
kananku, neraka di kiriku dan malaikat maut tepat di belakangku.

Aku menganggap solat ini sebagai solat terakhirku. Kemudian
aku mengerjakannya dalam nuansa antara raja' (harap) dan khauf
(cemas). Aku bertakbir sepenuh mungkin dan membaca lantunan
ayat Al-Quran dengan tartil (teratur dan tertib), kemudian aku
ruku' dengan tawadhu' dan bersujud dengan penuh khusyuk.

Selanjutnya aku duduk di atas kaki kiri dengan menjulurkan
telapaknya dan menegakkan telapak kaki kanan di atas ibu jari.
Aku pun mengakhiri solat tersebut dengan rasa ikhlas. Tetapi
aku tidak tahu apakah solat itu diterima atau tidak."

Mari kita baca setiap kalimat Imam Al-Hatim ini satu-persatu. Kemudian kita sama-sama berusaha segera mengerjakan solat seperti itu.

Setiap kali selepas berwudhuk, Sayyidina Ali bin Abi Thalib
k.r.w. akan gementar. Ketika ditanya mengenainya, beliau
menjawab,“Sekarang aku sedang memikul amanah yang pernah diberikan kepada langit dan bumi serta gunung tapi mereka semua menolaknya. Namun, aku kemudian maju dan bersedia menerima amanah tersebut.”

Begitu juga dengan Sayyidina Al-Hasan, putera Sayyidina Ali.
Selepas berwudhu’ biasanya beliau akan gementar, ketakutan,
menghiba dan air mukanya berubah. Ketika ditanya, beliau
menjawab, “Tahukah kalian, di hadapan siapa aku berdiri?”
Sungguh, tidak salah jika seorang anak menyerupai ayahnya!
Demikianlah peribadi agung persis datuknya, Rasulullah s.a.w.

INIKAH TAMSILAN DIRI KITA....?

ALLAH SWT dalam kitab-Nya Al Quran banyak
menggunakan perumpamaan atau perbandingan bagi
memudahkan kita memahami tentang sesuatu ilmu atau
suatu perkara yang hendak diajar-Nya pada kita. Sebab
dengan membandingkan atau mengumpamakan apa yang
baru atau asing bagi kita dengan sesuatu yang telah jadi
pengalamanharianitu,akanmemudahkanlagikitanampak
apa yang dimaksudkan. Contohnya bila Allah berkata:

Perumpamaan, orang-orang yang
mengambil perlindungan selain dari Allah adalah seperti
labah-labah yang membuat rumah. Dan sesungguhnya
rumah yang paling lemah ialah rumah labah-labah, kalau
mereka mengetahui.
(Al Ankabut : 41)

Maka segeralah tergambar oleh kita bahawa orang yang
tidak bergantung pada Allah, tapi menaruh harapan pada
selain-Nya, samalah seperti labah-labah yang berganhmg
pada rumahnya. Rumah itu bukan saja tidak boleh
menyelamatkan bahkan merbahaya baginya. Begitulah
manusia yang menyandar hidup pada selain Allah. Ertinya
meletak diri pada keadaan yang bahaya. Dengan perumpamaan
itu orang segera nampak apa yang Dia
maksudkan sebenarnya.

Banyak lagi tamsil ibarat yang Allah pilih untuk
dikekalkan dalam kitab-Nya yang mulia. Yang semuanya
sungguh tepat dan penuh makna, berguna untuk menyedar
dan mengingatkan manusia. Jadi nyatalah bahawa salah
satu kaedah pembelajaran dan pendidikan yang baik ialah
dengan membanyakkan perumpamaan-perumpamaan dan
perbandingan-perbandingan (tamsil) ketika menerangkan
sesuatu konsep ilmu pengetahuan. Lebih-lebih lagi ilmu
itu baru dan asing dari kehidupan, maka lebii utamalah
kalau didatangkan satu hal yang biasa berlaku untuk dijadikan
perbandingan yang tepat dan bennakna. Tapi ini
bukanmudah, iamemerlukan daya fikirdan daya imiginasi
yang pintar dan cepat. Kalau tidak, maka susah jugalah
seseorang untuk melakukannya.

Di sini saya cuba untuk memberi beberapa misalan
tentang apa yang saya maksudkan di samping cuba memahamkan
anda sesuatu yang mungkin asing bagi anda.


A. Bandingan orang yang mencampur-adukkan perintah Allah dengan larangan-Nya.

Bandingan seseorang yang mencampur-adukkan
perintah Allah dengan larangan-Nya ialah seperti seorang
pesakit yang makan ubat tapi makan juga pantang-larangnya.
Al hasil sakit tidak juga baik.

Ertinya orang yang melaksanakan perintah-perintah
Allah seperti sembahyang, puasa, zakat, haji, berkorban,
berjuang dan lain-lain. Kemudian dibuat juga larangan
Allah seperti makan riba atau membantu sistem riba, judi,
bergaul bebas tanpa batas lelaki perempuan, dedah aurat,
mengata, hasad dengki, riak, ujub, bakhil, tamak, pemarah,
ingin pangkat, mendirikan sistem pendidikan sekular dan
lain-lain lagi, maka dia sebenamya tidak akan mendapat
apa-apa di akhirat nanti. Samalah keadaarmya dengan
seorang yang sedang terlantar kerana sakit kencing manis
misalnya.

Bila doktor bagi ubat, diamakan tanpamenolak satupun.
Kemudian datang tukang bawa makanan, diarnbilnya
makanan-makanan yang dilarang makan oleh doktor.
Teringin, katanya. Apakahhasilnya? Kalaupatut diadirawat
cuma dua bulan di hospital, mungkin akan jadi lima bulan.
Mungkin juga dia akan menderita sakit selama-lamanya.
Tidak mungkin berlaku ubat yang disertai oleh pantanglarangnya
itu dapat membawa kebaikan atau kesihatan
pada orang itu. Janganlah dibandingkan perkara ini dengan
berkata, “Minyak dan air tidak mungkin bercampur.”

Itu bandingan yang tidak tepat. Sebab nilai kebaikan
dan kejahatan tidak boleh disamakan dengan minyak dan
air sebab kebaikan dan kejahatan adalah dua perkara yang
bertentangan sedangkan minyak dan air sama-sama membawa
kebaikan pada manusia. Seorang yang ada air dan
ada minyak adalah orang yang memiliki bahan-bahan
yang berguna tetapi seseorang yang baik, tapi buat juga
jahat boleh membuatkan orang tidak percaya padanya. 
Ya,satu segi dia banyak kawan, orang baik pun kawan dia.
orang jahat pun terima dia, tapi hakikatnya dia akan keseorangan.
Orang baik pun tidak ambil dia masuk group
mereka, sebab dia tidak baik betul. Dan orang jahat pun
tidak ajak ‘joint’ dengan mereka, sebab dia tidaklah jahat
betul. Jadi, akhimya keseoranganlah dia di atas pagar. Bila ,
orang jahat dan orang baik bertembung untuk mempertahankan
cita-cita perjuangan mereka, maka si dia di atas
pagar perhati saja, mana kuat dan nampak-nampak hendak
menang dia akan lompat ke sana.

Orang begini adalah golongan hipokrit atau munafik
yang tempatnya ialah di dasar neraka. Jadi janganlah lagi
kita bangga kerana dapat buat baikdan buat jahat sekali (all
rounder). Tetapi buatlah kebaikan kerana Allah, dan
tinggalkanlah kejahatan kerana Allah. Dan janganlah mencari
kepentingan-kepentingan lain di sebalik tindak-tanduk kita.

BERSAMBUNG....

MENCIUM HARUM BAU SYURGA DALAM PERNIKAHAN....


Aku cuba cermati tentang pernikahan. Apa maknanya? Apa pula pentingnya? Ketika ku buka dan ku baca Al-Quran, aku cuba memahaminya dari firman Allah,
“Dan nikahkanlah orang-orang yang bersendiri di antara kamu dan orang-orang yang layak bernikah dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki mahupun perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya…”
Lalu aku teringat akan sabda Rasululah s.a.w:
“Empat dari sunnah semua rasul adalah malu, wangi-wangian, siwak dan nikah.” - (Hadith riwayat At-Tirmidzi).
“Telah datang tiga orang ke rumah isteri Nabi dan bertanya tentang ibadah Nabi. Selepas mengetahuinya, mereka berkata, ‘Kalau begitu saya akan solat malam selamanya.’ Seorang lagi berkata, ‘Saya akan berpuasa selamanya dan tidak berbuka.’ Sementara yang lain berkata, ‘Saya akan menjauhi perempuan dan tidak akan bernikah.’ Lalu Rasulullah kepada mereka dan bersabda,  
‘Kalian berkata demikian? Wallahi, sesungguhnya aku orang yang paling takut dan paling bertaqwa kepada Allah tetapi aku solat dan juga tidur, aku berpuasa dan berbuka dan aku menikahi perempuan, maka sesiapa  yang membenci sunnahku, ia bukan dari golonganku.” - (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
            Sejenak ku ingin merenung dan menghayati makna hadis di atas. Adalah Sesungguhnya, salah satu rahmat Allah kepada manusia ialah apabila Dia tidak melarang kita bernikah. Malah menganjurkan kita melangsungkan pernikahan demi menjaga diri dari jerat-jerat syaitan dan melindungi dari terjatuh ke dalam lumpur kemaksiatan. Allahu Akhbar!
Pernikahan mengandungi hikmah dan makna yang dalam. Salah satunya ialah memenuhi tuntutan syahwat kerana syahwat dan keinginan bernikah adalah naluri dalam diri manusia. Hanya kadar kekuatannya saja yang berbeza antara seorang dengan seorang yang lain. Subhanallah!
            Oleh kerana itulah Rasulullah menekankan kembali sabdanya,
“Wahai para pemuda! Sesiapa yang telah mampu bernikah, hendaklah menikah kerana ia lebih mampu menahan pandangan dan membentengi kemaluan. Sesiapa yang tidak mampu, berpuasalah…” - (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

KESEMPATAN YANG TAKKAN TERGANTI.....

Terimalah sebuah hadiah yang tiada duanya ini. Ini adalah
kesempatan yang tiada pengganti kerana kita tidak tahu bilakah
Allah akan menyeru kita untuk menghadapnya.

Ketika Rasulullah s.a.w sedang duduk di masjid, seorang
lelaki masuk dan mengucapkan salam lalu melakukan solat. Setelah
selesai, dia pun menghampiri baginda namun baginda bersabda;
 
"Tunaikanlah solatmu semula kerana engkau masih belum
menunaikannya."

Lelaki itu pun solat sekali lagi dan kembali kepada setelah
solatnya selesai. Baginda bersabda lagi dengan kata-kata yang sama
dan lelaki itu mengulang semula solatnya. Selepas itu beliau kembali
kepada baginda. Namun baginda tetap bersabda;

"Tunaikanlahsolatmu semula kerana engkau masih belum menunaikannya."
 
Akhirnya lelaki itu berkata; "Demi Allah yang mengutusmu
dengan kebenaran, saya tidak dapat mengerjakan yang lebih baik
dari ini. Ajarlah saya, wahai Rasulullah!"

Baginda pun bersabda; 
"Mulakanlah solatmu dengan takbir, lalu bacalah beberapa potong ayat Al-Quran yang mudah. Kemudian ruku'lah dengan betul dan muthmainnah (tenang), lalu
i'tidal hingga engkau betul-betul berdiri. Selepas itu bersujudlah
dengan betul dan duduk hingga kamu betul-betul duduk dengan
tenang. Kemudian sujudlah semula hingga kamu betul-betul
sujud dengan tenang. Biasakan gerakan-gerakan ini dalam setiap
(rakaat) solatmu!"
(Hadis riwayat Al-Bukhari).
 
Apakah kita dapat merasakan nilai hadiah ini? Rasulullah s.a.w
mengajarkan bagaimana seharusnya kita mengerjakan solat!
Sama-sama kita mempraktikkannya sebelum terlewat. Selalu
menjaga thama’ninah (ketenangan) dalam solat!

saat mengenangmu MU'ADZ ibn JABAL....

Dari Ibnu Abbas RadhiyALLAHu anhuma, ia berkata, ketika Nabi ShallALLAHu ‘ Alaihi wa Sallam mengutus Mu’adz ke Yaman, ia berkata, “ Sesungguhnya engkau akan datang kepada kaum ahlul kitab. Pertama kali yang harus engkau serukan kepada mereka adalah kesaksian bahawa tidak ada ilah selain ALLAH and bahawa aku adalah utusan ALLAH. Bila mereka menaatimu untuk bersaksi maka katakan kepada mereka bahawa ALLAH telah mewajibkan kepada mereka solat lima waktu dalam sehari semalam. Bila mereka menaatimu maka katakan kepada mereka bahawa ALLAH telah mewajibkan kepada mereka sedeqah yang diambilkan dari orang-orang yang kaya di antara mereka untuk diberikan kepada yang fakir di antara mereka. Awas jauhilah olehmu harta yang paling mahal dan paling pilihan milik mereka , dan jauhilah doa orang yang teraniaya kerana antara doa itu dan ALLAH tidak terdapat penutup.”
Hadits ini diriwayatkan oleh Al Bukhari, Muslim, Abu Daud dan An Nasai. Dan jamaah sepakat untuk mentakhrij hadits ini dari berbagai jalan namun lafaz yang mereka kemukakan berbeda.

Yang meriwayakan hadits ini adalah pemuka ulama dan pemimpin mereka menuju surga.

Secara jujur hadits ini merupakan riwayat aqran atau riwayat dari sahabat yang satu ke sahabat yang lain. Untuk tema ini ada pembahasannya secara tersendiri.

Hadits ini juga diriwayatkan dari satu orang’alim ke ‘alim yang lain. Ibnu Abbas RadhiyyALLAHu anhuma adalah seorang penerjemah Al Quran dan tokoh umat, yang meriwayatkan cerita tentang Mu’adz RadhiyALLAHu anhu.

Ada beberapa hal yang perlu didalami dari hadits ini:
Hal pertama, biografi Muadz RadhiyALLAHu anhu. Nama lengkapnya adalah Mu’adz bin Jabal Al Anshari, yang masuk Islam pada saat usianya baru tiga belas tahun. Ia mencintai agama ini dengan sepenuh hatinya. Ia sangat antusias dengan Islam.

Tubuhnya tinggi, besar, wajahnya maskulin, selalu menebar senyum, murah tertawa, hatinya baik, dan tangannya tidak pernah memegang suatu barang milik pun kerana sifat dermawannya.

Menurut Ka’b bin Malik ia adalah orang Anshar yang paling baik hati setelah Sa’d bin Ubadah. Tangannya tidak pernah memegang sesuatu untuk jadi miliknya, kecuali ia akan mendermakannya.

Meski fakir ia merupakan orang yang paling baik sampai-sampai ia rela menjual semua rumah dan harta miliknya untuk menjamu tamu. Ia selalu datang ke rumah dua atau tiga orang dan mengunjungi lapan orang yang merupakan tamu Rasulullah ShallALLAHu ‘ Alaihi wa Sallam. Akhirnya hutangnya menumpuk. Ketika tukang tagih hutang datang kepada Rasulullah dan mengadukan tentang Mu’adz. Mereka meminta Rasulullah untuk menagihkan hutang mereka. Ketika Rasulullah melihat naga-naga permasalahannya akan menjadi panjang dan bahawa harta orang-orang akan sia-sia, dan bahawa harta yang ditinggalkan  Mu’adz tidak bisa menutup hutangnya maka Rasulullah menyita hartanya. Rasulullah mengumumkan kepada masyarakat bahawa harta Mu’adz telah tersita dan berada di bawah pengelolaan Rasulullah. Kemudian Rasulullah mengutusnya ke Yaman untuk sebuah tujuan yang insya’ALLAH akan dijelaskan kemudian.

Mu’adz lebih banyak meriwayatkan hadits-hadits yang berkaitan dengan akidah. Sebagaimana termaktub dalam Ash Shahihain di mana ia mengatakan, “ Aku pernah duduk di belakang Rasulullah di atas seekor keledai. Rasulullah ShallALLAHu ‘ Alaihi wa Sallam berkata kepadaku, ‘ Wahai Mu’adz , tahukah engkau apa hak ALLAH atas hamba?’ Jawabku, ‘ ALLAH dan Rasul-Nya lebih mengetahui.’

‘ Hak ALLAH atas hamba adalah mereka harus beribadah kepada-Nya dan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu.’ Kemudian ia berjalan dan sebentar kemudian ia bertanya lagi, ‘ Tahukah engkau, wahai Mu’adz, apa hak hamba atas ALLAH?’
Jawabku, ‘ ALLAH dan Rasul-Nya lebih mengetahui.’
‘ Hak hamba atas ALLAH adalah bila mereka telah menjalankan itu semua maka ALLAH tidak boleh mengazab mereka’.”

Ia banyak meriwayatkan hadits-hadits yang berkisar tentang masalah aqidah dan ibadah. Rasulullah pernah mengangkatnya menjadi wakilnya untuk wilayah Mekah pada saat usianya baru dua puluh tahun. Kemudian mengutusnya ke Yaman untuk misi mulia dan tugas dari Rasulullah.

Menurut kalangan ahlul ilmi, Rasulullah mengutsunya kerana berdasarkan perintah ALLAH. Dalam banyak atsar tampak bahawa ALLAH menutunkan wahyu kepada Rasulullah untuk mengutus salah seorang dari sahabatnya ke Yaman. Ketika itu Rasulullah kebingungan siapa yang harus diutus. Maka turunlah Jibril seraya berkata, “ Sesungguhnya ALLAH membacakan salam kepadamu.” Jibril juga mengatakan, “ Utuslah Mu’adz bin Jabal.”

Di samping kedermawanan dan kebaikan hatinya di sisi lain ia juga memiliki perasaan yang cukup tajam. Itulah sebabnya Rasulullah pernah memanggilnya untuk lebih memperbaiki akhlaknya. Setelah menuruti nasihat Rasulullah ini maka ia menjelma menjadi lelaki yang selalu ceria dan selalu menebar senyum.

Adz Dzahabi mengatakan dengan isnad-isnad yang shahih bahawa ketika Rasulullah hendak mengutus Mu’adz ke Yaman beliau datang sendiri menemui Mu’adz untuk memberikan beberapa pesan. “ Semoga ALLAH menjagamu, wahai Mu’adz, dari depan dan dari belakangmu. Dan semoga ALLAH melepaskan syetan yang berbentuk manusia dan jin dari dirimu.”

“ Bila saja engkau, Mu’adz, tidak akan melihatku lagi setelah hari ini.” Serentak ia mendakap Rasulullah dan menangis.
“ Jangan menangis kerana tangisan itu merupakan bagian dari syetan.”
Rasulullah kemudian berpaling ke arahnya seraya berkata, “ Takutlah kepada ALLAH di mana saja engkau berada. Sertailah amal perbuatannya yang keji itu dengan amal kebaikan yang akan menghapusnya. Dan bersikaplah baik kepada orang.”

Mu’adz pun langsung pergi ke Yaman. Dan benar, sesampainya di Yamani a mendapati wilayah Yaman sangat tandus dan terletak di pesisir pantai. Ia diterima oleh masyarakat di sana. Ia datang dengan hanya berbekal busur dan tombak. Pada waktu itu ia masih sangat muda. Ia mengabarkan kepada mereka tentang misi Rasulullah yang harus ia sampaikan di wilayah Yaman.

BERSAMBUNG…..

ada yang berpaling selain-NYA

Paduka Baginda Rasulullah ShallALLAHu Alaihi wa Sallam diutus pada saat orang Arab tidak mengerti sedikit pun tentang ALLAH, tidak mengerti tentang alam, tidak mengerti sedikit pun tentang kehidupan, tidak mengerti sedikit pun tentang keimanan, dan tidak mengerti sedikit pun tentang hari akhir. 

ALLAH Subhanahu wa Ta’ala berfirman ,
“ Dialah yang mengutus kepada kaum yang buta huruf seorang Rasul di antara mereka, yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, mensucikan mereka dan mengajarkan kepada mereka Kitab dan hikmah. Dan sesungguhnya mereka sebelumnya benar-benar dalam kesesatan yang nyata.”
( QS. Al-Jumu’ah : 12)

Sebelum Islam, orang Arab selalu berkhianat, selalu menipu, menyembah berhala, mengelilingi patung. Namun begitu, dalam jiwa mereka terdapat sifat-sifat kearaban yang positif. Anda dapat membayangkan bagaimana orang Arab itu sebelum perutusan Muhamamad, bagaimana akalnya, bagaimana tubuhnya, bagaimana darahnya, bagaimana cara berfikirnya, bagaiman nalurinya, bagaimana cara pandangnya terhadap segala sesuatu. ia mengumpulkan kurma ditampung tangannya dan menyembahnya. Dan ketika lapar ia pun memakannya. 

Ketika suatu hari datang hendak menyembah berhala, ia melihat seekor pelanduk kencing di atas berhala. Dengan menutup hidung kerana jijik, ia menyembah berhala dan berkata di dalam hati, “Adakah Rabb, dikencingi rubah kepalanya. Akan gagal orang yang dikencingi pelanduk”

Rasulullah diutus untuk mengajarkan kepada kita siapa itu ALLAH.?

ALLAH adalah zat yang telah menciptakan langit dan bumi. Tapi kenapa harus Dia yang berhak untuk disembah, kenapa tidak sesembahan lain? Bagaimana kita masuk syurga? Dan bagaimana kita menjauhi neraka? 

Rasulullah kemudian memberitahukan kepada kita bahawa yang menciptakan semua ini adalah ALLAH, bahawa yang memberi rezeki adalah ALLAH, bahawa Ia satu-satunya yang berhak disembah, dan bahawa hamba tidak boleh menyekutukan ALLAH dengan sesembahan lain. Rasulullah juga mengabarkan kepada kita bahawa dirinya adalah manusia biasa seperti halnya kita, hanya saja ia bertugas menyampaikan dakwah. Ia tidak memiliki daya kuasa untuk memberikan mudarat maupun manfaat, tidak berwenang (berkuasa/berkemampuan) memberikan kematian, kehidupan dan kebangkitan, tidak berkuasa menyembuhkan dan tidak berwenang menyihatkan, tidak berwenang menghidupkan , dan tidak berwenang memberi rezeki, kecuali ALLAH Subhanahu wa Ta’ala. Rasulullah diutus dengan misi : tiada ilah selain ALLAH dan Muhammad adalah utusan ALLAH.

Tiada ilah selain ALLAH ertinya , tidak ada sesembahan kecuali ALLAH, tidak ada sesembahan yang benar kecuali ALLAH. Barangsiapa yang mengira, berkeyakinan atau memberikan hak ibadah yang merupakan kewenangan mutlak ALLAH itu kepada selain ALLAH, maka ia berhak mendapatkan laknat dari ALLAH, para malaikat dan seluruh umat manusia. ALLAH tidak akan menerima tindakannya itu, tidak akan menerima kebijakannya itu dan tidak akan menerima ucapannya. ALLAH tidak akan melihatnya dan tidak akan menyucikannya. Ia berhak mendapatkan azab yang pedih. Ertinya pula, tidak ada yang berhak disembah kecuali ALLAH. 

Secara tradisi orang kafir Arab beriman kepada Rabb yang maha suci ini sebagai zat yang menciptakan alam dan memberikan rezeki. Hanya saja mereka menjadikan ilah lain selain ALLAH. Kepada ilah-ilah yang berupa berhala dan patung itulah mereka mengarahkan ibadah-ibadah mereka. Kemudian datanglah Rasulullah untuk menanamkan bahawa tidak ada ilah selain ALLAH, bahawa tidak ada tang berhak disembah selain ALLAH, bahawa tidak ada yang berhak dimintai selain ALLAH, bahawa tidak ada yang berhak dimintai pertolongan selain kepada ALLAH, bahawa tidak ada yang berhak diharapkan selain ALLAH, bahawa tidak ada yang berhak ditakuti selain ALLAH, bahawa tidak ada yang harus disegani kecuali apa yang ada di sisi ALLAH, dan bahawa tidak ada yang harus ditakuti kecuali yang ada di sisi ALLAH.

Sampai Rasulullah berkata kepada orang-orang kafir Quraisy, “ Aku hanya ingin mengatakan satu kata saja.”
Abu Jahal menyampuk “ Dan pamanmu ini ingin mengatakan sepuluh kata.”

Jawab Rasulullah, “ Katakan, tidak ada ilah selain ALLAH.” Abu Jahal terus mencelah, “ Ini yang tidak akan diterima.”

“ Mengapa ia menjadikan tuhan-tuhan itu Tuhan Yang Satu saja? Sesungguhnya ini benar-benar suatu hal yang sangat meng-herankan.” 
( Qs. Shad: 5)

Tapi mereka tidak mahu menerima, malah berpaling dan menolak untuk tunduk kepada seruannya.

AGAMA ITU MENDEKATI...


Segala puji bagi ALLAH, yang kita puji, yang kita minta pertolongan dan ampunan kepada-Nya. Kita meminta perlindungan kepada ALLAH dari segala keburukan jiwa kita, dari kejelekan amal perbuatan kita kerana siapa pun yang diberi petunjuk oleh ALLAH maka tak seorang pun dapat menyesatkannya dan orang yang disesatkan oleh ALLAH maka tak seorang pun dapat memberinya petunjuk. Aku bersaksi bahawa tidak ada ilah selain ALLAH dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hamba dan utusan-Nya. ALLAH berselawat dan bersalam kepadanya, kepada keluarga dan para sahabatnya.

Ya Allah, Rabb Jibril, Mikail dan Israfil. Pencipta langit dan bumi, yang mengetahui yang ghaib dan yang tampak, Engkau menghukum di antara hamba-hamba-Mu dalam hal-hal yang mereka perselisihkan. Tunjukilah kami kebenaran yang menjadi bahan perdebatan dengan seijin-Mu. Sesungguhnya Engkau memberi petunjuk kepda siapa saja yang Engkau kehendaki menuju jalan yang lurus.”

Saudara-saudaraku perlu tahu - yang semoga ALLAH memberikan ampunan kepadaku dan kepada kalian- bahawa Risalah ini memang sangat singkat, sederhana dan memudahkan pemahaman terhadap Islam, sebagai agama yang dibawa oleh Muhammad. Kerana di antara rahsia paling agung dari risalah Muhammad adalah kesederhanaan, kemudahan  dan memudahkan.
Firman Allah,
“ Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan Al Quran untuk pelajaran, maka adakah orang yang mengambil pelajaran?” 
 ( QS. Al-Qamar : 17)

Keistimewaan agama Islam adalah bahwa siapa pun dapat memahaminya, mulai dari orang tua yang sudah renta sekali, orang yang buta huruf, anak-anak, sampai orang pedalaman. ALLAH sebagai agama yang universal bagi seluruh umat manusia. Dan itu ertinya bagi orang yang menyerukan dakwah kepada  ALLAH  adalah keharusan untuk menampilkan dan menguraikan kepada umat manusia dengan cara yang mudah, jelas dan pendekatan yang senang diingati. Kerana bisa jadi agama ini masuk ke dalam lingkungan metropolis maupun lingkungan yang tertinggal, dan dapat diterima dengan penuh kesedaran. Seandainya kita menawarkan Islam sebagai sesuatu yang mudah dan memudahkan sebagaimana yang ditawarkan oleh Rasulullah nescaya akan lebih baik.

Pernah seorang budak kecil perempuan datang kepada Rasulullah. Kepada budak tersebut Rasulullah berkata, “ Di mana Allah?” Budak itu menunjuk ke arah langit. Rasulullah kemudian bertanya lagi, “ Siapa aku?” Budak itu menjawab, “ Engkau adalah  Rasulullah.”  Serta merta Rasulullah berkata kepada tuan budak perempuan itu, “ Bebaskanlah ia kerana ia adalah seorang yang mukminah.”

Ada seorang A’rabi bertanya kepadanya tentang siapa yang mengangkat langit dan yang membentangkan bumi, serta yang menegakkan gunung. Maka ketika Rasulullah memberitahukannya maka A’rabi tersebut langsung beriman dan masuk surga.

Tapi ada seorang A’rabi lain yang datang dari padang pasir dan menambatkan ontanya di pintu masjid lalu bertanya kepada Rasulullah tentang agama.

Kata orang tersebut itu, “ Wahai Rasulullah , untuk siapa engkau berseru?” Jawab Rasulullah, “ Aku berseru kepada Allah satu-satunya yang bila engkau ditimpa mudarat lalu engkau berdoa kepada-Nya maka lalu akan membukakan mudarat itu darimu, yang bila engkau tersesat di suatu tempat yang tandus lalu engkau berdoa kepada-Nya maka Ia akan mengembalikanmu, dan yang bila engkau ditimpa kemarau panjang maka berdoalah kepada-Nya nescaya musim itu akan dikembalikan kepadamu.”

DIA PANCARAN CAHAYA ILAHI

“ Paduka Rasul Muhammad adalah sosok besar yang jika kau pandang dari mana pun maka kau lihat ia di atas umat manusia laksana matahari di ufuk cakrawala tertinggi yang bersinar di waktu Dhuha”

Sebagaimana matahari yang terbit, memancarkan sinar-sinarnya dan mengalirkan sumber cahaya yang disebut siang, Nabi S.A.W pun lahir dan mewujudkna sumber cahaya yang disebut agama di tengah-tengah manusia. Tiadalah siang kecuali kesadaran hidup yang mewujudkan karya-karyanya , dan tiadalah agama kecuali kesedaran diri yang merealisasikan keutamaan-keutamaannya.

Matahari diciptakan Allah S.W.T dengan membawa karakter bersinar dalam kerjanya mengubah materi , sedangkan Nabi S.A.W diutus Allah S.W.T dengan membawa karakter yang sama dalam kerjanya mengangkat dan meluhurkannya.

Sensasi sinar matahari merupakan kisah hidayah (petunjuk) bagi semesta raya dalam wicara cahaya, sementara sinar-sinar wahyu dalam diri Nabi S.A.W merupakan kisah hidayah ( petunjuk) bagi manusia semesta dalam cahaya wicara.

Agen Ilahiah yang agung berkerja dalam sistem diri dan bumi dengan dua perangkat yang hampir sama : Benda-benda bercahaya berupa matahari dan bintang-bintang, dan benda-benda berakal berupa para nabi dan rasul.

Nabi S.A.W bukanlah tokoh besar manusia yang sejarahnya dibaca dengan pemikiran yang disertai logika kemudian skeptisme, kemudian dikaji berdasarkan prinsip-prinsip karakter manusia pada ummnya. Akan tetapi, beliau adalah manusia bening yang dibaca dengan “teleskop” ketelitian yang disertai dengan ilmu dan iman, kemudian dikaji berdasarkan prinsip-prinsip karakteristik kebercahayanya yang khas.

Kehidupan memang yang membangun disiplin ilmu sejarah, namun dalam metodologi pengkajian sejarah para nabi sejarahlah yang membangun ilmu kehidupan. Sebab nabi adalah pancaran cahaya ilahiah pada umat manusia ( humanisme) yang membimbingnya ke dalam lintasan moralitasnya dan menariknya ke dalam kesempurnaan ( tatanan) yang merupakan copy hukum gravitasi dalam tata surya.

Nabi S.A.W datang dengan membawa hakikat Ilahian yang dikemas dengan retorika semi yang retorik ( al-fann al-bayani) agar lebih impresif, lebih mdah difahami dan lebih me-narik ( amazing), tak ada sedikitpun yang menyalahi estetika rasa ( alhiss). Dan ini merupakan metodologi (usluh) yang membuat manusia menjadi seni segenap manusia, sebagaimana balaghah yang menjadi seni bahasa secara keseluruhan. Nabi hadir sebagai sosok penerang di saat manusia terombang-ambing dalam kehidupan tanpa tahu ke mana mereka menuju dan bagaimana mereka melangkah. Jutaan manusia terombang-ambing kebingungan dalam lumpur ambisi yang mencentang-perentangkan mereka dan menghempaskan mereka, kemudian diciptakan seorang manusia untuk menjadi penjelas atas apa yang telah laud an apa yang tengah dan akan terjadi. Dengan kehadiran sang nabi, hakikat-hakikat keluhuran  ( al-adab al-aliyah) yang menjadi kompas dan lintasan hidup manusia pun terpapar secara demonstratif dalam diri seorang manusia yang beraktivitas dan terlihat nyata laiknya khalayak manusia, sehingga menjadi lebih mengena daripada jika hakikat-hakikat tersebut dikemas dalam bentuk narasi kisah seorang penutur.

Kesaksian atas kenabian tidak lain merupakan bentuk kesaksian bahawa diri nabi lebih segala-galanya daripada diri kaumnya sebagai sebuah karakter tunggal yang hanya dimiliki oleh dirinya, seolah-olah beliau adalah “posisi diri” yang tepat yang sengaja dibangun untuk meluruskan kekeliruan posisi umat manusia di alam materi dan persaingan bertahan hidup, dan seolah-olah hakikat luhur yang termanifestasikan dalam diri sang nabi ini menyerukan kepada seluruh umat manusia : Terimalah prinsip ini dan luruskanlah kekeliruan dan penyimpangan hidup kalian.

Dari sini dapat disimpulkan bahawa nabi seluruh umat manusia ( nabi al-basyariyyah) adalah orang yang diutus dengan risalah agama yang berisi daftar kerja yang sangat elaboratif bagi diri dan memenuhi kemaslahatan diri. Ia memberikan “nalar praksis” ( al-aql al-amah) yang baku dan permanen, namun terus berubah-ubah dan aktif memperbarui diri bagi kehidupan di setiap masa sebagai motor pengatur keadaan diri agar tetap berada dalam kondisi prima (mizah) dan penuh wawasan ( bashirah), dan sebagai motr pengatur kondisi alam agar tetap berjalan di atas garis lintasan dan petunjuk. Inilah substansi Islam dalam pengertian terspesifiknya yang tidak dimiliki oleh agama lain dan tidak mampu dipenuhi oleh sastra, ilmu maupun filsafat mana pun, seolah-olah ia merupakan sumber cahaya di bumi sebagaimana halnya matahari yang menjadi sumber cahaya di langit.

Semua ini termanifestasikan dalam diri Muhammad S.A.W yang secara keseluruhan merupakan diri yang paling top dan tidak ada seorang pun yang lebih sempurna daripada diri beliau di muka bumi ini. Meskipun seandainya seluruh keutamaan kaum cerdik cendekia, filsuf dan orang –orang yang didewa-dewakan di muka bumi digabungkan menjadi satu di dalam satu paket , ia tetap tidak bisa menandingi kesempurnaan diri Nabi Muhammad S.A.W. seolah-olah diri beliau seperti mutiara yang dikeluarkan dari dalam rumah kerangnya, atau seperti intan yang dikeluarkan dari tempat penambangannya, atau seperti emas yang dikeluarkan dari dalam sumbernya. Ia adalah sosok besar yang jika kau pandang dari mana pun, maka akan kau lihat ia di atas umat manusia laksana matahari di ufuk cakrawala tertinggi yang bersinar di waktu Dhuha.

Itulah prototype sang Nabi Muhammad S.A.W sebagai penutup para nabi dan prototype agamanya sebagai agama umat manusia yang terakhir. Sehingga dapat dikatakan bahawa agama ini secara keseluruhan tidak lain dan tidak bukan adalah citra diri yang agung tersebut, dan  dengan demikian harus diukur dengan parameter hak kemanusiaan yang baku, bukan dengan parameter manusia yang berubah-ubah yang kerana sebab tertentu seperti gunung batu yang menjulang tinggi dan kerana sebab lain seperti air tawar yang mengalir lembut.

(matan buku : AIR MATA NABI - coming soon)

AKUKAH MUSUH MUKMIN ITU? (matan)


Pejuang-pejuang Islam khususnya yang sering rindu untuk melihat negara ini dan dunia ini indah dihiasi dengan kalimah-kalimah Allah.Ingatlah! Pesanan dari Sayidina Umar:
‘Aku lebih takut pada dosa-dosa kamu daripada
musuh-musuhmu, kerana bila kamu berdosa
Allah tidak akan menolong kamu lagi!
 Maka terbiarlah kamu pada musuh-musuhmu.”

Ketahuilah, kita tidak akan dapat melepaskan diri dari
musuh hanya dengan cara menyalah-nyalahkannya.

Aku datang lagi menemui anda. Janganlah saudara terperanjat dan jemu. Memang tabiatku mengulangi ziarah kepada orang-orang yang suka padaku atau pada yang simpati denganku atau paling tidak, yang sudi senyum padaku sekalipun senyum-senyum kambing.

Catatan  kali ini khusus untuk membawa para pejuang Islam berhadapan dengan musuh-musuh Islam, musuh-musuh Allah dan Rasul. Aku mahu para pecinta Islam semuanya supaya awas! Waspada! Dan berhati-hati terhadap musuh. Sebab licinnya musuh bagaikan . belut, garangnya bagaikan singa, bijaknya bagai kancil, hatinyan seperti harimau mengendap dan sensitifnya umpama lintah dan pacat.

Kalau pejuang Islam tidak boleh jadi umpama raja belut atau bapak singa atau ketua sang kancil atau Perdana Menteri harimau dan ibu lintah atau ibu pacat, bagaimana boleh kita
menang terhadap musuh-musuh kita itu?

Mana ada satu agama atau ideologi di dunia ini yang mengajar pada penganutnya tentang musuh-musuh mereka serta cara-cara menghadapi musuh-musuh itu secara serius dan begitu terang? Tapi perkara itu ada dalam Islam. Allah S.W.T, kerana sayangnya pada hamba-Nya telah menyempumakan Islam dengan menyatakan pada penganutnya siapa musuh Islam serta apa caranya menghadapi musuh itu. Itulah rahmat dan bukti kasih sayang Allah pada orang mukmin. Sebab bila kita tahu siapa musuh kita dantahu pula cara menghadapinya bererti separuh dan kemenangan sudah berada dalam tangan kita. Dan ini tidak berlaku pada orang-orang yang tidak kenal musuh atau kalau kenal pun tak tahu cara untuk menghadapinya.

Cuma sayangnya pejuang- pejuang Islam atau jemaah Islam hari ini nampaknya merupakan orang-orang yang tidak kenal musuh-musuh Allah itu atau kalau pun kenal tapi tidak tahu bagaimana hendak menghadapi musuh-musuh Allah dan Rasul itu. Hingga kerana itu mereka sentiasa dipermain-mainkan oleh musuh, samada mereka sedar atau tidak. Kalaulah keadaan ini dibiarkan berterusan nescaya perjuangan kita tidak akan sampai pada matlamamya. Hal ini wajiblah disedari oleh jemaah-jemaah Islam supaya perjuangan kita benar-benar berjalan di atas landasan Islam dan selamat sampai ke destinasinya; yakni apabila musuh-musuh itu dapat dikalahkan. Untuk itu lihatlah kembali ke dalam al-Qur’anul Karim dan Hadith Nabi yang khususnya menyatakan musuh orang-orang Mukmin.

Siapakah Musuh Mukmin Itu? 
Apakah ciri dan sifatnya?

BERSAMBUNG




RINDUKANLAH UNTUK MENYEMPURNAKAN AMAL...

Saudaraku yang baik, 
ketahuilah, syaitan itu berupaya menghancurkan amal kita pada tiga bahagian, yakni sebelum, sedang, dan sesudah. 


Sebelum beramal ditipu olehnya supaya kita mengurungkan niat untuk beramal. Ketika sedang beramal, ditipu olehnya supaya amal kita tidak sempurna. Ketika sudah beramal pun, ditipu olehnya supaya kita riya’ dan ujub, ingin amal itu dilihat dan dipuji orang.


Hendaknya kita amat waspada menghadapi tipuan-tipuan syaitan semacam ini. Kita harus menjaga sekuat-kuatnya ketiga moment amal tersebut. Dan kuncinya adalah sempurnakan ikhtiar baik saat berniat, saat melakukan, maupun saat amal itu selesai ditunaikan.


Manakala terdengar azan dikumandangkan dari masjid, waspadalah syaitan akan segera menasihati, “Tunggulah sebentar lagi sampai azan selesai.” Segera tepiskan bisikan itu dan pergilah ke masjid! Kerana, boleh jadi umur kita akan berakhir sebaik azan selesai. Kalau tidak segera solat, bahaya. Bimbang kita su'ul khatimah.


Ketika sampai di masjid, waspadalah syaitan akan kembali menasihati, “Duduknya dekat tiang saja supaya boleh bersandar kalau mengantuk.” tidak! Shaf pertama adalah shaf yang paling utama. Kejar dan sempurnakan ikhtiar kita!


Ketika usai mendirikan solat, waspadalah pula syaitan tak akan lelah untuk menasihati. Terjanglah godaan itu dengan cara menyempurnakan solat kita dengan wirid, zikir, doa, dan solat sunnah ba'diyah (kalau ada).


Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, (iaitu) orang-orang yang khusyuk dalam solatnya dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada guna. (QS. Al Mu'minuun (23): 1-3)


Manakala melihat orang-orang lain bergegas keluar dari masjid sebaik selesai sahaja solat, hati-hati. Syaitan tak akan segan membisiki hati, dengan perasaan ujub dan takabur. Hati pun serta merta akan memberi tanggapan. “Lihat orang-orang itu benar-benar tergoda oleh syaitan. Mungkin, imannya lagi lemah.” Ini meremehkan orang lain. Hakikatnya kita yang terjebak oleh tipu daya syaitan.


Pendek kata, peliharalah agar kita tidak menjadi riya’, dan sombong dengan amal-amal kita. Caranya dengan menikmati ikhtiar yang sungguh-sungguh dalam menyempurnakan setiap amalan kita.


Tampaknya amalan-amalan yang demikianlah yang akan membuat Allah mengurniakan ilmu lanjutan, yakni ilmu yang sebelumnya tidak kita ketahui. Ini hikmah lain dari ikhtiar yang sungguh-sungguh dalam menyempurnakan setiap amal. Kerana, “Barangsiapa mengamalkan ilmu yang diketahuinya dengan sebaik-baiknya, nescaya Allah akan mewariskan kepadanya ilmu yang lain yang belum diketahuinya.”


Jadi, kalau kita ingin menjadi ahli ilmu yang luas, maka kuncinya adalah dengan berjuang menjadi ahli amal yang disempurnakan dan dijaga mutunya. Jangan tergiur oleh banyaknya amal, tetapi rindukanlah mampu menyempurnakan amal-amal kita.

DIRI KITA WAJIB BERHARGA DARI APA YANG KITA ADA....




Saudara – saudaraku, andaikata tujuan sudah ditetapkan, seperlahan apapun kita
bergerak insyaallah merupakan suatu kemajuan. Tapi bagi orang yang tujuannya
tidak tetap, segigih apapun bergerak boleh jadi menuju kehancuran.


Ada yang tujuannya hanya wang, ada yang tujuannya kepuasan. Tapi sebagai muslim paling
tidak ada tiga tujuan yang harus kita fahami sebagai manusia yang diciptakan
Allah.


Pertama, kita diciptakan oleh Allah untuk menjadikan segala aktiviti kita
sebagai ibadah. Itu ertinya andai kata saudara bisnes, ia adalah ibadah, bukan semata – mata
mencari wang ringgit semata.


Kedua, tugas hidup kita menjadi khalifah. Kita diberi kesempatan hidup di dunia
satu kali, Justeru kita harus berkarya sejauh  mungkin, sehingga saat
kematian kita kelak adalah puncak kita berkarya dalam hidup ini yang bermanfaat
bagi peradaban manusia, mensejahterakan diri dan mensejahterakan orang lain.


Ketiga, tugas kita dalam bahasa agama disebut dakwah. Ertinya apapun aktiviti
yang kita lakukan harus menjadi pencerminan peribadi peribadi yang menjadi
teladan dalam kebenaran.


Saudaraku, ada orang yang sibuk dengan membanting tulang demi mencari sesuap
nasi. Ini rugi, sudah tulang yang dibanting hanya sesuap yang dicari.


Imam Ali pernah mengatakan , barang siapa yang memang kesibukannya hanya
untuk mencari isi perut, maaf darjatnya tidak jauh beda dengan apa yang keluar
dari perut.


Kalau hanya mencari makan apa bedanya dengan kambing?


Maka kita harus tahu bahwa kita tidak disuruh mencari wang. Tetapi kita disuruh untuk menjemput rezeki kerana setiap makhluk sudah disiapkan rezekinya masing – masing.


Ada perbezaan mendasar antara “mencari” dan “menjemput”. Kalau “mencari itu ada kemungkinan tidak mendapatkan apa yang dicari. Tapi kalau “menjemput”,pasti ada. 


Kenapa? Kerana setiap orang sudah ada rezekinya.


Saya beri contoh, mencari isteri itu belum tentu dia punya isteri. tetapi menjemput isteri pasti sudah punya isteri kecuali mancari yang lain. Ini penting. 


“Waman yatawakkal ‘ala Allah fahuwa hasbuh,” Q.S. At Thalaq (65) : 3, ertinya “Dan barang siapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkannya.”


Maaf kalau saya mengambil sudut pandang Islam, kerana itu yang saya fahami.
Seorang Muslim, dikatakan professional kalau dia memenuhi dua hal.


Pertama, di dalam mencari, dia sangat menjaga nilai – nilai kejujuran, tepat janji, mutu kerja,
sehingga kalau dia mendapatkan wang maka dirinya lebih bernilai dari sebanyak
apapun wang yang didapatkan. kerana dia mencari dalam rangka untuk
membangun nilai – nilai.


Kedua, dalam mencari nafkah atau “menjemput rezekinya” dia sangat menjaga
sehingga terbangun nama baiknya. Dengan demikian, dia tidak pernah takut
kehilangan apapun.


Kalau wangnya banyak, dia lebih kaya dari wangnya. Tapi maaf, kalau corruptor wangnya banyak, rumah berharga, kenderaannya berharga, tanah berharga, tapi yang tidak berharga adalah dirinya.


Bayangkan ada orang yang mencari, dia telah mendapat dunianya, tapi dia tidak
mendapatkan dirinya. Natijahnya dia takut sekali kehilangan jabatannya, kerana itu
yang dia anggap sukses.


Kenapa orang takut turun dari jawatannya?


Insya'ALLAH akan disambung....