NAVIGATOR MINDA (1)


Sebelum sesuatu empayar direka bentuk, akan bermula satu perhimpunan secara sulit oleh segolongan pemimpin yang digelar Keeper of the Secrets atau Jemaah Pemegang Mohor Besar Rahsia Mutlak. Mereka berkumpul untuk merangka infrastuktur satu wawasan atau a Global Vision for a New World Order.

Perhimpunan sedemikian telah dilakukan untuk beribu tahun. Misalnya setelah 300 tahun pemergian Nabi Isa, pemimpin Kristian telah berkumpul untuk memartabatkan ugama tersebut melalui ikon-ikon keugamaan iaitu The Holy Cross, kemudian mengumpulkan ajaran NabI Isa dari mata intepretasi para sahabat Nabi serta mewujudkan The Holy Bible serta seorang Pemimpin Induk iaitu satu kedudukan sama seperti The Pope.

Dari sudut politik pula sebelum Presiden Amerika yang pertama dilantik, persidangan Keepers of the Secret tersebut diadakan untuk. mewujudkan a Global Vision for a New World Super Power melalui ikon Presiden Amerika dengan Presidential Power of Politics, ikon mata wang emas Amerika iaitu Currency as a Commodity Power serta ikon kuasa Ketenteraan atau Supreme Military Power. Selama hampir 300 tahun ikon ini masih disanjung tinggi untuk memartabatkan Amerika Syarikat sebagai World Super Power.

Perkara yang sama dilakukan di Britain, Israel, Jepun dan negara negara terbangun yang lain untuk mewujudkan diri mereka sebagai sebuah empayar. Pada zaman silam terdapat juga system yang sama diamalkan oleh Pemimpin Kuasa Mutlak.

Konsep yang sama juga diamalkan pada tahun 1945 bila perwakilan dari lima puluh buah negara bersidang di San Fransisco untuk United Nations Conference on International Organization. Tujuan persidangan tersebut adalah untuk wujudkan The United Nations Charter. Jadi pada 24 Oktober 1945 Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu lahir setelah mendapat restu dari Amerika Syarikat, Russia, United Kingdom, China dan Perancis.

Titik permulaan sesuatu empayar baru adalah dengan mewujudkan satu wawasan yang perkasa atau a compelling vision. Wawasan perkasa pada mula-mula adalah satu gambaran yang perkasa dalam minda pengikut.

Pada masa orang kulit hitam dihina sebagai hamba abdi di Amerika, Dr. Martin Luther King telah meletakkan satu wawasan perkasa di dalam minda orang kulit hitam melalui ucapan I have a Dream dimana orang-orang kulit hitam menerima hak yang sama seperti orang-orang kulit putih. Sejak pembunuhan Dr. Martin Luther King, sebilangan besar orang kulit hitam dan kulit putih telah menjadikan ucapan I have a Dream sebagai ikon motivasi mereka untuk menerajui hidup masing-masing. Hari ini orang kulit hitam atau African American bersinar dalam berbagai bidang termasuk ketenteraan, sukan, politik, kerja sosial, keugamaan dan banyak lagi.

Pemimpin Hak Asasi Kulit Hitam, tahun 1960an Dr. Martin Luther King Jr telah memperjuangkan kebebasan untuk mendapatkan hak yang sama dengan penjajah kulit putih seperti menaiki bas, menggunakan tandas awam, makan dalam restoran yang sama, mendaftarkan kanak-knak dalam sekolah bersama kaum kulit putih. Pada tahun 1962, beliau telah memimpin seramai 200,000 orang dalam satu demonstrasi secara aman di Washington di mana beliau menyuarakan ucapan “ I have a Dream ” iaitu untuk hidup bersama-sama kaum kulit putih tanpa diskriminasi.

Pada tahun 1957, Dr. Martin Luther King telah kembara sejauh 780,000 batu serta membuat 208 ucapan untuk menstruktur NAVIGATOR MINDA kaum kulit hitam di Amerika.

Pada bulan Disember 1964, Martin Luther King dianugerahkan Nobel Peace Prize untuk aktiviti beliau membawa kebebasan kepada kaum kulit hitam melalui Bills of Equal Rights ( Akta Hak Asasi Yang Sama ).

Pada 4 April 1968 semasa beliau berada di balkoni bilik 306 dalam Motel Lorraine di Memphis, Tennessee, beliau telah ditembak mati oleh seorang anasir penjajah kulit putih dengan bantuan FBI-CIA dan White House yang bernama James Earl Ray. Penjenayah ini tertangkap di London dan dimasukkan dalam penjara selama 99 tahun. Dia meninggal dunia dalam penjara pada tahun 23hb April 1998.


BERSAMBUNG....

MAHUKU BERTANYA PADAMU, IBU....


Pernah suatu petang, ibu pulang dengan tapak kaki berdarah. "Tertusuk kerikil," terangnya. Setelah perjalanan panjang yang melelahkan semenjak pagi, wanita yang kasihnya tak terbilang nilai itu mengakhirinya dengan sedikit ringisan, "Tidak apa-apa, cuma luka kecil je," tenang ibu.

Padahal, baru dua hari lalu beberapa orang warga yang tak satu pun saya mengenalnya menemui ibu dalam keadaan pengsan. Ternyata ibu kelelahan hingga tak kuat lagi berjalan jauh mengetuk pintu ke pintu rumah orang yang tak dikenalnya untuk menawarkan jasa mengajar baca tulis Al Qur'an bagi penghuni rumah. Tak jarang suara hampa yang ia dapatkan dari dalam rumah, sesekali penolakan, dan tak terbilang kata, "Maaf, kami tak perlu guru mengaji di rumah." Tapi ibu tetap tersenyum.

Sedari awal, ibu yang membantu ayah mencari nafkah buat enam anaknya. Pagi ia menjual nasi lemak dan kuin-muih dengan bermodalkan sedikit keterampilan memasak yang ia peroleh sewaktu muda dulu. Menjelang siang ia memulai menyusuri jalan yang hingga kini takkan pernah bisa kuukur, menawarkan jasa dan keahliannya mengajar baca tulis Al Qur'an. Selepas isya' kami ke enam anaknya menunggu setia kepulangan ibu di pinggir jalan.

Sempat aku bertanya dalam hati, lelahkah ia ?

Biasanya kami berebut untuk menjadi tukang picit ibu, saya di kepala, abang di kaki, sementara kedua tangan ibu diselangi adik-adik. Kecuali si cantik bungsu, usianya kurang dari empat tahun kala itu. Bukannya ibu yang tertidur pulas, justeru kami yang terlelap satu persatu terbuai indahnya nasihat lewat tutur cerita ibu.

Tengah malam saya terbangun, melihat ibu masih duduk bersimpuh di sajadahnya. Ia menangis sambil menyebut nama kami satu persatu agar Allah membimbing dan menjaga kami hingga menjadi orang yang senantiasa membuat ibu tersenyum bangga pernah melahirkannya. Saya terbangun sekejap dan kemudian terlelap kembali hingga menjelang subuh ia membangunkan kami.

Selepas subuh, wanita yang ketulusannya hanya mampu dibalas oleh Allah itu meneruskan pekerjaanya menyiapkanjualan. Sementara kami membantu ala kadarnya. Tak pernah saya melihat ia mengeluh meski sudah mericik peluhnya.

Kala itu hatiku bertanya satu soalan, bilakah ia terlelap?

Pagi hari di sela kesibukannya melayani pembeli, ia juga harus menyiapkan pakaian anak-anak untuk ke sekolah. Sabar ia melayani karenah kami yang minta perhatian layannanya. Wanita yang namanya diagungkan Rasulullah itu, tak pernah marah atau kesal. Sebaliknya dengan segenap cinta yang dimilikinya ia berujar, "Abang sudah besar, bantulah ibu ya."

Ingin sekali kutanyakan, ibu…. Tidak pernahkah engkau berkeluh-kesah???
Semuanya itu…bisa membuat aku menangis keranamu oh! Bondaku….

SUKA SAYANG CINTA


*Saat kau MENYUKAI seseorang,kau ingin memilikinya untuk keegoisanmu sendiri.

*Saat kau MENYAYANGI seseorang, kau ingin sekali membuatnya bahagia dan bukan untuk dirimu sendiri.

*Saat kau MENCINTAI seseorang, kau akan melakukan apapun untuk kebahagiaannya walaupun kau harus mengorbankan jiwamu.


*Saat kau MENYUKAI seseorang dan berada di sisinya maka kau akan bertanya,"Bolehkah aku menciummu?"

*Saat kau MENYAYANGI seseorang dan berada di sisinya maka kau akan bertanya,"Bolehkah aku memelukmu?"

*Saat kau MENCINTAI seseorang dan berada di sisinya maka kau akan menggenggam erat tangannya...


*SUKA adalah saat ia menangis, kau akan berkata "Sudahlah, jangan menangis."

*SAYANG adalah saat ia menangis dan kau akan menangis bersamanya.

*CINTA adalah saat ia menangis dan kau akan membiarkannya menangis dipundakmu sambil berkata, "Mari kita selesaikan masalah ini bersama-sama."


*SUKA adalah saat kau melihatnya kau akan berkata, "Ia sangat cantik dan menawan."

*SAYANG adalah saat kau melihatnya kau akan melihatnya dari hatimu dan bukan matamu.

*CINTA adalah saat kau melihatnya kau akan berkata, "Buatku dia adalah anugerah terindah yang pernah Tuhan berikan padaku.."


*Pada saat orang yang kau SUKA menyakitimu, maka kau akan marah dan tak mau lagi bicara padanya.

*Pada saat orang yang kau SAYANG menyakitimu, engkau akan menangis untuknya.

*Pada saat orang yang kau CINTAI menyakitimu, kau akan berkata,"Tak apa dia hanya tak tahu apa yang dia lakukan."


*Pada saat kau SUKA padanya, kau akan MEMAKSANYA untuk menyukaimu.

*Pada saat kau SAYANG padanya, kau akan MEMBIARKANNYA MEMILIH.

*Pada saat kau CINTA padanya, kau akan selalu MENANTINYA dengan setia dan tulus...


*SUKA adalah kau akan menemaninya bila itu menguntungkan.

*SAYANG adalah kau akan menemaninya di saat dia membutuhkan.

*CINTA adalah kau akan menemaninya di saat bagaimanapun keadaannya.


*SUKA adalah hal yang menuntut.

*SAYANG adalah hal memberi dan menerima.

*CINTA adalah hal yang memberi dengan rela.

MAMPUKAH AKU & KAU BERTAHAN.....?


Aku mungkin bukan langit harapanmu.
Aku juga bukan bintang, tempat kau gantung citamu.
Tapi, biarkan ku cuba menjadi bumi;
Sahabat untuk temani perjalanan hidupmu,

Jadikan aku kuburan dukamu.
Tumpahkan lara, kudengar hatimu.

Gapailah bintang asamu,
Kubahagia melihat senyum mu,

Kutahu lukamu;
Luka yg kau dapat; saat ini sedang kurasa
Betapa susah lupakan ye ?.
Nah, itu lah kesombongan cinta.

Sahabat, biarlah keindahan berteman keindahan,
Biarlah hari berlalu ; indah ataupun suram
Biarkan duka dan bahagia bermain bersama,
Biarlah siang dan malam menambah umur zaman.
Kerana kita tak kan tahu
Harapan dan kehendak Tuhan,
Keinginan dan keagungan-Nya

Sahabat, walau air mata tak dapat kubendung,
Sesaknya dada tak dapat kutahan,
Rusuhnya Jiwa tak bisa kusembunyikan.
Namun kusedar, ku tak kuasa,
Aku tak kan dapatkan,
Seluruh cinta dan sayang mu,
Seluruh hati dan jiwa mu.
Dan ku tak kan rampas kebahagiaan mu
Ku tak ingin orang merebut paksa dari mu.
Ku jaga, agar nanti dapat kau berikan dengan tulus
Kepada sang bintang, pujaan jiwamu.

Jadi,
Biarkan aku menjadi bumi; sahabatmu,
Kucukup bahagia untuk temanimu,
Walau dengan hati kecil yang hancur,
Walau dengan penantian yang tiada berujung.
Ku tak banyak berharap,
Bahkan kubiarkan jiwaku tanpa harapan.
Jangan kau pikirkan perihku sahabat,
Sebab kau telah tetapkan ingin mu,
Dan di antara sajak perih saat hati penuh luka membiru
Ku tak kan berdamai dengan hatiku.


Maka,
Pintaku, lalui jalan mu?
Jangan kau menoleh ke belakang,
Lalui harimu, temukan cintamu,
Walau ku masih harapkan kau,
Tapi ku telah berjanji untuk dustai hatiku,
Biarlah hati yang luka kutambah sayatannya.
Sampai rasa itu benar-benar pupus,
Itulah caraku ,
Kubunuh cintaku, kerna cinta.
Kubuang sayangku kerna sayang,
Kukubur rinduku, kerna rindu.

Aku berharap semua yang terlalui hanya mimpi,
Dan berharap dapat hidup dalam mimpi indahku.
Sayang, Tuhan tak kan ubah kenyataan.

Satu yg kusisakan dihati, Harapan untuk jadi bintang bagimu.
Suatu pagi, ketika sang surya terbit terakhir kalinya.; dan kau berikan segalanya, tulus untuk yang terakhir kalinya ,
sebelum semuanya terbenam, ditelan senja,

(Akankah ku mampu bertahan??)



IBUKU.... pembohong!!!....


Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian.

Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : ""Makanlah nak ibu tak lapar." – PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.

Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan watu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi.Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan." - PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.

Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak.Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih denagn beremankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." – PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.

Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang.
Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih saying ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : "Minumlah nak, ibu tak haus!!" – PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.

Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu.
Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : "Saya tidak perlukan cinta saya tidak perlukan lelaki." – PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.


Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : "Jangan susah-susah, ibu ada duit." – PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.

Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara.

Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula.

Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; "Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang." – PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.

Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta.

Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap ajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menhadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan jelas betapa penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus.

Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : "Jangan menangis nak, ibu tak sakit." – PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.


Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.

Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, 'Ibu,saya sayangkan ibu.' Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebiH dari segala-galanya, tapi tidak pernah seKalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir. Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu…


* kisah di atas ini merupakan secuplik kisah peribadi SYED HAFIZI yang digarap menurut interepetasi penulis. Terima kasih SYED HAFIZI.

HENTIKAN TUGAS MALAIKAT ITU....


Hanya ada dua malaikat yang setiap saat mengintai gerak-geri kita. Memata-matai tingkah laku serta tak pernah mengerdipkan mata meski sekejap. Mereka memiliki kapasiti dan kemampuan yang jauh di atas rata-rata pakar risik yang pernah dimiliki CIA, FBI, MOSSAD atau NSA saat menanti “korbannya”. Mereka adalah Malaikat Raqib ra dan Malaikat ‘Atid ra. Tugas utama mereka dari Allah cuma satu: mencatat kelakuan baik serta kelakuan jahat kita. Mereka sangat jujur dan tak pernah bermaksiat kepada Allah. Mencatat apa adanya. Baik ya baik, buruk tetap buruk. Mereka tidak ditugaskan untuk mengolah, menganalisis, menyimpulkan apalagi menjatuhkan hukum.

Mereka hanya menyimpan data. Soal keputusannya, semata di tangan Allah SWT. Nama keduanya amat mudah dikenal kerana sejak kanak-kanak sudah masuk dalam file memori kita. Malaikat Raqib bertugas hanya mencatat yang baik-baik saja dari kita, sedang Malaikat ‘Atid sebaliknya, cuma mencatat yang buruk-buruk. Keduanya dikenal sangat jujur, tulus dalam bertugas serta sungguh jauh dari penat. Singgasana mereka di syurga tetapi prajuritnya sungguh tak terhitung. Tak ada sepotong nyawa pun yang tidak memiliki buku induk pencatatan amal kita. Semuanya serba lengkap dengan superkomputer yang teramat canggih. Pada waktunya, kepada kita akan dipertunjukkan catatan-catatan serta jejak rakam kita selama menjadi penghuni di alam yang serba cepat ini.

Kini kalau kita berhitung secara jujur, manakah di antara dua malaikat itu yang paling sering menuangkan catatannya untuk kita. Tampaknya tanpa dikawal telunjuk ini akan mengarah kepada Malaikat Raqib. Kalau dihitung-hitung pula, maka secara logika Malaikat ‘Atid akan jauh lebih aktif membuat catatan dibanding Malaikat Raqib yang mungkin hanya tersenyum dan geleng-geleng kerana tak terlalu banyak amal yang bisa dimasukkan dalam Buku Induk. Tumpukan dosa-dosa akan terus menjadi daftar pertama Buku Induk Malaikat ‘Atid dalam setiap pergantian tahun kerana Allah sudah menyediakan buku baru bagi timbunan dosa yang tak terhitung ini. Kalau tidak kerana Allah Mahakuasa menjadikan Malaikat ‘Atid memiliki daya juang yang luar biasa, boleh jadi beliau akan merasa bosan dan protes kepada anak Adam. Tapi, begitulah tugas mulia kedua malaikat al-muqorrobin ini. Mereka tidak pernah protes apalagi menyatakan keberatannya sebagaimana pernah dilakukan Iblis.

Dalam sebuah munajat di hadapan tak lebih dari sepotong shaf dalam solat jemaah Maghrib; seorang murabbi jua imam berbisik kepada Tuhannya. “Ya Robbanaa. Di negeri kami rasa saling curiga bersemayam, bahkan mencengkeram dengan amat kuat di benak setiap orang hingga saudara sendiri pun harus kita mata-matai, apakah masih dapat dipercaya. Di desa kami mengumpat adalah hal yang biasa hingga jika sedetik saja kita tidak “memangsa daging saudara” kami yang sudah mati (istilah Alquran untuk orang-orang yang suka mengumpat), rasanya kami belumlah tenteram dan aman. Di kampung kami jika muncul persoalan, bukan kepada hati nurani kami bertanya, tetapi langsung menjatuhkan hukum dan menuding saudara sendiri sebagai penyebab pelakunya. Di dusun kami tak ada lagi orang tua yang bisa didengar nasihatnya kerana yang meluncur dari mulutnya tinggal sumpah serapah dan adu domba.

Meski negeri, desa, kampung, dan dusun kami terletak di atas bumui-Mu tetapi kami selalu lupa bahwa Engkau memiliki hak untuk mengusuir kami dari tanah-Mu ini. Kalau akhirnya Engkau usir kami, ke mana lagi kami akan pindah?”.

“Ya Robbanaa, hanya di negeri kami dapat disaksikan gelimpangan mayat tanpa kepala berserakan di sembarang tempat. Cuma di negeri kami, membantai maki jadi isyarat kepahlawanan dan kesucian. Hanya di negeri kami, keberanian memuncak ke ujung rambut hingga sering kami mencabut nyawa saudara kami atas nama-Mu. Hanya di negeri kami, kaum perempuan dijual sebagai alat untuk memenuhi nafsu syaitan. Cuma di negeri kami, anak-anak diperdagangkan, diperah tenaganya, dirampas hak-haknya, dan dicibir seperti sampah di setiap lampu merah, di bawah kolong jambatan dan bangunan pencakar langit yang dibangun di atas tanah-Mu. Kalau dikira, dosa-dosa kami, sudah barang pasti akan melampaui hutang luar negara. Di hadapan pengadilan-Mu, dosa satu orang di antara kami, terlalu besar jika cuma dibayar dengan hutang luar negara kami.

Ya Allah ya Maaliki! Apakah kerana dosa-dosa kami itu, Engkau berikan kepada kami pemimpin yang sungguh tidak takut kepada-Mu dan tidak sayang kepada kami?”


“Allahumaa ya Robb! Para pemimpin kami benar-benar tidak takut kepada-Mu. Selama ini kami anggap mereka sebagai orang tua kami yang selalu siap memberikan rasa kasih dan sayang kepada kami. Tetapi sejak kami angkat mereka sebagai pemimpin kami, mereka bukan membelai kami menjelang tidur, tetapi justeru membuat hati kami berdebar-debar kerana waswas. Mereka tidak pernah memenuhi hak kami agar diberi pendidikan yang layak, untuk diberi sandang yang layak dan kemudahan yang patut. Setiap hari mereka menebar rasa takut, seakan-akan mereka malaikat pencabut nyawa. Mereka tak pernah menenteramkan hati kami.”

Begitu mendengar untaian doa orang kecil ini, maka inilah saatnya kita melapor langsung kepada Allah SWT setelah serangkaian persoalan tak mampu lagi kita tanggungkan sendiri. Setelah prahara yang mendera bangsa tanpa henti, belum berakhirnya krisis jati diri setelah 50 tahun lebih tercabik-cabik, lahirnya era baru yang tak kunjung membuahkan harapan, kompleksnya persoalan hingga sulit mencari jalan keluar, kini saatnya kita mengadu hanya kepada Allah. Sesungguhnya hidup dan mati adalah ujian, siapa di antara kita yang paling baik perbuatannya.Tetapi rasanya teramat sulit bagi kita untuk dapat mencerna dengan kesedaran tinggi, kepasrahan total dan kebeningan jiwa yang luhur untuk memaklumi isyarat Tuhan tersebut. Bangsa ini tinggal berharap pada harapan itu sendiri setelah tiada lagi institusi, lembaga, pranata sosial, dan pemimpin yang dengan ketulusan hati berkenan mendengarkan jeritan yang dengan bersuara pun tak mampu lagi membantu kita meneriakkannya. Saatnya kita melapor langsung kepada Allah, betapa sulitnya menghitung dengan jari, siapa lagi yang mampu menjadi khalifah-Mu di Bumi Pertiwi ini. Tuhan! Saksikan dan dengarlah pengaduan hamba-hamba-Mu ini. Kami sadar benar bahwa Engkau Mahamendengar dan Saksi Abadi atas derita yang membelit segenap anggota tubuh kami. Tuhan! Kami hanya ingin mengadu kepada-Mu malalui Sifat dan Asma-Mu yang Agung !

TIKA BERCERMIN DIRI

Tatkala kudatangi sebuah cermin
Tampak sesosok tubuh yang sangat lama kukenal dan sangat sering kulihat
Namun aneh, sesungguhnya aku belum mengenal siapa yang kulihat


Tatkala kutatap wajah, hatiku bertanya,
Apakah wajah ini yang kelak akan bercahaya dan bersinar indah di surga sana ?
Ataukah wajah ini yang akan hangus legam di neraka jahannam

Tatkala kutatap mata, nanar hatiku bertanya,
Mata inikah yang akan menatap penuh kelezatan dan kerinduan ...
Menatap Allah, menatap Rasulullah, menatap penuh kelezatan dan kerinduan ...
Menatap Allah, menatap Rasulullah, menatap kekasih-kekasih Allah kelak ?
Ataukah mata ini yang terbeliak, melotot, menganga, terburai menatap neraka jahannam
Akankah mata penuh maksiat ini akan menyelamatkan ?
Wahai mata, apa gerangan yang kau tatap selama ini ?

Tatkala kutatap mulut, apakah mulut ini yang kelak akan mendesah penuh kerinduan ...
Mengucap laa ilaaha ilallah saat malaikat maut datang menjemput?
Ataukan menjadi mulut menganga dengan lidah menjulur,

dengan lengking jeritan pilu yang akan menggoroti sendi-sendi setiap pendengar.
Ataukah mulut ini menjadi pemakan buah-buah zaqun jahannam ...
yang getir penghangus, penghancur setiap usus.
Apakah gerangan yang engkau ucapkan wahai mulut yang malang?
Berapa banyak dusta yang engkau ucapkan?
Berapa banyak hati-hati yang remuk dengan pisau kata-katamu yang megiris tajam ?
Berapa banyak kata-kata manis semanis madu yang palsu engkau ucapkan untuk menipu?
Betapa jarang engkau jujur.
Betapa langkanya engkau syahdu memohon agar Tuhan mengampunimu

Tatkala kutatap tubuhku,
Apakah tubuh ini kelak yang akan penuh cahaya ...
Bersinar, bersukacita, bercengkerama di surga ?
Atau tubuh ini yang akan tercabik-cabik hancur,

mendidih di dalam lahar membara jahannam,

terpasung tanpa ampun, derita yang tak pernah berakhir.
Wahai tubuh, berapa banyak orang-orang yang engkau zalimi dengan tubuhmu?
Berapa banyak hamba-hamba Allah yang lemah yang engkau tindas dengan kekuatanmu?
Berapa banyak perindu pertolongan yang engkau acuhkan

tanpa peduli padahal engkau mampu?
Berapa banyak hak-hak yang engkau rampas?

Ketika tatkala kutatap hai tubuh,
Seperti apa gerangan isi hatimu ?
Apakah isi hatimu sebagus kata-katamu ?
Atau sekotor daki-daki yang melekat di tubuhmu ?
Apakah hatimu segagah ototmu ?
Atau selemah daun-daun yang mudah rontok ?
Apakah hatimu seindah penampilanmu ?
Ataukah sebusuk kotoran-kotoranmu ?

Betapa beda ...
Betapa beda ... apa yang tampak di cermin dengan apa yang tersembunyi ...
Aku telah tertipu, aku tertipu oleh topeng
Betapa yang kulihat selama ini hanyalah topeng, hanyalah topeng belaka
Betapa pujian yang terhambur hanyalah topeng ...
Sedangkan aku ...
Hanyalah selonggok sampah busuk yang terbungkus
Aku tertipu, aku malu ya Allah ...

Allah ...
Selamatkan aku ...
Amin ... ya Rabbal 'alamin ...

SESUDAH 10 BULAN.....


Sesudah 10 bulan berlalu.... aku dan dia dibukakan pintu hati oleh Tuhan untuk saling berjumpa. Syukur pada ALLAH HU RABBI, nafas yang sekian lama menyesakkan dada; akhirnya dapat kulepaskan sebahagiannya. Banyak juga persoalan kecil yangmenjadi selumbar di dalam hati selama ini dirungkaikan satu persatu. Namun keterbatasan waktu menoktahkan pertemuan hari ini dengan meninggalkan beberapa persoalan teras yang lain untuk masa pertemuan yang mendatang. Begitulah yang aku harapkan. Biarlah pertemuan hari ini, menjadi titik memulakan semula sebuah perkenalan dan persahabatan. Meskipun pertemuan hari ini seketika cuma tapi bagiku cukup bermakna.

PERNAHKAH KAU MELIHAT IBUMU MENANGIS???


Itulah soalanku. Pendek dan kecil, tapi soalan itu sendiri berat dan menimbulkan aneka macam fikiran. Itu bukan soalan yang aku quote dari mana-mana. Itu memang soalan daripada aku sendiri.

Aku pernah.

Dan percayalah saat aku menoleh dan ternampak ibuku menangis, terasa seolah-olah seluruh dunia ini menjadi putih kekayangan dan yang wujud di tengah-tengah putih itu hanyalah aku dan ibuku. Air mata jernih yang menitis dari mata-mata yang sering kutenung dengan kasih sayang itu seperti membawa bersamanya suatu beban yang menghentam tanah yang kupijak. Maka bergegarlah hatiku. Air mata yang menitis itu seolah-olah bertukar menjadi wap belum sempat ia menyentuh tanah, lalu ditiup angin halimunan yang datang ke arahku. Angin air mata itu meluncur menembusi diriku, melarikan bersamanya segala apa perasaan yang hadir dalam lubuk hatiku. Yang tinggal hanyalah perasaan sayu dan sedih.

Dan aku tenung wajah ibuku, dan tenungan itu tak kusangka memberikan suatu torehan yang begitu dalam ke atas hatiku. Ya Allah, sakitnya. Pilunya. Sekiranya aku pilu yang kurasakan sudah begitu menyeksakan, aku tertanya-tanya bagaimana pula seksa hati ibuku. Ya Allah berilah dia kekuatan, YA ALLAH!!! Aku benar-benar memohon kepadaMu, Ya Allah, kerana tiada siapa lagi dalam dunia ini yang mampu menolongku, melainkan Kau, Ya Allah... Siapa lagi kalau bukan Kau, Ya Allah...

Dalam kesayuan hatiku, aku sendiri tidak menangis. Mataku yang menangis hanya akan menambahkan lagi kepiluan ibuku. Namun, kubiarkan saja hatiku meraung. Kalau kumampu, mahu kutahan saja air mata itu daripada mengalir lagi. Kalau kumampu, mahu saja kurompak perasaan sayu dan pilu itu dari ibuku. Biarlah aku saja yang terseksa. Aku masih muda. Ibuku bukan muda lagi. Hati mudaku masih boleh menahan semua torehan itu. Aku risau hati ibuku teruk berdarah. Aku hanya mahu ibuku gembira. Aku hanya mahu ibuku gembira. Aku hanya mahu ibuku gembira.

Bagaimana aku boleh meninggalkan ibuku terseksa seorang diri? Serba salah dibuatnya hatiku. Pemergianku seolah-olah menjadikan aku pentingkan diri sendiri. Siapa lagi yang akan mendakap ibuku jika aku tiada di sisi ibuku? Siapa lagi yang akan memujuk ibuku? Siapa lagi kalau bukan aku? Siapa lagi, beritahu aku? Ya Allah, bagaimana, ya Allah? Diluah mati emak, ditelan mati bapa.

Aku tersenyum pilu dan melihat kau yang sedang membaca ini, dan berkata,

"Andainya kau pernah melihat ibumu menangis..."

BILA IBU BOLEH MEMILIH..... (renungan buat sang anak)


Anakku,

Bila ibu boleh memilih

Apakah ibu berbadan langsing atau berbadan besar kerana mengandungmu

Maka ibu akan memilih mengandungmu...

Kerana dalam mengandungmu ibu merasakan keajaiban dan kebesaran Allah

Sembilan bulan nak,,,, engkau hidup di perut ibu

Engkau ikut kemanapun ibu pergi

Engkau ikut merasakan ketika jantung ibu berdetak kerana kebahagiaan

Engkau menendang rahim ibu ketika engkau merasa tidak nyaman,

kerana ibu kecewa dan berurai air mata...

Anakku,...

Bila ibu boleh memilih apakah ibu harus operasi kanser, atau ibu harus berjuang melahirkanmu

Maka ibu memilih berjuang melahirkanmu

Kerana menunggu dari jam ke jam, minit ke minit kelahiranmu

Adalah seperti menunggu masa memasuki salah satu pintu surga

Kerana kedahsyatan perjuanganmu untuk mencari jalan ke luar ke dunia sangat ibu rasakan

Dan saat itulah kebesaran Allah menyelimuti kita berdua

Malaikat tersenyum diantara peluh dan erangan rasa sakit ,

Yang tak pernah bisa ibu ceritakan kepada siapapun

Dan ketika engkau hadir, tangismu memecah dunia

Saat itulah... saat paling membahagiakan

Segala sakit & derita sirna melihat dirimu yang merah,

Mendengarkan ayahmu mengumandangkan azan,

Kalimat syahadat kebesaran Allah dan penetapan hati tentang junjungan kita Rasulullah di telinga mungilmu

Anakku,...

Bila ibu boleh memilih apakah ibu berdada indah, atau harus bangun tengah malam untuk menyusuimu,
maka ibu memilih menyusuimu,

kerana dengan menyusuimu ibu telah membekali hidupmu dengan tetitisan-titisan dan tegukan tegukan yang sangat berharga

Merasakan kehangatan bibir dan badanmu di dada ibu dalam ngantuk ibu,

Adalah sebuah rasa luar biasa yang orang lain tidak bisa rasakan

Anakku,

Bila ibu boleh memilih duduk berlama-lama di ruang santai

Atau duduk di lantai menemanimu menempelkan puzzle

Maka ibu memilih bermain puzzle denganmu

Tetapi anakku...

Hidup memang pilihan ....

Jika dengan pilihan ibu , engkau merasa sepi dan merana

Maka maafkanlah nak ...

Maafkan ibu....

Maafkan ibu ...

Percayalah nak, ibu sedang menyempurnakan puzzle kehidupan kita ,
agar tidak ada satu kepingpun bagian puzzle kehidupan kita yang hilang

Percayalah nak ....

Sepi dan ranamu adalah sebagian duka ibu

Percayalah nak ...

Engkau adalah selalu menjadi belahan nyawa ibu,,,,


BAHASA HATI NAHU RASA


Tak ada musuh yang tak dapat ditaklukkan oleh cinta.

Tak ada penyakit yang tak dapat disembuhkan oleh kasih sayang.

Tak ada permusuhan yang tak dapat dimaafkan oleh ketulusan.

Tak ada kesulitan yang tak dapat dipecahkan oleh ketekunan.

Tak ada batu keras yang tak dapat dipecahkan oleh kesabaran.

Semua itu haruslah berasal dari hati anda.

Bicaralah dengan bahasa hati, maka akan sampai ke hati pula.

Kesuksesan bukan semata-mata betapa keras otot dan betapa tajam otak anda,

namun juga betapa lembut hati anda dalam menjalani segala sesuatunya.

Anda tak kan dapat menghentikan tangis seorang bayi hanya dengan

merengkuhnya dalam lengan yang kuat. Atau, membujuknya dengan berbagai

gula-gula dan kata-kata manis. Anda harus mendekapnya hingga ia merasakan

detak jantung yang tenang jauh di dalam dada anda.

Mulailah dengan melembutkan hati sebelum memberikannya pada keberhasilan

anda

TEMAN adalah hadiah dari-NYA....


Seperti hadiah, ada yang bungkusnya bagus dan ada yang bungkusnya jelek. Yang bungkusnya bagus punya wajah rupawan, atau keperibadian yang menarik. Yang bungkusnya jelek punya wajah biasa saja, atau keperibadian yang biasa saja, atau malah menjengkelkan.

Seperti hadiah, ada yang isinya bagus dan ada yang isinya jelek. Yang isinya bagus punya jiwa yang begitu indah sehingga kita terpukau ketika berbagi rasa dengannya, ketika kita tahan menghabiskan waktu berjam-jam, saling bercerita dan menghibur, menangis bersama, dan tertawa bersama. Kita mencintai dia dan dia mencintai kita.

Yang isinya buruk punya jiwa yang terluka. Begitu dalam luka-lukanya sehingga jiwanya tidak mampu lagi mencintai, justru karena ia tidak merasakan cinta dalam hidupnya. Sayangnya yang kita tangkap darinya seringkali sikap penolakan, dendam, kebencian, iri hati, kesombongan, amarah, dll.

Kita tidak suka dengan jiwa-jiwa semacam ini dan mencuba menghindar dari mereka. Kita tidak tahu bahawa itu semua BUKAN-lah kerana mereka pada dasarnya buruk, tetapi ketidakmampuan jiwanya memberikan cinta justeru ia memerlukan cinta kita, menginginkan perhatian kita, kesabaran dan keberanian kita untuk mendengarkan luka-luka terdalam yang memasung jiwanya.

Bagaimana bisa kita mengharapkan seseorang yang terluka lututnya berlari bersama kita? Bagaimana bisa kita mengajak seseorang yang takut air berenang bersama? Luka di lututnya dan ketakutan terhadap airlah yang mesti disembuhkan, bukan mencaci mereka kerana tidak mau berlari atau berenang bersama kita. Mereka tidak akan bilang bahawa "lutut" mereka luka atau mereka "takut air", mereka akan katakan mereka tidak suka berlari atau mereka akan bilang berenang itu membosankan dll. Itulah cara mereka mempertahankan diri.

Mereka akan bilang:
"Menari itu tidak menarik"
"Tidak ada yang cocok denganku"
"Teman-temanku sudah lulus semua"
"Aku ini buruk siapa yang bakal tahan denganku"
"Kisah hidupku membosankan"

Mereka tidak akan bilang:
"Aku tidak bisa menari"
"Aku membutuhkan kamu denganku"
"Aku kesepian"
"Aku butuh diterima"
"Aku ingin didengarkan"

Mereka semua hadiah buat kita, entah bungkusnya bagus atau jelek, entah isinya bagus atau jelek. Dan jangan tertipu oleh kemasan. Hanya ketika kita bertemu jiwa dengan jiwa, kita tahu hadiah sesungguhnya yang sudah disiapkanNya buat kita

Kembalikan Semua Kepada-NYA.....

Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu, dan Kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu, yang memberatkan punggungmu? Dan Kami tinggikan bagimu sebutanmu, Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Maka apabila kamu telah selesai, kerjakanlah dengan sungguh-sungguh yang lain, dan hanya kepada Tuhanmu-lah hendaknya kamu berharap.

Demikian untaian firman Allah dalam QS Alam Nasyrah [94] ayat 1-8.

Surah ini turun ketika Rasulullah SAW tengah menghadapi masa-masa tersulit dalam hidupnya. Ketika itu beliau ditinggal wafat istri dan pamannya, serta menghadapi boikot kejam dari kafirin Quraisy. Dengan rahmat dan kasih sayang-Nya, Allah SWT menghibur dan melapangkan dada beliau dengan turunnya rangkaian ayat ini.

Saudaraku, orang-orang yang dilapangkan hatinya oleh Allah Azza wa Jalla adalah orang yang tidak cinta dunia, tapi cinta kepada kehidupan abadi di akhirat kelak. Ia hanya berfikir untuk menyiapkan diri menghadapi kematian, sehingga meraih husnul khatimah. Jadi, saat kita merasa berat dan susah menghadapi hidup, coba tanyakan hati kita, apakah hati didominasi cinta dunia? Di mana fokus hidup serta perhatian hanya tertuju ke sana, sehingga tidak ada tempat (atau hanya sedikit tempat) bagi Allah.

Kata ousry berarti kesulitan yang begitu hebat. Tapi justru kesulitan ini selalu diapit dua kelapangan dan kemudahan. Saya mendapat SMS dari seorang sahabat. Berikut petikkannya, "Kehangatan hanya bisa kunikmati jika aku pernah kedinginan. Cahaya hanya bisa menyinari jika aku pernah berada dalam kegelapan. Bahagia hanya bisa aku syukuri bila aku pernah ada dalam kesulitan. Ya Rabb, terima kasih Engkau telah memberiku kesempatan untuk mensyukuri semua berkah dan karunia-Mu. Jika Engkau tidak pernah memberiku kedinginan, kegelapan, dan kesedihan, mungkin akan selalu mengabaikan nikmat semua yang Engkau berikan kepada kami. Mungkin kami menjadi manusia yang kufur nikmat. Dan tanpa kami sadari kami berjalan jauh dari-Mu. Terus ingatkan kami ya Allah. Jangan biarkan kenikmatan melalaikan kami dari mengingat-Mu, karena tiada tujuan kami selain untuk bertemu dengan-Mu."

Saudaraku, saat kita menghadapi kesempitan hidup, lalu mengembalikan semua kepada Allah, insya Allah kemudahan akan segera datang. Hujan tak selamanya turun, ada saatnya berhenti. Badai pun pasti berlalu. Hidup adalah perjuangan. Sedangkan tidak ada perjuangan yang mudah, dan setiap perjuangan pasti butuh pengorbanan.

Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan ke luar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. Demikian janji Al Khaliq dalam QS Ath Thalaaq [65] ayat 2-3.

UJIAN KELAPANGAN & KESENANGAN

Kemaksiatan yang menimbulkan rasa rendah hati dan harapan (akan rahmat dan kasih sayang Allah) lebih baik daripada taat yang membangkitkan rasa mulia diri dan keangkuhan.
(Ibnu Atha'ilah).

Kita harus prihatin dan ikut sedih dengan musibah yang menimpa saudara-saudara kita di seluruh dunia. Namun kita harus lebih prihatin dengan gempa yang menggoncang iman kita.


Siapapun yang sekolah pasti akan diuji untuk menaikkan tingkatnya. Lain halnya dengan yang tidak sekolah, mereka tidak akan diuji. Maka beruntunglah orang-orang yang diuji oleh Allah dan mereka mampu melewati ujian tersebut dengan baik.

Bagi orang taat, beragam kesulitan hidup, bencana alam, kelaparan, dsb adalah ujian untuk menaikkan derajat sekaligus penggugur dosa-dosanya. Dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda, "Jika Allah menghendaki kebaikan bagi seorang hamba, maka diujinya ia dengan musibah". Dalam hadis lain disabdakan pula, "Tiada sesuatu yang mengenai seorang Mukmin berupa penderitaan atau kelelahan (penat) atau risau hati dan pikiran, melainkan kesemuanya itu akan menjadi penebus dosanya" (HR Bukhari Muslim).


Lain halnya bagi orang taat tapi berlaku maksiat, musibah adalah peringatan agar ia kembali kepada Allah. Sedangkan bagi ahli maksiat, musibah adalah awal dari bencana yang lebih besar lagi (khususnya di akhirat).


Saudaraku, kita sering menganggap ujian hanya berbentuk kesusahan saja. Padahal, kemudahan dan kelapangan hidup pun hakikatnya adalah ujian. Ujian kesusahan biasanya memudahkan kita kembali kepada Allah. Sebaliknya, ujian kemudahan dan kelapangan tidak jarang malah menjauhkan kita dari Allah. Betapa banyak orang yang celaka dan lupa diri justeru saat ia dalam kelapangan! Kerana itu, andai kelapangan tidak membuat kita lebih taat dan dekat dengan Allah, maka kita termasuk yang tidak lulus ujian.

Hilangnya kesempatan beramal adalah musibah. Apalagi bila kita sudah tahu ilmunya, namun tidak mau beramal, benar-benar sebuah musibah. Allah SWT berfirman, Hai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat? Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tiada kamu kerjakan (QS Ash Shaff [61]: 2-3).


Kerana itu, berhati-hatilah saat kita diberi nikmat, kelapangan atau kemudahan, tapi semua itu tidak membuat kita semakin dekat dengan Allah. Boleh jadi nikmat tersebut adalah istidjraj, di mana Allah menghinakan kita dengan segala nikmat-Nya.

Bisa saja kita memandang prihatin saudara-saudara kita yang terkena bencana alam. Padahal, diri kita sendiri yang paling layak dikasihani, seandainya kelapangan dan kemudahan itu tidak kita syukuri. Sedangkan mereka, di tengah kesusahan hidup, kalau sabar, Allah pasti memuliakan dan mengangkat darjat mereka.

SUDAHLAH! MAAFKAN SAJA....

Bayangkan Anda sedang menghadiri pesta yang amat meriah. Semua orang tampil dengan pakaian terbaik. Makanan yang dihidangkan pun tampak lazat dan mengundang selera. Saat Anda baru untuk mengambil makanan, tiba-tiba seseorang yang sangat Anda percaya berbisik di telinga Anda, ''Hati-hati, banyak makanan tak halal disini, bahkan ada beberapa yang beracun!''

Saya berani menjamin Anda akan membatalkan niat mengambil makanan. Boleh jadi Anda pun langsung pulang ke rumah. Anda benar, hanya orang bodohlah yang mau menyantap makanan tersebut. Kita tak mau makan sembarangan. Kita sangat peduli pada kesihatan kita.

Anehnya, kita sering -- bahkan dengan sengaja -- memasukkan ''makanan-makanan beracun'' ke dalam fikiran kita. Kita tak sedar bahawa inilah sumber penderitaan kita. Salah satu makanan yang paling berbahaya tersebut bernama: ketidakmauan kita untuk memaafkan orang lain!

Ketidakmauan memaafkan adalah penyakit berbahaya yang memusnah kebahagiaan kita. Kita sering menyimpan amarah. Kita marah kerana dunia berjalan tak sesuai dengan kemauan kita. Kita marah kerana pasangan, anak, orang tua, atasan, bawahan, dan rakan kerja, tak melakukan apa yang kita inginkan. Lebih parah lagi, kita memendam kemarahan ini berhari-hari, bahkan bertahun-tahun.

Memang banyak sekali kejadian yang memancing emosi kita. Pembawa motor yang memaki kita, kereta yang mmemotong menyalib dan hampir membuat kita celaka, orang yang mencuri ATM kita, ahli politikus yang hanya memperjuangkan perutnya sendiri, adik yang sering minta bantuan tapi tak pernah mengucapkan terima kasih, pembantu yang membohongi kita, maupun bos yang peliknya luar biasa. Kita mungkin berfikir bahawa orang-orang tak tahu diri ini sudah sepantasnya kita benci. Tapi kita lupa bahawa kebencian yang kita simpan hanyalah merugikan kita sendiri.

Sudah menjadi tabiat manusia, tatkala hatinya disakiti, dia akan merasa sakit hati dan boleh jadi berujung dengan kedendaman. Walaupun demikian, bukan bererti kita harus dendam setiap kali ada yang menyakiti. Malah sebaliknya, jika kita dizalimi, maka doakanlah orang-orang yang menzalimi itu agar bertaubat dan menjadi orang soleh. Mampukah kita melakukannya?

Para nabi-nabi adalah sosok yang hatinya bersih dari sifat dendam. Walau ia dihina, dicaci maki, difitnah, bahkan hendak dibunuh, tak sedikit pun ia mendendam. Bahkan, ia mati-matian berbuat baik kepada orang-orang tersebut dan begitu ringannya ia memaafkan.

Penelitian menunjukkan ketidakrelaan memaafkan orang lain memiliki kesan hebat terhadap tubuh kita: menciptakan ketegangan, mempengaruhi peredaran darah dan sistem kekebalan, meningkatkan tekanan jantung, otak dan setiap organ dalam tubuh kita. Kemarahan yang terpendam mengakibatkan berbagai penyakit seperti pusing, sakit punggung, leher, dan perut, bimbang, kurang tenaga, cemas, tak bisa tidur, ketakutan, dan tak bahagia.

Baru-baru ini saya sempat berinteraksi dengan sekelompok mahasiswa yang mengeluhkan perasaan tertekan dan tak bahagia. Ternyata, kebanyakan dari mereka memendam berbagai kemarahan, baik kepada orang tua maupun orang-orang di sekitar mereka. Salah seorang mengaku telah 10 tahun memendam kebencian kepada wanita yang menjadi isteri kedua ayahnya. Si ayah yang dijuluki orang paling soleh di pejabatnya tanpa diduga mempunyai ''simpanan.'' Wanita ini kemudian dinikahinya, dan akhirnya meninggal kerana stroke lima tahun lalu. Tapi, kemarahan dan kebencian si anak hingga kini belum juga mereda.

Kita harus terus berlatih untuk mengikis sifat dendam tersebut. Sebagai ilustrasi, kita bisa belajar dari para ahli karate yang berhasil menghancurkan batubata dengan tangannya. Pertama kali memukulnya, bata tersebut tidak langsung hancur. Tapi, dia tak patah semangat. Diulanginya terus usaha untuk menghancurkan bata tersebut. Akhirnya, pada pukulan kesekian, pada hari kesekian, bata tersebut berhasil dihancurkan. Memang, tangannya bengkak-bengkak, tetapi dia mendapatkan hasil yang diinginkan.

Begitu pula dengan hati. Jika hati dibiarkan sensitif, maka hati ini akan mudah sekali terluka. Akan tetapi, jika hati sering dilatih, maka hati kita akan semakin siap menghadapi pukulan dari berbagai arah. Jika kita telah disakiti seseorang, kita jangan melihat orang tersebut, tetapi lihatlah dia sebagai sarana ujian dan ladang amal kita terhadap Yang Maha Kuasa. Kita akan semakin sakit, tatkala melihat dan mengingat orangnya.

Untuk mencapai kebahagiaan, kita perlu mengubah cara pandang kita. Sumber kebahagiaan ada dalam diri kita sendiri, bukan di luar. Justeru jangan terlalu memusingkan perilaku orang lain. Sebaliknya, belajarlah memaafkan. Kunci memaafkan adalah memahami ketidaktahuan. Banyak orang yang melakukan kesalahan kerana ketidaktahuan. Kalaupun mereka sengaja melakukannya, itupun kerana mereka sebenarnya tak tahu. Mereka tak tahu bahawa kejahatan bukanlah untuk orang lain tetapi untuk mereka sendiri.

Orang yang suka memaki dan bersikap kasar sebenarnya tak menyedari bahawa mereka sedang menzalimi dirinya sendiri. Suatu ketika ia akan kena batunya. Inilah konsep logik dari hukum alam.

Mempraktikkan konsep memaafkan akan membuat hidup lebih ringan. Saya ingat, saat sedang duduk menunggu anak saudara saya sekolah pada minggu lalu, seorang ibu yang yang lalu membawa tas tangan yang cukup berat terkena ke kepala saya di dalam kereta, tanpa permisi apalagi minta maaf. Orang-orang yang melihat kejadian itu menggeleng-gelengkan kepala sambil mencela kegopohan dan kebiadapannya. Saya mencoba mempraktikkan konsep ini, dan langsung memaafkannya. Ibu itu kelihatannya sedang kalut. Tak mungkin ia sengaja membuat saya begitu saja.

Jika kita menjadi lebih baik, Tuhan tentu akan memuliakan kita. Jika Tuhan sudah memuliakan, maka kita tidak akan menjadi hina kerana hinaan orang lain. Untuk mencapai kebahagiaan, berikanlah maaf kepada orang lain. Hentikan kebiasaan menyalahkan orang lain. Ingatlah, kesempurnaan manusia justeru terletak pada ketidaksempurnaannya. Hanya Allah-lah yang Maha Suci dan Maha Sempurna. Saya menyukai apa yang dikemukakan Gerarld G Jampolsky dalam bukunya Forgiveness, The Greatest Healer of All. ''Rela memaafkan adalah jalan terpendek menuju Tuhan.'' Itulah kunci kemuliaan diri.

KITA TAKKAN BISA MEMBALASNYA....

“Boleh saya melihat bayi saya?" pinta seorang ibu yang baru melahirkan penuh kebahagiaan. Ketika gendongan itu berpindah ke tangannya dan ia membuka selimut yang membungkus wajah bayi lelaki yang mungil itu, ibu itu menahan nafasnya. Doktor yang menungguinya segera berbalik memandang ke arah luar jendela rumah sakit. Bayi itu dilahirkan tanpa kedua belah telinga!

Waktu membuktikan bahawa pendengaran bayi yang kini telah tumbuh menjadi seorang anak itu berfungsi dengan sempurna. Hanya penampilannya saja yang tampak aneh dan buruk. Suatu hari anak lelaki itu bergegas pulang ke rumah dan membenamkan wajahnya di pelukan si ibu sambil menangis. Ia tahu hidup anak lelakinya penuh dengan kekecewaan dan tragedi. Anak elaki itu terisak-isak berkata, " Mereka di luar sana mengejekku. Katanya, aku ini makhluk aneh."

Anak lelaki itu tumbuh dewasa. Ia cukup tampan meski cacat telinganya. Iapun disukai teman-teman sekolahnya. Ia juga mengembangkan bakatnya di bidang muzik dan menulis. Ia ingin sekali menjadi ketua kelas. Ibunya mengingatkan, "Bukankah nantinya kau akan bergaul dengan remaja-remaja lain?" Namun dalam hati ibu merasa kasihan dengannya.

Suatu hari ayah anak lelaki itu bertemu dengan seorang doktor yang bisa menyambung atau pembedahan telinga untuknya. "Saya percaya saya bisa memindahkan sepasang telinga untuknya. Tetapi harus ada seseorang yang bersedia mendermakan telinganya," kata doktor. Kemudian, orangtua anak lelaki itu mulai mencari siapa yang mau mengorbankan telinga dan mendermakannya pada mereka.Beberapa bulan sudah berlalu. Dan tibalah saatnya mereka memanggil anak lelakinya,

"Nak, seseorang yang tak ingin dikenal telah bersedia memberi telinganya padamu. Kami harus segera menghantarmu ke hospital untuk dilakukan pembedahan. Namun, semua ini sangatlah rahasia." kata sang ayah.

Pembedahan berjalan dengan sukses. Seorang lelaki baru pun lahirlah. Bakat muziknya yang hebat itu berubah menjadi kegeniusan. Ia pun menerima banyak penghargaan dari sekolahnya. Beberapa waktu kemudian ia pun menikah dan bekerja sebagai seorang diplomat. Ia menemui ayahnya, "Yah, aku harus mengetahui siapa yang telah bersedia mengorbankan ini semua padaku. Ia telah berbuat sesuatu yang besar namun aku sama sekali belum membalas kebaikannya."

Ayahnya menjawab, "Ayah yakin kau takkan bisa membalas kebaikan hati orang yang telah memberikan telinga itu." Setelah terdiam sesaat ayahnya melanjutkan, "Sesuai dengan perjanjian, belum saatnya bagimu untuk mengetahui semua rahsia ini."

Tahun berganti tahun. Kedua orangtua lelaki itu tetap menyimpan rahsia. Hingga suatu hari tibalah saat yang menyedihkan bagi keluarga itu. Di hari itu ayah dan anak lelaki itu berdiri di tepi jenazah ibunya yang baru saja meninggal. Dengan perlahan dan lembut, sang ayah membelai rambut jenazah ibu yang terbujur kaku itu, lalu menyibaknya sehingga tampaklah...bahawa sang ibu tidak memiliki telinga.

"Ibumu pernah berkata bahwa ia senang sekali bisa memanjangkan rambutnya," bisik sang ayah. "Dan tak seorang pun menyedari bahawa ia telah kehilangan sedikit kecantikannya bukan?"

Si anak sudah tidak mampu membendung air matanya dari berjuraian. Betapa menyesali kerana andainya ada suatu masa ia dapat menyisir rambut ibu, membelai rambut ibu atau paling tidak mahu membisik sesuatu pada ibu; pasti dia melihat semua ini tanpa menunggu saat ibu tidak mampu lagi berkata-kata apa-apa lagi……

Demikianlah, seorang insan yang mempunyai pelbagai gelar mak, ibu, umi, mama, bonda dan bermacam lagi, namun dia tetap tiada galang gantinya sampai matahari terbit di sebelah barat.