DOAKAN CINTAKU LAHIR LAGI














Sudah ku kata sejujurnya

Betapa aku menyayangimu

Tanpa tahu punca terbitnya

Mengapa aku jadi begitu


Hanya bersamamu malamku

Sungguh tiada selain dirimu

Sebelum atau sesudah ini

Tidak pernah aku sebegini


Oh! Kasih percayalah padaku

Mendalamnya sayang padamu

Bukan sekadar peneman sepi

Bukan cuma permainan nafsi


Biarlah aku dianggap gila

Mengasihimu ke serata jiwa

Kerna lafaz sayang dari hati

Seni yang tak pernah mati

Ku doakan CINTAku lahir lagi

Tapi bukan untuk seperti ini


INDAHNYA KASIH SAYANG....


Maha Suci ALLAH, Zat yang mengurniakan kasih sayang kepada makhluk-makhlukNya. Tidaklah kasih sayang melekat pada diri seseorang, kecuali akan memperindah orang tersebut, dan tidaklah kasih sayang terlepas dari diri seseorang, kecuali akan memperburuk dan menghinakan orang tersebut.

Betapa tidak? Jikalau kemampuan kita menyayangi orang lain tercabut dari dalam hidup, maka itulah biang dari segala bencana, kerana kasih sayang ALLAH Azza wa Jalla ternyata hanya akan diberikan kepada orang-orang yang masih hidup kasih sayang di kalbunya.

Natijahnya, jelas menggemparkan masyarakat baru-baru ini apabila seorang ayah sanggup membunuh isteri yang sedang menyusukan anak kecilnya. Bahkan anak kecil comel itu turut terkorban. Begitulah, kekejian demi kekejian, kebiadaban demi kebiadaban menjadi simbol kehinaan martabat manusia. Hal ini terjadi, tiada lain karena telah tercabutnya kurnia kasih sayang yang ALLAH semayamkan di dalam kalbunya.

Justeru, kita harus berjuang dengan sekuat tenaga agar hati nurani kita hidup. Tidak berlebihan jikalau kita mengasahnya dengan merasakan keterharuan dari kisah-kisah orang yang rela meluangkan waktu untuk memperhaikan orang lain. Kita dengar bagaimana ada orang yang rela bersusah-payah membacakan buku, akhbar, atau juga surat kepada orang-orang tua, sehingga mereka bisa belajar, memperoleh informasi, dan mendapatkan ilmu yang lebih luas.

Rasulullah SAW dalam hal ini bersabda, "ALLAH SWT mempunyai seratus rahmat (kasih sayang), dan menurunkan satu rahmat (dari seratus rahmat) kepada jin, manusia, binatang, dan hewan melata. Dengan rahmat itu mereka saling berbelas-kasih dan berkasih sayang, dan dengannya pula binatang-binatang buas menyayangi anak-anaknya. Dan (ALLAH SWT) menangguhkan 99 bagian rahmat itu sebagai kasih sayang-Nya pada hari kiamat nanti." (H.R. Muslim).

Dari hadis ini jelas megisyaratkan walau hanya satu rahmat-Nya yang diturunkan ke bumi, namun kesannya bagi seluruh makhluk sungguh luar biasa sekali. Oleh itu, sudah sepantasnya jikalau kita merindukan kasih sayang, perhatian, dan perlindungan ALLAH SWT, tanyakanlah kembali pada diri ini, sampai sejauh mana kita menghidupkan kalbu untuk saling berkasih sayang bersama makhluk lain?!

Kasih sayang dapat diibaratkan sebuah mata air yang selalu bergejolak keinginannya untuk mengalirkan kandungannya tanpa pernah habis. Kepada air yang telah mengalir untuk selanjutnya menderas mengikuti alur sungai menuju lautan luas, mata air sama sekali tidak pernah mengharapkan ia kembali.

Sama pula seperti pancaran sinar cerah matahari di pagi hari, dari dulu sampai sekarang ia terus-menerus memancarkan sinarnya tanpa henti, dan sama pula, matahari tidak mengharap sedikit pun sang cahaya yang telah terpancar kembali pada dirinya. Seharusnya seperti itulah sumber kasih sayang di kalbu kita, ia benar-benar melimpah terus tidak pernah ada habisnya.

Tidak ada salahnya agar muncul kepekaan kita menyayangi orang lain, kita mengawalinya dengan menyayangi diri kita dulu. Mulailah dengan menghadapkan tubuh ini ke cermin seraya bertanya-tanya:
Apakah wajah indah ini akan bercahaya di akhirat nanti, atau sebaliknya, wajah ini akan rentung terbakar nyala api jahannam?

Tataplah hitamnya mata kita, apakah mata ini, mata yang bisa menatap ALLAH, menatap Rasulullah SAW, menatap para kekasih ALLAH di syurga kelak, atau mungkin akan terburai karena kemaksiatan yang pernah dilakukan?

Bibir kita, apakah ia akan bisa tersenyum gembira di syurga sana atau bibir ini kelak menjulurkan lidah yang dipenuhi nanah-nanah yang mendidih?

Perhatikan pula tubuh tegap kita, apakah ia akan dilitupi penuh cahaya di syurga sana, sehingga layak berdampingan dengan si pemiliki tubuh mulia, Rasulullah SAW, atau tubuh ini akan panas membara, menjadi bahan bakar bersama hangusnya batu-batu di kerak neraka jahannam?

Ketika memandang kaki, tanyakanlah apakah ia senantiasa melangkah di jalan ALLAH sehingga berhak menginjakkannya di syurga kelak, atau mungkinkah kaki ini nanti akan disiat-siat dengan pisau yang berduri?

Bersihnya kulit kita, renungkanlah apakah ia akan menjadi indah bercahaya ataukah akan hitam legam karena dijilat lidah api jahannam?
Mudah-mudahan dengan mencermin diri sambil menafakuri diri, kita akan lebih mempunyai kekuatan untuk menjaga diri kita.

Jangan pula meremehkan makhluk ciptaan ALLAH, sebab tidaklah ALLAH menciptakan makhluk-Nya dengan sia-sia. Semua yang ALLAH ciptakan syarat dengan ilmu, hikmah, dan ladang amal. Semua yang bergerak, yang terlihat, yang terdengar, dan apa saja kurnia dari ALLAH Azza wa Jalla adalah jalan bagi kita untuk bertafakur jikalau hati ini bisa menyentuhnya dengan penuh kasih sayang.

Dikisahkan di hari akhir datang seorang hamba ahli ibadah kepada ALLAH dengan membawa aneka pahala ibadah, tetapi ALLAH malah menyatakannya sebagai ahli neraka, mengapa? Ternyata karena suatu ketika si ahli ibadah ini pernah mengurung seekor kucing sehingga si kucing tidak dapat mencari makan dan tidak pula diberi makan oleh si ahli ibadah ini. Akhirnya mati kelaparanlah si kucing ini. Ternyata walau ia seorang ahli ibadah, laknat ALLAH tetap menimpa si ahli ibadah ini, dan ALLAH menetapkannya sebagai seorang ahli neraka, semuanya lantaran tiadanya kasih sayang di kalbunya.

Tetapi ada kisah sebaliknya, suatu waktu seorang wanita berlumur dosa sedang beristirehat di sebuah telaga yang berair dalam di sebuah lembah padang pasir. Tiba-tiba datanglah seekor anjing yang menjulur-julurkan lidahnya seakan sedang merasakan kehausan yang luar biasa. Walau tidak mungkin terjangkau kerena dalamnya air telaga itu, anjing itu tetap berusaha menjangkaunya, tapi tidak dapat. Melihat kejadian ini, tergeraklah si wanita untuk menolongnya. Dibukalah kasutnya untuk digunakan menceduk air, setelah air didapat, diberikannya pada anjing yang kehausan tersebut. Subhanallah, dengan izin ALLAH, terampunilah dosa wanita ini.

Demikianlah, jikalau hati kita mampu merasai derita makhluk lain, insya‘ALLAH keinginan untuk berbuat baik akan muncul dengan sendirinya.

Bagi seorang hamba yang tumbuh kasih sayang di kalbunya, ketika datang orang yang berhajat meminjam wang, secara tidak sedar muncul rasa hiba terhadap penderitaan orang lain. Bahkan jauh di lubuk hatinya yang paling dalam akan membayangkan bagaimana jikalau yang menderita itu dirinya. Terlebih lagi dia sangat menyedari ada hak orang lain yang dititipkan ALLAH dalam hartanya. Justeru itulah, dia begitu ringan memberikan sesuatu kepada orang yang memang memerlukan bantuannya.

Ingatlah, hidupnya hati hanya dapat dibuktikan dengan apa yang mampu kita lakukan untuk orang lain dengan ikhlas. Apa ertinya hidup kalau tidak punya manfaat? Padahal hidup di dunia cuma sekali dan itupun hanya mampir sebentar saja. Tidak ada salahnya kita berpikir terus dan bekerja keras untuk menghidupkan kasih sayang di hati ini. Insya’ALLAH bagi yang telah tumbuh kasih sayang di kalbunya, ALLAH Azza wa Jalla, Zat yang Maha Melimpah Kasih Sayang-Nya akan mengurniakan ringannya mencari nafkah dan ringan pula dalam menafkahkannya di jalan ALLAH, ringan dalam mencari ilmu dan ringan pula dalam mengajarkannya kepada orang lain, ringan dalam melatih kemampuan diri dan ringan pula dalam membela orang lain yang teraniaya.

Cara lain yang dianjurkan Rasulullah SAW untuk menghidupkan hati nurani agar senantiasa diliputi nur kasih sayang adalah dengan melakukan banyak silaturrahim, menyambung hubungan yang pernah terputus, bantulah saudara-saudara kita yang ditimpa musibah meskipun kita tidak pernah bersua dengannya, runtuhkanlah berhala-berhala keegoaan yang mendiami di dada kita sehingga menimbulkan jaraka perhubungan dan lihatlah orang lain sebagaimana keinginan kita mahu orang lain menilai kita. Insya’ALLAH hati kita akan melembut karena senantiasa tercahayai pancaran sinar kasih sayang. #

DIALAH PENDITA SUKMA.....

Kita selalu membicarakan tentang betapa besarnya peranan, jasa dan pengorbanan seorang ibu di dalam hidup kita. Namun demikian, apakah kita tidak sedar ataupun terlupa akan besarnya tanggungjawab dan pengorbanan yang diberikan oleh seorang bapa?

Sebuah bahtera akan hanyut tanpa haluan jika tiada seorang nakhoda yang mengemudinya.

Bapa ibarat seorang nakhoda di dalam bahtera keluarga. Begitulah diibaratkan betapa besarnya peranan seorang bapa di dalam sebuah keluarga. Bertanggungjawab dan berperanan besar dalam membawa haluan keluarga…untuk ke mana akhirnya…?

Hidup seorang anak tidak akan lengkap tanpa kasih sayang dari seorang bapa. Hidup seorang isteri yang bergelar ibu tidak akan sempurna tanpa kasih sayang, dorongan dan sokongan dari seorang suami yang bergelar bapa.

Jika anda seorang bapa atau seorang lelaki yang insyaAllah suatu hari nanti akan menjadi bapa, janganlah menganggap anda berada di kelas kedua di dalam ‘ranking’ kasih sayang dari seorang anak. Tidak sama sekali! Bukan ‘sayang kelas kedua’. Anda masih berada di kelas yang pertama bersama ibu, kerana ketaatan untuk kedua ibu dan bapa adalah satu, walau ibu yang perlu diutamakan terlebih dahulu. Ketaatan yang paling utama adalah pada Allah dan Rasulullah s.a.w. (tidak perlu di dalam ‘ranking’ kerana itu yang paling aula dan perlu diletakkan di tempat yang paling atas dan utama antara semua).

Besar tanggungjawab dan pengorbanan yang diberikan oleh anda sebenarnya! Segalanya demi menjamin kebahagiaan rumahtangga yang dibina. Jadi, berbanggalah kerana Allah telah mentakdirkan anda menjadi seorang lelaki! Seorang lelaki yang gagah perkasa dan sentiasa bersemangat waja dalam melindungi serta membahagiakan keluarga.

Oleh yang demikian, jika anda masih mempunyai bapa, sayangi dan hargailah segala jasa dan pengorbanannya. Berbaktilah kepadanya dan berdo’alah untuk kesejahteraan hidupnya di dunia dan di akhirat. Walau macam mana pun sikapnya, dia adalah bapa anda kerana tanpanya, tiadalah anda di dunia ini. Dan kalau bukan kerana sikap dan tindakannya yang sebegitu, tidaklah anda seperti sekarang ini!

Bagi anda yang sudah ketiadaan bapa, hadiahkanlah do’a dan ziarahilah pusaranya.. Kerana anda adalah seorang anak yang soleh! Itulah antara tindakan seorang anak soleh. Jika anda ingin anak-anak anda melakukan sedemikian, diri anda perlu melakukannya terlebih dahulu kepada bapa anda sendiri! Kerana hanya do’a dan amalan anak yang soleh sahaja akan berguna kelak. Seperti sabda Rasulullah s.a.w;
"Apabila mati seseorang anak Adam maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga punca: sedekah yang berkekalan, Ilmu yang bermanfa'at, dan anak yang soleh yang mendoakannya." (diriwayat oleh Muslim).

Dialah guru, dialah ustaz, dialah driver, dialah mekanik, dialah juruteknik, dialah manager dan dialah segalanya. Segala pekerjaan dilakukan olehnya. Itulah bapa! mana nak dicari seseorang yang sanggup menjadi semua dalam satu masa?

Biasanya sikap seorang bapa lebih suka berdiam diri dalam banyak perkara berbanding ibu. Begitu juga dalam perkara yang melibatkan anak-anak. Kerana ibu yang lebih banyak ‘mengeluarkan bicara’ berbanding bapa… :). Tetapi bila sekali beliau megeluarkan kata-kata, itulah yang lebih diberi perhatian kerana kata-katanya yang penuh makna.

Begitu juga pada waktu ketika marah. Susah dapat melihat seorang bapa marah sebenarnya, tapi bila sekali marah… siaplah…. Tetapi itu berlaku kepada-anak kecil yang nakal. Tetapi apabila anak-anak sudah dewasa, tiada perkara yang perlu dimarahkan lagi. Cuma sekadar menasihati kerana semua anak-anak sudah besar panjang, sudah boleh berfikir sendiri yang mana baik dan yang mana buruk untuk masa depan.

Koleksi poem berikut ditujukan khas buat seorang lelaki yang banyak berkorban di dalam keluarga dan hidup. Tanpanya siapalah kita, itulah bapa tersayang; pendita sukma yang mengerti gerak hati seorang anak.

OUR FATHERS

Our fathers toil with hands and heart
To make our lives complete.
They quietly brave the winter cold,
Endure the summer heat.

Our fathers' lives are busy, but
There's always time for us.
They boldly face the ups and downs
And seldom ever fuss.

Our fathers are the greatest dads.
We know you know this, too.
But thank you for the chance to share
Our love for them with you.

A FATHER MEANS...

A Father means so many things...
An understanding heart,
A source of strength and of support
Right from the very start.
A constant readiness to help
In a kind and thoughtful way.
With encouragement and forgiveness
No matter what comes your way.
A special generosity and always affection, too
A Father means so many things
When he's a man like you...

A SIMPLE HUG

There's something in a simple hug
That always warms the heart;
It welcomes us back home
And makes it easier to part.

A hug is a way to share the joy
And sad times we go through,
Or just a way for friends to say
They like you 'cause you're you.

Hugs are meant for anyone
For whom we really care,
From your grandma to your neighbor,
Or a cuddly teddy bear.

A hug is an amazing thing -
It's just the perfect way
To show the love we're feeling
But can't find the words to say.

It's funny how a little hug
Makes everyone feel good;
In every place and language,
It's always understood.

And hugs don't need new equipment,
Special batteries or parts -
Just open up your arms
And open up your hearts.

FATHERS ARE WONDERFUL PEOPLE

Fathers are wonderful people
Too little understood,
And we do not sing their praises
As often as we should…

For, somehow,
Father seems to be
The man who pays the bills,
While Mother binds up little hurts
And nurses all our ills...

And Father struggles daily
To live up to "his image"
As protector and provider
And "hero of the scrimmage"...

And perhaps that is the reason
We sometimes get the notion,
That Fathers are not subject
To the thing we call emotion,

But if you look inside Dad's heart,
Where no one else can see
You'll find he's sentimental
And as "soft" as he can be...

But he's so busy every day
In the grueling race of life,
He leaves the sentimental stuff
To his partners and his wife...

But Fathers are just wonderful
In a million different ways,
And they merit loving compliments
And accolades of praise,

For the only reason
Dad aspires
To fortune and success
Is to make the family proud of him
And to bring them happiness...

And like Our Heavenly Father,
He's a guardian and a guide,
Someone that we can count on

To be always on our side.

"SELAMAT MENYAMBUT HARI BAPA"

HATI YANG BENING....


Saudara-saudaraku, sungguh beruntung bagi siapapun yang mampu menuntun kalbunya menjadi bening (tenang), jernih, bersih, dan selamat. Sungguh berbahagia dan mengesankan bagi siapapun sekiranya memiliki kalbu yang terdidik, terpelihara, dan terawat dengan sebaik-baiknya. Karena selain senantiasa merasakan kelapangan, ketenangan, ketenteraman, kesejukan, dan indahnya hidup di dunia ini, pancaran kebeningan hati pun akan terserlah pula indahnya dalam setiap aktiviti yang dilakukan.

Betapa tidak, orang yang hatinya dituntun dengan baik, wajahnya akan jauh lebih jernih. Bagai embun tergaing di hujung dedaunan di pagi hari yang cerah lalu terpancari sejuknya sinar mentari pagi; jernih, bersinar, sejuk, dan menyegarkan. Tidak berlebihan jika setiap orang akan merasa nikmat menatap pemilik wajah yang cerah, ceria, penuh dengan senyuman tulus seperti ini.

Begitu pula ketika berkata, kata-katanya akan bersih dari melukai, jauh dari kata-kata yang menyombongkan diri, terlebih lagi ia terpelihara dari kata-kata ria’, subhanallah. Setiap butir kata yang keluar dari lisannya akan terasa sarat dengan hikmah, sarat dengan makna, dan sarat akan mamfaat. Tutur katanya bernas dan berharga. Inilah buah dari lubuk hatinya yang paling dalam untuk senantiasa membahagiakan orang lain.

Kesihatan tubuh pun dibayangi oleh kebeningan hati, buah dari kemampuannya mendidik hati. Detak jantung menjadi terpelihara, tekanan darah terjaga, ketegangan berkurang,dan kondisi diri yang selalu diliputi kedamaian. Tentu saja tubuh yang sihat dan segar seperti ini akan jauh lebih memungkinkan untuk berbuat banyak manfaat kepada umat.

Orang yang bening hati, akal pikirannya pun akan jauh lebih jernih. Baginya tidak ada waktu untuk berfikir jelek sedetik pun jua. Apalagi berfikir untuk menzalimi orang lain, sama sekali tidak terlintas dibenaknya. Waktu baginya sangat berharga. Mana mungkin sesuatu yang berharga digunakan untuk hal-hal yang tidak berharga? Sungguh suatu kebodohan yang tidak terkira.Ini disebabkan dalam menjalani setiap detik yang dilaluinya ia pusatkan segala kemampuannya untuk menyelesaikan setiap tugas hidupnya. Tak berlebihan jika orang yang berbening hati seperti ini akan lebih mudah memahami setiap permasalahan, lebih mudah menyerap aneka ilmu pengetahuan, dan lebih cerdas dalam melakukan beragam kreativiti pemikiran. Subhanallah, bening hati ternyata telah membuahkan aneka keputusan yang padu dari kemampuan akal fikirannya.

Walhasil, orang yang telah terdidik hatinya adalah orang yang telah berhasil merintis tapak demi tapak jalan ke arah kebaikan tidak menghairankan ketika ia menjalin hubungan dengan sesama manusia pun menjadi sesuatu yang teramat indah. Hatinya yang bersih membuat terpancar darinya akhlak yang indah mempesona, rendah hati, dan penuh dengan kesantunan. Siapapun yang berjumpa akan merasa kesan yang mendalam, siapapun yang bertemu akan memperoleh aneka manfaat kebaikan, bahkan ketika berpisah sekalipun, orang seperti ini menjadi buah kenangan yang tak mudah dilupakan.

Dan, Subhanallah, lebih dari semua itu, kebeningan hatipun ternyata dapat membuat hubungan dengan Allah menjadi luar biasa manfaatnya. Dengan berbekal keyakinan yang mendalam, mengingat dan menyebut-Nya setiap saat, meyakini dan mengamalkan ayat-ayat-Nya, membuat hatinya menjadi tenang dan tenteram. Natijahnya, dia pun menjadi lebih akrab dengan Allah, ibadahnya lebih terasa nikmat dan lazat. Begitu pula do’a-do’anya menjadi luar biasa mustajabnya. Mustajabnya do’a tentu akan menjadi pemutus kata bagi persoalan-persoalan hidup yang dihadapinya. Dan yang paling luar biasa adalah kurniaan perjumpaan dengan Allah Azza wa Jalla di akhirat kelak, Allahu Akbar.

Pendek kata orang yang bersih hati itu, luar biasa nikmatnya, luar biasa bahagianya, dan luar biasa mulianya. Tidak hanya di dunia ini, tapi juga di akhirat kelak. Tidak rindukah kita memiliki hati yang bersih?

Bandingkanlah pula dengan orang yang berperilaku sebaliknya; berhati busuk, minda berserabut, dan kusut masai. Wajahnya bermuram durja, kusam, dan senantiasa tampak resah dan gelisah. Kata-katanya bengis, kasar, dan mengguriskan. Hatinya pun sentiasa dikotori buruk sangka, dendam kesumat, sukar bertolak ansur, mudah tersinggung, tidak senang melihat orang lain bahagia, kikir, dan lain-lain penyakit hati yang terus menerus menumpuk, hingga sulit untuk dihilangkan. Tak berlebihan jika dikatakan bila perilakunya pun menjadi hina dan nista, jauh dari perilaku terhormat, lebih dari itu, badannya pun menjadi mudah terserang penyakit. Penyakit buah dari kebusukan hati, buah dari ketegangan jiwa, dan buah dari letihnya pikiran diterpa aneka rona masalah kehidupan. Selain itu, akal fikirannya pun menjadi sempit dan bahkan lebih banyak berpikir tentang kezaliman.

Oleh itu, bagi orang yang busuk hati sama sekali tidak ada waktu untuk bertambah ilmu. Segenap waktunya habis hanya digunakan untuk memuntahkan ketidaksukaannya kepada orang lain. Tidak menghairankan bila hubungan dengan Allah SWT pun menjadi hancur berantakan, ibadah tidak lagi menjadi nikmat dan bahkan menjadi rosak danmerosakkan. Lebih rugi lagi, ia menjadi jauh dari rahmat Allah. Akibatnya pun jelas, do’a menjadi tidak ijabah (terkabul), dan aneka masalah pun segera datang menghampiri, naudzubillaah (kita berlindung kepada Allah).

Ternyata hanya kerugian demi kerugian saja yang didapati orang berhati busuk. Betapa malangnya. Lantas Allah SWT dalam hal ini telah mengingatkan kita dalam sebuah Firman-Nya :

"Sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu. Dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya." (Q.S. Asy-Syam [91] : 9 – 10).

Ingatlah saudaraku, hidup hanya sekali dan siapa tahu tidak lama lagi; mungkin esok lusa kita akan kembali ke hadrat ILLAHI . Marilah kita bersama-sama dalam barisan orang-orang yang terus memperbaiki diri, dan mudah-mudahan kita menjadi contoh awal bagaimana menjadikan hidup ini indah dan menguntungkan dengan bening hati, Insya’ALLAH.****

AMAL YANG TETAP BERMAKNA,,,,

Berhati-hatilah bagi orang-orang yang ibadahnya berkala atau tidak tetap, karena boleh jadi perbuatan tersebut merupakan tanda-tanda keikhlasannya belum sempurna; kerana ibadah yang dilakukan secara tidak tetap tiada lain, ukurannya adalah urusan duniawi. Ia hanya akan dilakukan kalau sedang menginginkan sesuatu, sedang dilanda musibah, atau sedang disempitkan oleh ujian dan kesusahan, meningkatlah amal ibadahnya. Tidak demikian halnya ketika pertolongan ALLAH datang, kemudahan menghampiri, dan kesenangan berdatangan tetapi terus berpaling dari ALLAH. Lupa pada setiap janji yang diikrarkan.

Bagi yang amalnya tidak tetap, ketika menjelang pernikahan tiba-tiba saja ibadahnya jadi meningkat, shalat wajib tepat waktu, tahajud nampak khusus, tapi anehnya ketika sudah menikah, jangankan tahajud, shalat subuh pun terlambat. Ini perbuatan yang memalukan. Sudah diberi kesenangan, justru malah melalaikan perintah-Nya. Harusnya sesudah menikah berusaha lebih gigih lagi dalam ber-taqarrub kepada ALLAH sebagai bentuk ungkapan rasa syukur.

Ketika berwudhu, misalnya, ternyata disamping kita ada seorang ulama yang cukup terkenal dan disegani, wudhu kita pun secara sedar atau tidak tiba-tiba dibagus-baguskan. Lain lagi ketika tidak ada siapa pun yang melihat, wudhu kita pun kembali dilakukan dengan seadanya dan lebih dipercepatkan.

Atau ketika menjadi imam solat, bacaan Quran kita kadangkala digetar-getarkan atau disedih-sedihkan agar orang lain ikut sedih. Tapi sebaliknya ketika solat sendiri, solat kita menjadi kilat, padat, dan cepat. Kalau solat sendirian dia begitu malas, tapi kalau ada orang lain jadi kelihatan lebih bagus. Hati-hatilah bisa jadi ada sesuatu dibalik ketidakikhlasan ibadah-ibadah kita ini. Kerananya kalau melihat amal-amal yang kita lakukan jadi melemah kualiti dan kuantitinya ketika diberi kesenangan, maka itulah tanda bahwa kita kurang ikhlas dalam beramal.

Hal ini berbeza dengan hamba-hamba-Nya yang telah menggapai maqam ikhlas, maqam dimana seorang hamba mampu beribadah secara istiqamah dan terus-menerus berkesinambungan. Ketika diberi kesusahan, dia akan segera saja bersimpuh sujud merindukan pertolongan ALLAH. Sedangkan ketika diberi kelapangan dan kesenangan yang lebih lagi, dia semakin bersimpuh dan bersyukur lagi atas nikmat-Nya ini.

Orang-orang yang ikhlas adalah orang yang kualiti beramalnya dalam kondisi ada atau tidak ada orang yang memperhatikannya adalah sama saja. Berbeza dengan orang yang kurang ikhlas, ibadahnya akan dilakukan lebih bagus ketika ada orang lain memperhatikannya, apalagi bila orang tersebut dihormati dan disegani.

Sungguh suatu keberuntungan yang sangat besar bagi orang-orang yang ikhlas ini. Betapa tidak? Orang-orang yang ikhlas akan senantiasa dianugerahi pahala, bahkan bagi orang-orang ikhlas, amal-amal mubah pun pahalanya akan berubah jadi pahala amalan sunat atau wajib. Hal ini akibat niatnya yang bagus.

Maka, bagi orang-orang yang ikhlas, dia tidak akan melakukan sesuatu kecuali ia kemas niatnya lurus kepada ALLAH saja. Meskipun kalau hendak duduk di kerusi diucapkannya, "Bismilahirrahmanirrahiim, ya ALLAH semoga duduk ini menjadi amal kebaikan". Lisannya yang bening senantiasa memuji ALLAH atas nikmatnya berupa kurnia boleh duduk sehingga ia dapat beristirehat menghilangkan kepenatan. Jadilah duduk ini sebagai wadah bertaqarrub kepada ALLAH.

Begitupun ketika makan, sempurnakan niat dalam hati, sebab sudah seharusnya di lubuk hati yang paling dalam kita meyakini bahwa ALLAH-lah yang memberi makan tiap hari, tiada satu hari pun yang luput dari limpahan curahan nikmatnya.

Kalau membeli sesuatu, perhitungkan juga bahwa apa yang dibeli diniatkan karena ALLAH. Ketika membeli kenderaan, niatkan karena ALLAH. Karena menurut Rasulullah SAW, kendaraan itu ada tiga jenis, 1) Kendaraan untuk ALLAH, 2) Kenderaan untuk syaitan, 3) Kenderaan untuk dirinya sendiri. Apa cirinya? Kalau niatnya benar, dipakai untuk kemudahan untuk beibadah, kebaikan agama dalam menghulurkan bantuan, maka inilah kenderaan untuk ALLAH. Tapi kalau sekadar untuk pamer, ria, ujub, maka inilah kenderaan untuk syaitan

Pastikan bahwa jikalau kita membeli kenderaan, niat kita tiada lain hanyalah kerana ALLAH. Maka bermohon saja kepada ALLAH, "Ya ALLAH saya perlu kenderaan yang layak, yang mampu meringankan untuk menuntut ilmu, yang dapat meringankan untuk berbuat amal, yang bisa meringankan dalam menjaga amanah". Subhanallah bagi orang yang telah meniatkan seperti ini, semuanya dari kendaraan itu ada dalam timbangan kebaikan, insya ALLAH. Sebaliknya jika digunakan untuk maksiat, maka kita juga yang akan menanggungnya.

Kehebatan lain dari seorang hamba yang ikhlas adalah akan memperoleh pahala amal, walaupun sebenarnya belum menyempurnakan amalnya, bahkan belum mengamalkanya. Inilah istimewanya amalan orang yang ikhlas. Suatu saat hati sudah meniatkan mahu bangun malam untuk tahajud, "Ya ALLAH saya ingin tahajud, bangunkan saya jam 3 pagi ini ya ALLAH". Jam loceng pun dihidupkan tapi sayangnya, ketika terbangun ternyata sudah azan subuh. Bagi hamba yang ikhlas, dia akan gembira bercampur sedih. Sedih karena tidak sempat solat tahajud dan gembira kerana ia masih memperoleh pahalanya. Bagi orang yang sudah berniat untuk tahajud dan tidak dibangunkan oleh ALLAH, maka kalau ia sudah bertekad, ALLAH pasti akan memberikan ganjarannya. Mungkin ALLAH tahu, hari-hari yang kita lalui akan menggunakan banyak tenaga. ALLAH Maha Tahu apa yang akan terjadi, ALLAH juga Maha Tahu bahwa kita mungkin telah kekurangan daya karena kesibukan kita terlalu banyak. Hanya ALLAH-lah yang menidurkan kita dengan penuh puas.

Sungguh apapun amal yang dilakukan seorang hamba yang ikhlas akan tetap bermakna, akan tetap bernilai, dan akan tetap mendapatkan balasan pahala yang setimpal. Subhanallah. ***

KASIHNYA KASIH SYURGAWI

Sepanjang hayat ini

Dialah ratu sanubari

Tiada galang ganti

Sampai akhir nanti


Bahasa ibu bahasa kalbu

Mendamai jiwa nan lara

Tuntunan ibu meruntun rindu

Pengorbananmu tiada taranya


Ibu... nafas cinta abadi

Nyawa cinta kurniaan Illahi

Kasihnya ibu kasih syurgawi

Takkan terhenti apalagi mati


Saat mendalamnya rindu ibu

berpalulah kenangan bertalu

bercucuran air mata bertamu

tak bisa melarut rasa rindu itu

MENGENANG SAAT BERSAMA IBU

Mengenang kembali saat bersama ibu memang indah. Terlalu banyak kenangan indah bersama ibu. Apabila tiba waktu melahirkan, dengan penuh jerit payah maka lahirlah kita ke dunia. Lahir sahaja kita ke dunia, ibulah yang paling bahagia menyambutnya. Tidak kiralah kita ini lelaki maupun perempuan. Hitam atau putih, montel atau kurus kering, bermata bulat atau sepek, berhidung mancung atau pesek, semua itu tidak menjadi hal baginya. Ibu menerima kita seadanya.....dengan satu ciuman pembuka tirai kasih. Pada pandangan matanya, kita adalah anak yang paling cantik di dunia ini....kitalah permata hati ibu...

Seteguk susu ibu menghilangkan haus merasmikan bibir comel kita menyentuh makanan di dunia baru. Susu ibulah yang pertama masuk ke dalam rongga tekak kita. Bersama belaian kasih tangan lembut ibu mengusap penuh mesra di dalam dakapannya, kita menikmati makanan enak yang tiada tandingannya di dunia ini. Susu ibu. Betapa anugerah Allah berikan untuk kita nikmati bersama dakapan mesra ibu yang tiada tolok bandingnya. Inilah satu satunya santapan istimewa yang penuh mesra di dalam dakapan ibu.

Dari sehari ke sehari, umur kita bertambah. Dari usia sehari meningkat ke seminggu. Dari seminggu menjadi sebulan. Dari sebulan kita terus membesar sehingga berusia setahun. Kita semakin petah bercakap walaupun kadang kala pelat dan tersangkut sangkut sambil air liur menitis setiap kali mengeluarkan melepaskan kata kata. He...he...he...Sungguh melucukan kita diusia itu. Pastinya kehadiran kita menjadi penyeri hidup ibu dan sumber inspirasinya.

Kita semakin meningkat usia. Dari setahun kesetahun. Kita semakin bijak. Pantas berlari ke sana ke mari. Ibu tetap sabar mengejar kita dan menyambut kita apabila kita dengan sengaja terjun dari meja atau almari. Betapa nakalnya kita diketika itu namun ibu tetap tersenyum mengusap kepala kita di kala kita tidur kelelahan dek kerana penatnya berlarian. Ibu juga tidak kurang penatnya menguruskan kita lebih lebih lagi mengawasi kita sepanjang hari.

Meningkat usia lima atau enam tahun kita dihantar ke tadika. Seawalnya ibu mahu kita pandai serba serbi walaupun yang kita tahu hanya untuk berseronok sahaja ketika itu. Apa yang diajar kadang kala langsung kita tidak faham tetapi kita tetap suka ke tadika. Di situ kita mempunyai ramai rakan sebaya. Boleh bermain walaupun perlu juga belajar. Minat kita pula mula terserlah. Melukis, mewarna, menyanyi, berlakon, mereka cipta dan sebagainya. Lebih lebih lagi apabila cikgu cikgunya juga bagus seperti ibu kita. Penyayang.

Alam persekolahan membuka luas mata kita. Ramai kawan di sekeliling. Kita pula semakin pandai bergaul. Berlakulah saingan, kejar mengejar di dalam mencapai kejayaan di dalam subjek yang dipelajari terutamanya subjek yang merupakan kesukaan kita atau guru subjek itu kita suka. Secara langsung kita juga akan menyukai subjek yang diajarnya. Alam baru yang semakin mencabar ini terus kita terokai ditemani ibu sebagai tempat mengadu.

"Buku latihan saya sudah habis dan perlu dibeli buku baru," kita sering merengek.

"Ibu akan belikan," jawaban ibu sentiasa menenangkan hati kita. "Bersabarlah...."

Tentu sahaja kita akan membalas jawaban ibu dengan pelukan atau sekurang-kurangnya senyuman manja bersama ucapan, "Terima kasih, ibu..." Walau pun kadang kala kita pernah juga dengan tidak sengaja membentak kerana hajat tidak dipenuhi. Bagi ibu, kitalah keutamaannya.

Satu kisah yang berlaku ketika seorang ibu dari sebuah dusun menziarahi Aisyah, isteri Nabi Muhammad, bersama dua anak perempuannya yang masih kecil. Aisyah menghidangkan tiga biji kurma dan hanya itulah sahaja yang ada untuk tetamunya itu.

"Silakanlah makan kurma kurma ini. Hanya inilah sahaja yang ada."

Ibu itu langsung menghulurkan sebiji kurma kepada anak perempuannya setiap seorang manakala sebiji lagi dibiarkannya di dalam piring. Kurma itu tidak dimakannya. Ibu itu terus berbual dengan Aisyah manakala anak anaknya dibiarkan bermain-main tidak jauh dari mereka. Seketika kemudian, kedua dua anak perempuannya berlari mendapatkan mereka semula. Ibu itu tersenyum lalu mengambil sebiji kurma yang berbaki di dalam piring lalu membelahnya. Setiap anaknya diberikan separuh seorang. Aisyah hanya mampu memerhatikan perbuatan ibu itu dengan perasaan terharu.

Alam persekolahan berterusan pula ke peringkat menengah. Kita semakin bijak berkawan. Lebih lebih lagi hampir seharian kita berada di sekolah. Di manakah ibu di waktu itu? Sudah tentu ibu di rumah sekiranya ibu seorang suri rumah dan sudah tentu ibu berada di tempat kerjanya sekiranya ibu kita bekerja. Kita mula belajar menguruskan tanggongjawab sendiri. Membeli keperluan kita sendiri dan cuba tidak menyusahkan ibu lagi sehingga kadang kala untuk berbual dengan ibu pun kita semakin tidak berkesempatan. Mengapa? Ibu sibuk atau kita yang sibuk?

Ibu tidak sekali-kali jemu apatah lagi bosan memberi didikan supaya hidup kita sentiasa di dalam rahmat dan kasih sayang yang Maha Pencipta. Ibu mengenalkan kita kepada Pencipta yang Maha Agung lalu kita diajar menyembahNya. Kita belajar sembahyang. Kita diperkenalkan dengan Nabi Muhammad, Nabi akhir zaman. Ibu tidak pernah mengeluh bercerita pelbagai kisah untuk kita jadikan pedoman dan teladan hidup.

Allah menyatakan di dalam al Quran yang bermaksud, "Dan ingatlah ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu dia memberi pelajaran kepadanya, 'Anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya menyekutukan Allah benar benar kezaliman yang besar."
(Surah Luqman: ayat 13)

Walau apa pun, pandangan ibu tidak pernah lepas dari memerhatikan kita. Anaknya. Permata hatinya. Kita diajar hidup mengurus diri sendiri dan ibu tidak ragu ragu memberi saranan setiap kali kita mengajukan soalan atau apa apa sahaja yang musykil di hati. Begitulah dari sehari ke sehari kita semakin meningkat dewasa. Fizikal kita turut berubah. Ketinggian kita juga hampir tinggi dengan ibu malah ada yang lebih tinggi dari ibu!

"Anak ibu sudah dewasa!"

MENGAPA DO'A TIDAK DIQABULKAN???

Pada suatu hari Saiyidina Ali Karamallaahu Wajhah, berkhutbah di hadapan kaum Muslimin. Ketika beliau hendak mengakhiri khutbahnya, tiba-tiba berdirilah seseorang di tengah-tengah jemaah sambil berkata, “Ya Amirul Mu’minin, mengapa do’a kami tidak dikabulkan? Padahal Allah berfirman dalam Al Qur’an, “Ud’uuni astajiblakum” (berdo’alah kepada-Ku, niscaya akan Ku perkenankan bagimu).

Sayidina Ali menjawab, “Sesungguhnya hatimu telah berkhianat kepada Allah dengan lapan hal, yaitu :

Engkau beriman kepada Allah, mengetahui Allah, tetapi tidak melaksanakan kewajibanmu kepada-Nya. Maka, tidak ada mamfaatnya keimananmu itu.

Engkau mengatakan beriman kepada Rasul-Nya, tetapi engkau menentang sunnahnya dan mematikan syari’atnya. Maka, apalagi buah dari keimananmu itu?

Engkau membaca Al Qur’an yang diturunkan melalui Rasul-Nya, tetapi tidak kau amalkan.

Engkau berkata, “Sami’na wa aththa’na (Kami mendengar dan kami patuh), tetapi kau tentang ayat-ayatnya.

Engkau menginginkan syurga, tetapi setiap waktu melakukan hal-hal yang dapat menjauhkanmu dari syurga. Maka, mana bukti keinginanmu itu?

Setiap saat sengkau merasakan kenikmatan yang diberikan oleh Allah, tetapi tetap engkau tidak bersyukur kepada-Nya.

Allah memerintahkanmu agar memusuhi syaitan seraya berkata, “Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuh bagi(mu) karena sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongan supaya mereka menjadi penghuni neraka yang nyala-nyala” (QS. Al Faathir [35] : 6). Tetapi kau tifak memusuhinya tetapi bersahabat dengannya.

Engkau jadikan cacat atau kejelekkan orang lain di depan mata, tetapi kau sendiri adalah orang yang sebenarnya lebih berhak dicela daripada dia.

Nah, bagaimana mungkin do’amu diterima, padahal engkau telah menutup seluruh pintu dan jalan do’a tersebut. Bertaqwalah kepada Allah, solehkan amalmu, bersihkan batinmu, dan lakukan amar ma’ruf nahi munkar. Nanti Allah akan mengijabah do’amu itu.

***

Dalam riwayat lain, ada seorang laki-laki datang kepada Imam Ja’far Ash Shiddiq, lalu berkata, “Ada dua ayat dalam Al Qur’an yang aku faham apa maksudmu?”

“Bagaimana dua bunyi ayat itu?” Tanya Imam Ja’far.

Yang pertama berbunyi “Ud’uuni astajib lakum” (Berdo’alah kepada-Ku niscaya akan Ku perkenankan bagimu), (QS. Al Mu’min [40] : 60). Lalu aku berdo’a dan aku tidak melihat do’aku diijabah,” ujarnya.

"Apakah engkau berpikir bahwa Allah akan melanggar janji-Nya?" tanya Imam Ja'far.

"Tidak," jawab orang itu.

"Lalu ayat yang kedua apa?" Tanya Imam Ja'far lagi.

"Ayat yang kedua berbunyi "Wamaa anfaqtum min syai in fahuwa yukhlifuhuu, wahuwa khairun raaziqin" (Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dialah pemberi rezeki yang sebaik-baiknya), (QS. Saba [34] : 39). Aku telah berinfak tetapi aku tidak melihat penggantinya," ujarnya.

"Apakah kamu berpikir Allah melanggar janji-Nya?" tanya Imam Ja'far lagi.

"Tidak," jawabnya.

"Lalu mengapa?" Tanya imam Ja'far.

"Aku tidak tahu," jawabnya.

Imam Ja'far kemudian menjelaskan, "Akan kukhabarkan kepadamu, Insya’Allah seandainya engkau mentaati Allah atas apa yang diperintahkan-Nya kepadamu, kemudian engkau berdo'a kepada-Nya, maka Allah akan memperkenankan do'amu. Adapun engkau berinfak tidak melihat hasilnya, kalau engkau mencari harta yang halal, kemudian engkau infakkan harta itu di jalan yang benar, maka tidaklah infak satu dirham pun, niscaya Allah menggantinya dengan yang lebih banyak. Kalau engkau berdo'a kepada Allah, maka berdo'alah kepada-Nya dengan Jihad Do'a. Tentu Alah akan menjawab do'amu walaupun engkau orang yang berdosa."

"Apa yang dimaksud Jihad Do'a?" sela orang itu.

Apabila engkau melakukan yang fardhu maka agungkanlah Allah dan limpahkanlah Dia atas segala apa yang telah ditentukan-Nya bagimu. Kemudian, bacalah shalawat kepada Nabi SAW dan bersungguh-sungguh dalam membacanya. Sampaikan pula salam kepada imammu yang memberi petunjuk. Setelah engkau membaca shalawat kepada Nabi, kenanglah nikmat Allah yang telah dicurahkan-Nya kepadamu. Lalu bersyukurlah kepada-Nya atas segala nikmat yang telah engkau peroleh.

Kemudian engkau ingat-ingat sekarang dosa-dosamu satu demi satu kalau bisa. Akuilah dosa itu dihadapan Allah. Akuilah apa yang engkau ingat dan minta ampun kepada-Nya atas dosa-dosa yang tak kau ingat. Bertaubatlah kepada Allah dari seluruh maksiat yang kau perbuat dan niatkan bahwa engkau tidak akan kembali melakukannya. Beristighfarlah dengan seluruh penyesalan dengan penuh keikhlasan serta rasa takut tetapi juga dipenuhi harapan.

Kemudian bacalah, "Ya Allah, aku memohon maaf kepada-Mu atas seluruh dosaku. Aku meminta ampun dan taubat kepada-Mu. Bantulah aku untuk mentaati-Mu dan bimbinglah aku untuk melakukan apa yang Engkau wajibkan kepadaku segala hal yang engkau rdhai. Karena aku tidak melihat seseorang bisa menaklukkan kekuatan kepada-Mu, kecuali dengan kenikmatan yang Engkau berikan. Setelah itu, ucapkanlah hajatmu. Aku berharap Allah tidak akan menyiakan do'amu," papar Imam Ja'far.***

SUKARNYA MEMAHAMI GADIS....

Jika anda layan dia baik-baik, dia kata anda cinta padanya;

Jika anda tidak buat begitu, dia kata anda mainkan dia.

Jika anda berpakaian kemas, dia kata anda mahu memikat gadis lain;
Jika anda tidak buat begitu, dia kata anda pokai.

Jika anda bertengkar dengan dia, dia kata anda salah;
Jika anda berdiam diri, dia kata anda tak guna.

Jika anda lebih bijak dari dia, dia akan merasa tidak adil;
Jika sebaliknya, dia kata anda kureng..

Jika anda cinta padanya tapi tidak berbalas, anda tarik diri;
Tapi dia kata anda tinggalkan atau elakkan diri darinya.

Jika anda tidak pegang dia, dia kata anda tidak cinta padanya;
Bila anda pegang dia, dia kata anda gatal.

Jika anda beritahu dia masalah anda, dia kata anda banyak masalah dan tak guna;
Bila anda tidak beritahu, dia kata anda tidak percaya dan tidak cinta padanya.

Jika anda terlalu ambil berat pada dirinya, dia kata lelaki lain lebih ambil berat;
Jika anda tidak buat begitu, dia pilih yang lain.

Jika anda pandang-pandang gadis lain, dia kata anda playboy;
Jika anda tidak pandang, dia akan pandang lelaki lain.

Jika anda kerap telefon dia, dia tak akan telefon anda;
Jika anda tidak telefon dia, dia akan terlalu kerap telefon anda hingga mengganggu anda pula.

Jika anda hantar ini kepada perempuan, dia kata ini tidak betul;
Tapi bila anda tidak buat begitu, dia kata anda pentingkan diri sendiri..

Wanita amat sukar dipuaskan..

Macam-macam ada dengan orang perempuan ni…
Makhluk yang sukar untuk difahami… Betulkan?



CUBIT-CUBIT SAYANG (renungkanlah....)

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan di bawah sebagai contoh amalan yang terbalik:

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga si mati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga si mati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh si mati atau harta peninggalan si mati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis rasmi kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10.Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia. Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.

TERSENYUMLAH (5) .....

KISAH SI PELUPA


Seorang nenek yang tinggal disebuah rumah dua tingkat sedang asyik mengemas bilik di tingkat atas. ketika itu dia teringat untuk mengambil pengaut sampah di tingkat bawah untuk digunakan bagi menyiapkan tugas mengemas yang sedang dilakukan. Lalu si nenek pun menuju ketangga untuk turun ke tingkat bawah. ketika menuruni tangga seekor kucing melintas dengan cepat sehingga si nenek terperanjat.

Selepas itu si nenek terpinga pinga dan menggaru kepala kerana telah terlupa apakah barangan yang hendak diambil di tingkat bawah tadi. Setelah berfikir beberapa ketika, namun tidak ingat juga apa yang hendak diambil, maka si nenek pun mengambil keputusan untuk duduk sebentar di tengah anak tangga sambil cuba untuk mengingati barangan tadi.

Setelah kira-kira 15 minit berlalu, si nenek gagal untuk mengingatinya, maka si nenek pun mengambil keputusan untuk meneruskan aktivitinya. Lalu si nenek pun berdiri. Ketika itu si nenek terfikir pula, Eh, tadi aku nak naik ke nak turun?. Sekali lagi si nenek terlupa.......


KURANG AIR

Dollah pergi ke sebuah klinik berhampiran dengan tempat tinggalnya untuk berjumpa doktor kerana badanya kurang sihat.
Selepas memeriksa Dollah, doktor memasuki bilik ubat dan kembali dengan membawa tiga jenis pil berwarna-warni.

Doktor berkata: "Awak makan pil berwarna hijau ini dengan segelas besar air pada waktu pagi, pil warna biru dengan segelas besar air pada waktu tengahari dan pil warna merah dengan segelas besar air pada waktu malam."

Dollah bertanya: " Sebenarnya apa penyakit saya doktor?"

Doktor menjawab: "Badan awak tak cukup air!"


KOTAK HITAM

Seorang budak ghairah bertanya datuknya kenapa kotak hitam menjadi barang utama dicari setiap kali kapal terbang terhempas.

Datuknya berkata: "Kotak hitam itu adalah peti yang diperbuat daripada besi kebal supaya ia tidak berkecai sekalipun kapal terbang terhempas. Dalam kotak hitam itu ada pita rakaman suara juruterbang dan perakam data penerbangan."

"Jadi kita boleh tahu apa sebenarnya berlaku kepada kapalterbang sebelum ia jatuh terhempas atau meletup," tegas datuk dengan bersahaja dan percaya cucunya faham.

Namun cucunya berkata: "Saya hairan tuk, kalau orang boleh cipta besi kotak hitam yang tak musnah atau berkecai, kenapa orang tak buat saja kapal terbang dari besi kotak hitam itu. Tentu ramai orang terselamat kerana kapal terbang tak berkecai bila jatuh terhempas."

Kali ini datuk tergaru-garu kepala mencari idea untuk menjawab soalan cucunya.

******

DIARI PENUH ERTI....


Pada suatu petang seorang tua bersama anak mudanya yang baru menamatkan pendidikan tinggi duduk berbual-bual di halaman sambil memerhatikan suasana di sekitar mereka. Tiba-tiba seekor burung gagak hinggap di ranting pokok berhampiran.

Si ayah lalu menuding jaring ke arah gagak sambil bertanya, "Nak, apakah bendanya itu?"

"Burung gagak", jawab si anak.

Si ayah mengangguk-angguk, namun sejurus kemudian sekali lagi mengulangi soalan yang sama.

Si anak menyangkakan ayahnya kurang mendengar jawapannya tadi lalu menjawab dengan sedikit kuat:

"Itu burung gagak ayah!"

Tetapi sejurus kemudian si ayah bertanya lagi soalan yang sama. Si anak merasa agak keliru dan sedikit runsing dengan soalan yang sama diulang-ulang, lalu menjawab dengan lebih kuat:

"BURUNG GAGAK!!"

Si ayah terdiam seketika. Namun tidak lama kemudian sekali lagi mengajukan soalan yang serupa hingga membuatkan si anak hilang sabar dan menjawab dengan nada yang hendak tak hendak melayan si ayah:

"Gagak la ayah.......".

Tetapi agak mengejutkan si anak, apabila si ayah sekali lagi membuka mulut hanya untuk bertanyakan soalan yang sama. Dan kali ini si anak benar-benar hilang sabar dan menjadi marah:

"Ayah!!! saya tak tahu samada ayah faham atau tidak. Tapi sudah lima kali ayah bertanya soalan tersebut dan saya sudah pun memberikan jawapannya. Apa lagi yang ayah mahu saya katakan???? Itu burung gagak, burung gagak la.....", kata si anak dengan nada yang begitu marah.

Si ayah terus bangun menuju ke dalam rumah meninggalkan si anak yang terpinga-pinga. Sebentar kemudian si ayah keluar semula dengan sesuatu di tangannya.

Dia menghulurkan benda itu kepada anaknya yang masih geram dan tertanya-tanya. Ianya sebuah diari lama.

"Cuba kau baca apa yang pernah ayah tulis di dalam diari itu", pinta si ayah.

Si anak akur dan membaca perenggan yang berikut:

"Hari ini aku di halaman melayan karenah anakku yang genap berumur lima tahun. Tiba-tiba seekor gagak hinggap di pohon berhampiran. Anakku terus menunjuk ke arah gagak dan bertanya:

"Ayah, apa tu?".

Dan aku menjawab,"Burung gagak".

Walau bagaimana pun, anak ku terus bertanya soalan yang serupa dan setiap kali aku menjawab dengan jawaban yang sama. Sehingga 25 kali anakku bertanya demikian, dan demi cinta dan sayangkannya aku terus menjawab untuk memenuhi perasaan ingin tahunya. Aku berharap ia menjadi suatu pendidikan yang berharga buat dirinya."

Setelah selesai membaca perenggan tersebut si anak mengangkat muka memandang wajah si ayah yang kelihatan sayu dan matanya kelihatan berkaca.

Si ayah dengan perlahan bersuara, "Hari ini ayah baru bertanya kau soalan yang sama sebanyak lima kali, dan kau telah hilang sabar serta marah..."