SUKARNYA MEMAHAMI GADIS....

Jika anda layan dia baik-baik, dia kata anda cinta padanya;

Jika anda tidak buat begitu, dia kata anda mainkan dia.

Jika anda berpakaian kemas, dia kata anda mahu memikat gadis lain;
Jika anda tidak buat begitu, dia kata anda pokai.

Jika anda bertengkar dengan dia, dia kata anda salah;
Jika anda berdiam diri, dia kata anda tak guna.

Jika anda lebih bijak dari dia, dia akan merasa tidak adil;
Jika sebaliknya, dia kata anda kureng..

Jika anda cinta padanya tapi tidak berbalas, anda tarik diri;
Tapi dia kata anda tinggalkan atau elakkan diri darinya.

Jika anda tidak pegang dia, dia kata anda tidak cinta padanya;
Bila anda pegang dia, dia kata anda gatal.

Jika anda beritahu dia masalah anda, dia kata anda banyak masalah dan tak guna;
Bila anda tidak beritahu, dia kata anda tidak percaya dan tidak cinta padanya.

Jika anda terlalu ambil berat pada dirinya, dia kata lelaki lain lebih ambil berat;
Jika anda tidak buat begitu, dia pilih yang lain.

Jika anda pandang-pandang gadis lain, dia kata anda playboy;
Jika anda tidak pandang, dia akan pandang lelaki lain.

Jika anda kerap telefon dia, dia tak akan telefon anda;
Jika anda tidak telefon dia, dia akan terlalu kerap telefon anda hingga mengganggu anda pula.

Jika anda hantar ini kepada perempuan, dia kata ini tidak betul;
Tapi bila anda tidak buat begitu, dia kata anda pentingkan diri sendiri..

Wanita amat sukar dipuaskan..

Macam-macam ada dengan orang perempuan ni…
Makhluk yang sukar untuk difahami… Betulkan?



CUBIT-CUBIT SAYANG (renungkanlah....)

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan di bawah sebagai contoh amalan yang terbalik:

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga si mati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga si mati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh si mati atau harta peninggalan si mati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis rasmi kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10.Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia. Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.

TERSENYUMLAH (5) .....

KISAH SI PELUPA


Seorang nenek yang tinggal disebuah rumah dua tingkat sedang asyik mengemas bilik di tingkat atas. ketika itu dia teringat untuk mengambil pengaut sampah di tingkat bawah untuk digunakan bagi menyiapkan tugas mengemas yang sedang dilakukan. Lalu si nenek pun menuju ketangga untuk turun ke tingkat bawah. ketika menuruni tangga seekor kucing melintas dengan cepat sehingga si nenek terperanjat.

Selepas itu si nenek terpinga pinga dan menggaru kepala kerana telah terlupa apakah barangan yang hendak diambil di tingkat bawah tadi. Setelah berfikir beberapa ketika, namun tidak ingat juga apa yang hendak diambil, maka si nenek pun mengambil keputusan untuk duduk sebentar di tengah anak tangga sambil cuba untuk mengingati barangan tadi.

Setelah kira-kira 15 minit berlalu, si nenek gagal untuk mengingatinya, maka si nenek pun mengambil keputusan untuk meneruskan aktivitinya. Lalu si nenek pun berdiri. Ketika itu si nenek terfikir pula, Eh, tadi aku nak naik ke nak turun?. Sekali lagi si nenek terlupa.......


KURANG AIR

Dollah pergi ke sebuah klinik berhampiran dengan tempat tinggalnya untuk berjumpa doktor kerana badanya kurang sihat.
Selepas memeriksa Dollah, doktor memasuki bilik ubat dan kembali dengan membawa tiga jenis pil berwarna-warni.

Doktor berkata: "Awak makan pil berwarna hijau ini dengan segelas besar air pada waktu pagi, pil warna biru dengan segelas besar air pada waktu tengahari dan pil warna merah dengan segelas besar air pada waktu malam."

Dollah bertanya: " Sebenarnya apa penyakit saya doktor?"

Doktor menjawab: "Badan awak tak cukup air!"


KOTAK HITAM

Seorang budak ghairah bertanya datuknya kenapa kotak hitam menjadi barang utama dicari setiap kali kapal terbang terhempas.

Datuknya berkata: "Kotak hitam itu adalah peti yang diperbuat daripada besi kebal supaya ia tidak berkecai sekalipun kapal terbang terhempas. Dalam kotak hitam itu ada pita rakaman suara juruterbang dan perakam data penerbangan."

"Jadi kita boleh tahu apa sebenarnya berlaku kepada kapalterbang sebelum ia jatuh terhempas atau meletup," tegas datuk dengan bersahaja dan percaya cucunya faham.

Namun cucunya berkata: "Saya hairan tuk, kalau orang boleh cipta besi kotak hitam yang tak musnah atau berkecai, kenapa orang tak buat saja kapal terbang dari besi kotak hitam itu. Tentu ramai orang terselamat kerana kapal terbang tak berkecai bila jatuh terhempas."

Kali ini datuk tergaru-garu kepala mencari idea untuk menjawab soalan cucunya.

******

DIARI PENUH ERTI....


Pada suatu petang seorang tua bersama anak mudanya yang baru menamatkan pendidikan tinggi duduk berbual-bual di halaman sambil memerhatikan suasana di sekitar mereka. Tiba-tiba seekor burung gagak hinggap di ranting pokok berhampiran.

Si ayah lalu menuding jaring ke arah gagak sambil bertanya, "Nak, apakah bendanya itu?"

"Burung gagak", jawab si anak.

Si ayah mengangguk-angguk, namun sejurus kemudian sekali lagi mengulangi soalan yang sama.

Si anak menyangkakan ayahnya kurang mendengar jawapannya tadi lalu menjawab dengan sedikit kuat:

"Itu burung gagak ayah!"

Tetapi sejurus kemudian si ayah bertanya lagi soalan yang sama. Si anak merasa agak keliru dan sedikit runsing dengan soalan yang sama diulang-ulang, lalu menjawab dengan lebih kuat:

"BURUNG GAGAK!!"

Si ayah terdiam seketika. Namun tidak lama kemudian sekali lagi mengajukan soalan yang serupa hingga membuatkan si anak hilang sabar dan menjawab dengan nada yang hendak tak hendak melayan si ayah:

"Gagak la ayah.......".

Tetapi agak mengejutkan si anak, apabila si ayah sekali lagi membuka mulut hanya untuk bertanyakan soalan yang sama. Dan kali ini si anak benar-benar hilang sabar dan menjadi marah:

"Ayah!!! saya tak tahu samada ayah faham atau tidak. Tapi sudah lima kali ayah bertanya soalan tersebut dan saya sudah pun memberikan jawapannya. Apa lagi yang ayah mahu saya katakan???? Itu burung gagak, burung gagak la.....", kata si anak dengan nada yang begitu marah.

Si ayah terus bangun menuju ke dalam rumah meninggalkan si anak yang terpinga-pinga. Sebentar kemudian si ayah keluar semula dengan sesuatu di tangannya.

Dia menghulurkan benda itu kepada anaknya yang masih geram dan tertanya-tanya. Ianya sebuah diari lama.

"Cuba kau baca apa yang pernah ayah tulis di dalam diari itu", pinta si ayah.

Si anak akur dan membaca perenggan yang berikut:

"Hari ini aku di halaman melayan karenah anakku yang genap berumur lima tahun. Tiba-tiba seekor gagak hinggap di pohon berhampiran. Anakku terus menunjuk ke arah gagak dan bertanya:

"Ayah, apa tu?".

Dan aku menjawab,"Burung gagak".

Walau bagaimana pun, anak ku terus bertanya soalan yang serupa dan setiap kali aku menjawab dengan jawaban yang sama. Sehingga 25 kali anakku bertanya demikian, dan demi cinta dan sayangkannya aku terus menjawab untuk memenuhi perasaan ingin tahunya. Aku berharap ia menjadi suatu pendidikan yang berharga buat dirinya."

Setelah selesai membaca perenggan tersebut si anak mengangkat muka memandang wajah si ayah yang kelihatan sayu dan matanya kelihatan berkaca.

Si ayah dengan perlahan bersuara, "Hari ini ayah baru bertanya kau soalan yang sama sebanyak lima kali, dan kau telah hilang sabar serta marah..."


HANYALAH ALLAH PENOLONG ABADI

SESUNGGUHNYA tidak akan terjadi sesuatu kecuali dengan izin ALLAH sama ada musibah maupun nikmat. Walaupun bergabung jin dan manusia seluruhnya untuk mencelakakan kita, demi ALLAH tidak akan jatuh sehelai rambut pun tanpa izin-NYA. Begitu juga sebaliknya, walau bersatunya jin dan manusia menjanjikan akan menolong atau memberi sesuatu, tidak pernah akan datang satu persen pun tanpa izin-NYA.

Biarpun bermati-matian kita ikhtiar dan meminta bantuan siapa pun, tanpa izin-NYA tak akan pernah terjadi yang kita harapkan. Maka, sebodoh-bodoh kita adalah orang yang paling berharap dan takut kepada selain ALLAH. Itulah punca kesengsaraan dan punca menjauhnya pertolongan ALLAH.

Ketahuilah makhluk itu

لاَحَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِا للهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْم
tiada daya dan tiada upaya kecuali pertolongan ALLAH Yang Maha Agung. Asal kita hanyalah setitis sperma, hujungnya jadi bangkai; ke mana-mana membawa kotoran.

ALLAH menjanjikan dalam Surah al-Thalaq ayat 2 dan 3 :

“Sesiapa yang bersungguh-sungguh mendekati ALLAH (bertaqwa), nescaya DIA mengadakan baginya jalan keluar bagi setiap urusannya, dan akan diberi rezeki dari tempat yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal hanya kepada ALLAH , nescaya akan dicukupi segala keperluannya.”

Jika menyedari dan menyakininya, kita memiliki bekal yang sangat kukuh untuk mengharungi hidup ini; tidak pernah gentar menghadapi persoalan apa pun kerana sesungguhnya yang paling mengetahui segenap masalah kita sebenarnya dan jalan keluar terbaik bagi setiap kemelut hidup kita – hanyalah ALLAH Yang Maha Sempurna. Dia sendiri berjanji akan memberi jalan keluar dari segala masalah, sepelik dan seberat apa pun kerana bagi DIA tidak ada yang rumit dan sulit; semuanya serba mudah dalam genggaman kekuasaan-NYA.

Pendek kata, jangan takut menghadapi masalah, tetapi takutlah tidak mendapat pertolongan ALLAH dalam menghadapinya. Tanpa pertolongan-NYA, kita akan terus berkelana dalam kesusahan, dari satu persoalan ke persoalan lain, tanpa nilai kemanfaatan bagi dunia dan akhirat kita – benar-benar satu kerugian yang nyata.

Terimalah ucapan selamat berbahagia buat saudara-saudaraku yang taat kepada ALLAH dan semakin taat ketika diberi kesusahan dan kesenangan, solatnya terjaga, akhlaknya mulia, dermawan, hati bersih dan larut dalam amal-amal yang dicintai ALLAH.

Insya’ALLAH! Masalah yang ada akan menjadi jalan pendidikan, ALLAH yang akan mematangkan diri, mendewasakan, menambah ilmu, meluaskan pengalaman, melipatgandakan ganjaran dan menjadikan hidup ini lebih bermutu, mulia dan terhormat di dunia dan akhirat. *****

TERSENYUMLAH (4)....: Baju Cinta 2 Versi

Seorang ibu mertua (berumur lingkungan 50an) datang menziarahi rumah anak menantu perempuannya yang baru berkahwin. Setelah membunyikan loceng, si mertua terkejut kerana mendapati menantu perempuannya yang membuka pintu tanpa seurat benangpun di badannya.

Tanpa di tanya, si menantu berkata "Saya sedang menunggu suami saya pulang dari berkerja!".

"Tapi kau telanjang..! Takkanlah sampai macam tu..!" marah si ibu mertua.

"Ini Baju Cinta saya" balas si menantu.

"Baju Cinta?" si mertua kehairanan.

"Ya, suami saya menyukainya, saya juga begitu senang memakainya. saya harap mak dapat balik dulu sebelum suami saya pulang kerana tentu suami saya nanti akan berasa malu melihat saya memakai Baju Cinta ini di hadapan mak" pinta si menantu.

Si mertua faham kehendak anak menantunya. Dalam fikirannya mungkin itu cara terbaru si isteri melayan sang suami. Di dalam perjalanan pulang si mertua mendapat idea. Apa kata dia mengikut cara anak menantunya, sudah tentu dia dapat mengeratkan hubungannya dengan suaminya yang sudah agak hambar...

"Wah.. Memang best idea ni.." bisik hati si mertua.

Sesampai di rumah, si mertua tadi menanggalkan semua pakaiannya, mandi, berbedak dan memakai minyak wangi sewangi-wanginya.
Kemudian si mertua tadi pun menunggu suaminya pulang dari kerja dengan Baju Cinta.

Berberapa ketika suami si mertua tadi pulang, dengan bangganya si mertua tadi menayangkan tubuh badan yang tanpa seurat benang kepada suaminya (dengan gaya ala Marilyn Monroe).

"Kenapa dengan kau ni? Dah buang tebiat?" suami yang kepenatan pulang kerja terkejut beruk melihat isterinya lakukan perkara pelik seperti ini.

"Inilah dia Baju Cinta bang.." kata si mertua tadi.

"Hah? Apa dia? Baju Cinta?" soal si suami sambil memandang dari atas ke bawah.

Seketika kemudian si suami tadi menambah.... "Kenapa tak seterika dulu? Nampak sangat kedutnya..".

(Apa yang berlaku selepas itu terpulanglah pada imaginasi anda..)

CUBALAH SEKALI ....


Pernahkah anda menatap orang-orang yang anda sayang saat mereka sedang tidur?
Kalau belum, cubalah sekali saja menatap mereka saat sedang tidur. Saat itu yang tampak adalah ekspresi paling wajar dan paling jujur dari seseorang.

Seorang artis yang ketika di panggung begitu cantik dan gemerlap pun akan tampak polos dan jauh
berbeza jika ia sedang tidur. Orang paling kejam di dunia pun jika ia sudah tidur tak akan tampak wajah bengisnya.

Perhatikanlah ayah anda saat beliau sedang tidur. Sedarilah, betapa badan yang dulu kuat dan gagah itu kini semakin tua dan lemah, betapa rambut-rambut putih mulai menghiasi kepalanya, betapa kerut merut mulai terpahat di wajahnya. Orang inilah yang tiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya. Orang inilah, rela melakukan apa saja asal perut kita kenyang dan pendidikan kita lancar.

Sekarang, beralihlah. ...
Lihatlah ibu anda....Hmm...kulitnya mulai keriput dan tangan yang dulu halus membelai- belai tubuh bayi kita itu kini kasar kerana menempuhi kehidupan yang mencabar demi kita. Orang inilah yang tiap hari menguruskan keperluan kita. Orang inilah yang paling rajin mengingatkan dan membebeli kita semata- mata kerana rasa kasih dan sayang,dan sayangnya, itu sering kita salah ertikan.

Cubalah menatap wajah orang-orang
yang kita cintai..sayangi itu...
Ayah, Ibu, Suami,
Isteri, Kakak, Adik, Anak, Sahabat,
Semuanya...

Rasakanlah sensasi yang timbul sesudahnya.Rasakanlah energi cinta yang mengalir perlahan-lahan
saat menatap wajah mereka yang terlelap itu. Rasakanlah getaran cinta yang mengalir deras ketika mengingat betapa banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan orang-orang itu untuk kebahagiaan anda. Pengorbanan yang kadang-kadang tertutupi oleh salah faham kecil yang entah kenapa selalu saja nampak besar.

Secara ajaib Tuhan mengatur agar pengorbanan itu akan tampak lagi melalui wajah-wajah jujur mereka saat sedang tidur. Pengorbanan yang kadang melelahkan serta memenatkan mereka namun enggan mereka ungkapkan. Dan ekspresi wajah ketika tidur pun membantu untuk mengungkap segalanya.Tanpa kata, tanpa suara dia berkata... "betapa lelahnya..penatnya aku hari ini". Dan penyebab lelah dan penat itu? Untuk siapa dia berpenat lelah??? Tak lain adalah KITA.....

Suami yang bekerja keras mencari nafkah, isteri yang bekerja keras mengurus dan mendidik anak, juga rumah. Kakak, adik, anak, dan sahabat yang telah menemani hari-hari suka dan duka bersama kita.

Resapilah kenangan-kenangan manis dan pahit yang pernah terjadi dengan menatap wajah-wajah mereka. Rasakanlah betapa kebahagiaan dan rasa terharu seketika menerpa jika mengingat semua itu

Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika esok mereka "orang-orang terkasih itu" tak lagi membuka matanya,untuk selamanya ... "

alam cinta


DAMAINYA MALAM DALAM KESEPIAN

KILAU-KILAUAN BULAN DI DAUNAN

KERLIPAN BINTANG DI KEJAUHAN

LIMPAHAN KASIHMU KU RASAKAN


ALAM DAN JUGA KECINTAAN

PADUAN INDAH ZAMAN BERZAMAN

DARI ADAM DAN HAWA

HINGGA AKU DAN DIA


MAKIN KU JAUH TINGGALKAN

WAJAHNYA TETAP TERGANTUNG DI BULAN

KU LIHAT BINTANG KERINDUAN

KUDENGAR HUJAN KU TANGISKAN


BAYU LALU KU KESAYUAN

ALAM DAN CINTA TAK MUNGKIN DIPISAHKAN

TINGGINYA PUNCAK SEGALA KEINDAHAN

PEDIHNYA PUNCAK SEGALA KEGUNDAHAN

ILMU DALAM ILMU


Ada sebait do'a yang pernah diajarkan Rasulullah SAW dan disunnahkan untuk dipanjatkan kepada Allah Azza wa Jalla sebelum seseorang hendak belajar. do'a tersebut berbunyi : Allaahummanfa'nii bimaa allamtanii wa'allimnii maa yanfa'uni wa zidnii ilman maa yanfa'unii. Dengan do'a ini seorang hamba berharap dikurniai oleh-Nya ilmu yang bermanfaat.

Apakah hakikat ilmu yang bermanfaat itu? Secara syariat, suatu ilmu disebut bermanfaat apabila mengandungi kebaikan - memiliki nilai-nilai kebaikan bagi sesama manusia ataupun alam. Akan tetapi, manfaat tersebut menjadi kecil ertinya bila ternyata tidak membuat pemiliknya semakin merasakan dekat kepada Dzat Maha Pemberi Ilmu, Allah Azza wa Jalla. Dengan ilmunya ia mungkin meningkat darjat kemuliaannya di mata manusia, tetapi belum tentu meningkat pula di hadapan-Nya.

Oleh itu, dalam kacamata ma'rifat, gambaran ilmu yang bermanfaat itu sebagaimana yang pernah diungkapkan oleh seorang ahli hikmah:

"Ilmu yang berguna ialah yang meluas di dalam dada sinar cahayanya dan membuka penutup hati";

Imam Malik bin Anas r.a. berkata:

"Yang bernama ilmu itu bukanlah kepandaian atau banyak meriwayatkan (sesuatu), melainkan hanyalah nuur yang diturunkan Allah ke dalam hati manusia. Adapun bergunanya ilmu itu adalah untuk mendekatkan manusia kepada Allah dan menjauhkannya dari kesombongan diri."

Ilmu itu hakikatnya adalah kalimat-kalimat Allah Azza wa Jalla. Terhadap ilmunya sungguh tidak akan pernah ada satu pun makhluk di jagat raya ini yang mampu mengukur Kemahaluasan-Nya. sesuai dengan firman-Nya,

"Katakanlah : Kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menuliskan) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (dituliskan) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)." (QS. Al Kahfi [18] : 109).

Adapun ilmu yang dititipkan kepada manusia mungkin tidak lebih dari setitik air di tengah samudera luas. Meskipun demikian, barangsiapa yang dikurniai ilmu oleh Allah, yang dengan ilmu tersebut semakin bertambah dekat dan kian takutlah ia kepada-Nya, nescaya

"Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat." (QS. Al Mujadilah [58] : 11).

Sungguh janji Allah itu tidak akan pernah meleset sedikit pun!

Akan tetapi, walaupun hanya "setitis" ilmu Allah yang dititipkan kepada manusia, namun sangat banyak cabangnya. ilmu itu baik jika membuat kita semakin kenal takut kepada Allah. Inilah ilmu yang paling berkah dan mest dicari. Sepanjang usia yang ada, selama itulah sebenarnya kita dalam proses menuntut ilmu sama ada menerusi secara rasmi atau tidak. Justeru, peliharalah niat di hati dan cara kita dalam menimba pengetahuan, moga-moga teraih hikmah dan berkahnya untuk menjadikan ilmu itu bermanfaat di dunia dan bermakna di akhirat.

Hal lain yang hendaknya kita kaji dengan saksama adalah bagaimana caranya agar kita dapat memperoleh ilmu yang sinar cahayanya dapat meluas di dalam dada serta dapat membuka penutup hati (hijab hati)? Imam Syafii ketika masih menuntut ilmu, pernah mengeluh kepada gurunya.

"Wahai, Guru. Mengapa ilmu yang sedang kukaji ini susah sekali memahaminya dan bahkan cepat lupa?"

Gurunya menjawab, "Ilmu itu ibarat cahaya. Ia hanya dapat menerangi gelas yang bening dan bersih."

Ertinya, ilmu itu tidak akan menerangi hati yang keruh dan banyak maksiatnya.

Karenanya, jangan hairan kalau kita dapati ada orang yang rajin mendatangi majlis-majlis ta'lim dan pengajian, tetapi akhlak dan perilakunya tetap buruk. Mengapa demikian? itu disebabkan hatinya tidak dapat diterangi oleh ilmu. Laksana air kopi yang kelat dalam gelas yang kotor. Walau dipancari dengan cahaya sekuat apapun, sinarnya tidak akan bisa menembus dan menerangi isi gelas. Begitulah kalau kita sudah tamak dan rakus kepada dunia serta mendekati atau melakukan maksiat, maka ilmu tidak akan pernah menerangi hati dan memberi manfaat pada kehidupan.

Padahal kalau hati kita bersih, ia ibarat gelas yang bersih diisi dengan air yang bening. Setitik cahaya pun akan mampu menerangi seisi gelas. Walhasil, bila kita menginginkan ilmu yang bisa menjadi ladang amal soleh, maka usahakanlah ketika menimbanya, hati kita selalu dalam keadaan bersih. hati yang bersih adalah hati yang terbebas dari ketamakan terhadap urusan dunia dan tidak pernah digunakan untuk menzalimi sesama. Semakin hati bersih, kita akan semakin dipekakan oleh Allah untuk bisa mendapatkan ilmu yang bermanfaat. Dari mana pun ilmu itu datangnya. Di samping itu, kita pun akan diberi kesanggupan untuk menolak segala sesuatu yang akan membawa mudharat.

Sebaik-baik ilmu adalah yang bisa membuat hati kita bercahaya. Lantaran itu, kita wajib menuntut ilmu sekuat-kuatnya yang membuat hati kita menjadi bersih, sehingga ilmu-ilmu yang lain (yang telah ada dalam diri kita) menjadi bermanfaat.

Bila mendapat air yang kita timba dari sumur/telaga tampak keruh, kita akan mencari tawas untuk menjernihkannya. Demikian pun dalam mencari ilmu. Kita harus mencari ilmu yang dapat menjadi "tawas"-nya supaya kalau hati sudah bening, ilmu-ilmu lain yang kita kaji bisa diserap sekaligus membawa manfaat.

Mengapa demikian? Sebab dalam mengkaji ilmu apapun kalau kita sebagai penampungnya dalam keadaan kotor dan keruh akan mengakibatkan ilmu yang diperolehi hanya akan menjadi alat pemuas nafsu belaka.

Sibuk mengkaji ilmu feqah, hanya akan membuat kita ingin menang sendiri, gemar menyalahkan pendapat orang lain, sekaligus aniaya dan suka menyakiti hati sesama. Demikian juga bila mendalami ilmu ma'rifat. Sekiranya dalam keadan hati busuk, jangan hairan kalau hanya membuat diri kita takabbur, merasa diri paling soleh, dan menganggap orang lain sesat.

Justeru, jelaslah menjadi fardhu ain hukumnya untuk mengkaji ilmu kesucian hati dalam rangka ma'rifat, mengenal Allah. Datangilah majlis pengajian yang di dalamnya kita dibimbing untuk riyadhah, berlatih mengenal dan berdekat-dekat dengan Allah Azza wa Jalla. Kita selalu dibimbing untuk banyak berzikir, mengingat Allah dan mengenal kebesaran-Nya, sehingga sedar betapa teramat kecilnya kita ini di hadapan-Nya.

Kita lahir ke dunia tidak membawa apa-apa dan bila datang saat ajal pun pastilah tidak membawa apa-apa. Mengapa harus ujub, ria, takabbur, dan sum'ah. Merasa diri besar, sedangkan yang lain kecil. Merasa diri lebih pintar sedangkan yang lain bodoh. Apakah itu cuma itu kesan dari ilmu yang kita miliki? Walhal, bukankah ilmu yang kita miliki pada hakikatnya adalah pemberian Allah jua, yang sama sekali tidak sulit bagi-Nya pula untuk mengambil kembali dari kita?

Subhanallaah! Mudah-mudahan kita dimudahkan oleh-Nya untuk mendapatkan ilmu yang bisa menjadi penerang dalam kegelapan dan menjadi jalan untuk dapat lebih bertaqarub kepada-Nya.***

SEPI SEKALI....


Sepi...amat sepi sekali

Berteman rasa sendiri

Adanya seperti tiada

Tiadanya seperti ada


Sesekali di dalam mimpi

Engkau seperti dahulu lagi

Kemudian ku tangisi

Hakikatnya tak sama lagi


Bila ku renung dirimu

Aku termanggu pilu sendu

Deritaku sekadar memandang

Derita mu sepi yang panjang


Dahulu seperti tiada

Tiada seperti ada

Betapa pun takdir ku terima

Namun hiba sangatlah hiba


Oh sepi....sunyi sekali hati

di sebalik ungkapan: "TAK DE APA-APA"


KISAH BENAR SEORANG KAWAN:

Beberapa bulan yang lalu hati saya tiba-tiba rasa berdebar, cemas, bimbang dan runsing. Perasaan itu datang bukan sekali dua malah terlalu kerap. Ketika memandu pun saya turut diserang rasa yang demikian. Saya cuba dapatkan nasihat doktor. Doktor kata takde apa- apa. Hairan juga!

Sewaktu balik ke kampung, saya bertemu dengan guru mengaji Qur'an. Saya ceritakan perkara yang saya alami. "Mungkin ada buat silap dengan mak kot. Cuba check" katanya. Saya tersandar seketika. Insiden apakah yang boleh membuatkan saya diuji sebegini rupa? Puas saya memikirkannya. Seingat saya, walau ke mana saya hendak pergi dan apa yang saya nak buat, tak pernah saya lupa memberitahu mak. Meminta maaf memang saya jadikan kebiasaan dalam diri. Saya balik ke rumah mak, lalu saya ceritakan peristiwa yang saya alami itu.

Saya pohon padanya, "Mama, Sabri nak tanya dari hati ke hati, adakah Sabri pernah buat dosa dengan mama yang mama tak ampunkan?" "Tak ada apa-apa. Mama restu dengan apa yang Sabri buat sekarang ini." Saya masih tak puas hati.

Esoknya saya tanya lagi. Mama masih menjawab "Tak ada apa-apa". Saya masih tidak puas hati lagi. Malam itu saya munajat dengan Tuhan minta Allah tunjukkan jalan kebenaran.

Hari ketiganya dalam keadaan berteleku, saya mengadap mama sekali lagi. Mama ketika itu sedang berehat di sofa. Saya pandang wajah mama, saya genggam erat tangannya erat-erat, "Mama, Sabri pohon sekali lagi, tolonglah mama luahkan apa yang terbuku di hati mama. Sabri tahu Sabri ada buat salah, tapi mam tak nak bagitau." Airmata sudah membasahi pipi. "Tak ada apa- apa!" Tingkah mama semula. Dalam keluhan yang dalam, ibu tua seakan mahu bersuara tapi terdiam kembali.

Akhirnya dia bersuara. "Sabri, ada satu kisah yang mama susah nak lupakan dan sesekali ingatan itu datang akan membuatkan hati mama terluka. Kadang-kadang ketika membasuh pinggan mama boleh menangis tersedu-sedu mengenangkan peristiwa itu. Lukanya amat dalam, masih berbekas hingga sekarang."

Saya terkedu. Mama menyambung, "Sabri tentu ingat arwah ayah meninggal ketika adik masih kecil. Tanggungan kita ketika itu sangat berat. Duit pencen ayah memang sedikit dan tak cukup nak tampung hidup kita, Sabri ingat tak?" Mama mula menangis. Saya tunduk.

"Selepas SPM, Sabri ditawarkan menjadi guru sandaran, wang hasil titik peluh Sabri tu mama gunakan untuk perbelanjaan adik-adik. Satu hari Sabri bagitau mama Sabri nak melanjutkan pelajaran. Mama merayu supaya hajat itu ditangguhkan dulu sebab kita kesempitan wang dan minta Sabri terus bekerja. Berkali-kali Sabri minta dan merayu pada mama nak sambung belajar juga. Akhirnya mama terpaksa melepaskan Sabri belajar dalam hati yang penuh terpaksa."

Saya benar-benar terkejut. Mama menyambung lagi, "Cuba bayangkan ketika itu kalau mama tak izinkan Sabri pergi, mama rasa Sabri akan berkeras pergi juga. Dan perginya Sabri ketika itu adalah sebagai anak derhaka!" Saya meraung sepuas-puasnya, terjelepuk lembik di pangkuan mama.

"Mulai hari ini mama ampunkan semua dosa Sabri. Adik-adik pun dah berjaya. Segala yang terbuku di hati dah habis mama luahkan. Mama harap mama dapat mengadap Tuhan dengan hati yang tenang." Ungkapan terakhir mama terasa bagaikan air sungai jernih yang mengalir sejuk ke seluruh urat saraf saya seakan membasuh dosa yang lalu. Badan saya terasa ringan yang amat sangat.

Syukur kepada Allah hati saya kembali tenang. Terasa kerja-kerja yang dibuat semakin dibantu Allah. Sejak peristiwa itu kawan saya selalu berpesan kepada anak-anak, ahli keluarga dan kawan-kawan agar bersihkan hubungan hati kita dengan ibu kerana ia sebagai jambatan menuju ke syurga. Kawan saya yang terlibat dalam program motivasi turut menceritakan pengalamnnya ini kepada peserta kursus. Bukan niat di hati untuk berbangga tapi apa yang saya harapkan semua orang dapat berbuat baik dengan ibu, demi kebaikan di dunia dan di akhirat.

Suatu hari selepas selesai menyampaikan ceramah di sebuah kem motivasi, kawan saya dicuit oleh seorang pegawai lelaki yang sudah melewati usia 40-an. "En Sabri, bulan depan telefon saya." Kawan saya kehairanan. Dari sumber yang diketahui, penganjur program memaklumkan lelaki tersebut mengambil cuti seminggu untuk pulang kek kampung.

Sebulan kemudian kawan saya menghubunginya dengan telefon."En Sabri terima kasih banyak-banyak kerana mengingatkan saya tempoh hari. Kalau tidak saya tak tahulah nasib saya." Suara lelaki itu seakan sebak. Saya bagaikan berteka-teki dengannya.

Menurut ceritanya, selepas program tersebut dia terus pulang ke kampung menziarahi ibunya yang sudah terlalu uzur dan sudah sekian lama tidak juga dijengah bertanyakan khabar berita. Sampai di kampung ibu yang uzur itu dipeluk dan dicium. Ibu tua itu kehairanan kerana selama ini si anak tidak pernah berbuat demikian. Dalam tangisan yang penuh syahdu si anak memohon ampun dan maaf di atas segala silapnya selama ini.

"Syukur kamu dah insaf. Selama hari ini kamu tidak pernah meminta maaf bersunguh-sungguh. Kamu mungkin jadi anak derhaka kalau mak tak ampunkan dosa kamu yang satu ini. Umur mak dah 80 tahun. Selama 50 tahun mak memendam rasa. Dosa yang lain mak boleh ampunkan, tapi dosa yang satu ini mak rasa sungguh berat dan amat tersinggung. Mak terlalu sedih anak yang mak kandung sembilan bulan, anak yang mak kenyangkan perutnya dengan air susu mak ini sanggup mengherdik mak dengan kata- kata 'Orang tua bodoh. Tak ada otak!”.

Cerita lelaki itu, satu hari dia meminta ibunya membasuh sehelai seluar yang berjenama, dibeli hasil duit gaji pertamanya. Seluar itu terlalu kotor lalu si ibu merendamnya denga peluntur. Si ibu gosok dan lipat. Beberapa hari kemudian dia mencari seluar itu untuk dipakai bekerja, malangnya seluar mahal itu didapati telah bersopak-sopak warnanya. Lalu dia yang berdarah muda menjadi berang, mengherdik si ibu, "Hei, orang tua bodoh! Tak ada otak ker? Buta ker? Seluar nih mahal tau!!" Akhirnya dosa si anak diampunkan.

Daripada kedua-dua cerita ini dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa di sebalik ungkapan 'tak ada apa-apa' dari mulut seorang ibu (atau isteri mungkin...) mungkin ada tersimpan 'apa-apa' yang sangat memilukan hati, akibat tingkah laku atau tutur kata kita yang menyinggung hatinya. Jagalah hati mereka, dan sentiasa minta mereka doakan kesejahteraan hidup kita. Sesungguhnya doa dari seorang ibu sangat makbul.

"... dan hendaklah kamu berbuat baik dengan sesungguhnya kepada ibu bapa. sesungguhnya Allah itu tidak suka kepada orang yang sombong dengan perbuatannya, sombong dengan perkataannya..." An-Nisa':36

"...sedalam-dalam lautan, dalam lagi hati seorang wanita...' di sebalik ungkapan 'takde apa-apa', sebenarnya tersingkap beribu rahsia. selamilah hati mereka...

*****

TERSENYUMLAH (3).......


1) Bawa Dadah
Selepas semalaman menaiki penerbangan untuk melancung, suami-isteri bersama 6 orang anak mereka berusia 11 tahun kebawah tiba di Rhein-Main Air di Jerman. Ketika menunggu giliranmengambil beg mereka, keluarga itu didatangi beberapa
orang pegawai kastam negara itu.

Pegawai Kastam: "Maaf, boleh tanya sikit?"

Pasangan suami-isteri: "Boleh."

Pegawai Kastam: "Adakah semua beg dan anak-anak ini datang bersama tuan?"

Pasangan suami-isteri: "Ya, mereka semua datang bersama kami, apa hal encik?"

Pegawai Kastam:"Tak ada apa, Adakah tuan dan puan membawa sebarang senjata merbahaya atau dadah terlarang bersama?"

Pasangan suami-isteri: "Kalau ada pun takkan kami nak cakap!"
Pegawai Kastam: "?????"


2) Tujuh Cawan
Suatu pagi seorang gadis membawa termos singgah di sebuah kedai kopi untuk membeli minuman sebagai bekalan kepejabatnya.

Gadis:"Encik, rasa-rasanya berapa cawan air boleh diisi kedalam termos saya?"

Pelayan: "Saya rasa mungkin tujuh cawan."

Gadis: "Baiklah.....Bagi saya dua cawan teh,empat cawan kopi susu dan satu cawan kopi tanpa gula.

Pelayan: ?????


3) Perut Buncit
"Tak baik hisap jari, nanti perut buncit", itulah kata-kata si ibu setiap kali anak kecilnya Amin menghisap jari.

Tujuannya hanya untuk menakut-nakutkan anaknya daripada terus- terusan berbuat begitu. Alhamdulillah, kata-kata si ibu dapat menakutkan anaknya. Amin tidak lagi menghisap menghisap jari.

" Nanti perut Amin buncit..." katanya apabila ditanya tentang tabiat itu.

Suatu hari si ibu dikunjungi rakannya. Kebetulan tamu itu sarat mengandung. Si Amin tiba-tiba menjerit sebaik keluar dari bilik.

"Haaaa! Amin tahu pasal apa perut makcik tu buncit" katanya sambil terus berlalu. Ibu Amin dan rakannya hanya berpandang-pandangan..


4) Tidak Setabil
Seorang jururawat yang cantik mengadu kepada doktor,setiap bacaan denyutan nadi pesakit lelaki yang direkodkannya tidak stabil dan kadang-kala dalam keadaan mencemaskan.

Jururawat: "Saya hairan setiap kali menghampiri dan merekodkan nadi mereka, ia menjadi kencang dan dada turun naik?"

Doktor: "Senang saja...tutup mata mereka dan pastikan pesakit awak tidak tahu siapa yang merawat mereka!"

********************

RINDU TAK BERHUJUNG.....


Benar… ku bawa kau ke daerah mulia

Benar… ku pimpin kau ke pintu syurga

Benar… kau kembali sesuci kain putih

Benar… kau mulus melafaz syahadah


Tapi…bukan daerah jasad bersemadi

Tapi…bukan pintu yang terkunci untukku

Tapi…bukan persalinan terakhir kau ini

Tapi…bukan syahadah pemisah buatku


Tersenyumlah kau di sana hendaknya

Aku tak kan menangis asal kau bahagia

Kau lebih disayangi DIA berbanding aku

Kau di taman terindah yang selalu dirindu


Rindu ini takkan berhujung

Cinta ini takkan berganti

Biarpun nyawaku sudah dihujung

Kenangan berdua tetap teguh berdiri….

AMARAH & DINDING HATI


Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.

"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.

"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.

Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok bat tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.

Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang- lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal”.

Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar,berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.

Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda.....